14 April 2013

JPA DIMINTA BERI CUTI TANPA REKOD DUA HARI KEPADA PENJAWAT AWAM UNTUK MENGUNDI PADA PRU -13 -CUEPACS

Bernama
14/4/2013

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta supaya menimbang memberi cuti tanpa rekod pada 5 dan 6 Mei ini kepada penjawat awam yang ingin balik ke kampung untuk mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman berkata pemberian cuti itu penting untuk menggalakkan lebih ramai penjawat awam terutama yang bekerja di bandar, pulang ke kampung atau kawasan mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

Walaupun hari mengundi pada 5 Mei adalah hari Ahad, tetapi ada beberapa negeri yang merupakan hari bekerja pada hari tersebut, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Kongres CUEPACS di sini, Ahad.

"6 Mei, yang jatuh pada hari Isnin, Cuepacs minta agar penjawat awam ini diberi cuti supaya mereka tidak terburu-buru untuk balik ke tempat kerja terutama bagi yang bekerja mengikut syif.

"Bayangkan, kalau penjawat awam itu bekerja di Kuala Lumpur dan mengundi di Kelantan mungkin susah atau mungkin ada yang terpaksa ambil cuti sendiri," katanya.

Omar juga turut mencadangkan kepada JPA untuk membenarkan penjawat awam mengeluarkan 20 peratus daripada jumlah ganjaran perkhidmatan masing-masing pada usia 50 tahun.

Pengeluaran itu bagi membolehkan kira-kira 1.4 juta penjawat awam menampung perbelanjaan mereka atau menggunakan wang berkenaan untuk menyelesaikan sebarang pinjaman kewangan sebelum berpencen, katanya.

-- BERNAMA

52 ulasan:

  1. 2 hari mana cukup. Bertolak 1 hari, mengundi 1 hari dan balik 1 hari

    BalasPadam
    Balasan
    1. PR dh janji 6hb cuti jika PR menang.

      Padam
  2. Sebagai kerajaan yg prihatin memang wajar bg cuti pd kakitangan awan kerana majoriti kakitangan awam akan undi BN. Tak dapat dibayangkan kalau cuti tak diberi pada hari isnin bersamaan 6 mei maka pada hari itu banyaklah el dan mc. Pilihanraya 5 tahun sekali Pa wajar dpt cuti utk membantu Bn.
    K

    BalasPadam
  3. Mana2 pihak yang menang dalam pru13 nanti, kita mintak ehsan mereka supaya isnin diisytiharkan sebagai cuti umum (cuti free 1 hari).

    BalasPadam
  4. Adalah satu langkah yang baik dengan memberi cuti tanpa rekod dua hari kepada penjawat awam untuk mengundi pada PRU13 dan tindakan yang sama juga perlu diberi kepada pekerja di sektor swasta. Ini adalah kerana sebahagian daripada mereka mengundi di luar kawasan tempat mereka tinggal ataupun bekerja. Justru langkah ini dapat memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia yang layak untuk membuang undi untuk memilih pemimpin yang bakal mewakili kerajaan Malaysia nanti. Saya berumur 51 tahun kakitangan awam dengan tulus ikhlas dan tanpa perjudis kepada mana-mana pihak akan mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 ini.

    BalasPadam
  5. kami rakyat kelantan di Putrajaya sokong BN.

    BalasPadam
  6. Jom balik mengundi. Ingat : HARAM UNDI DAP & PKR...

    BalasPadam
  7. Sya dr terganu nk blk pitas sabah mengundi..jauh tu, klu dpt cuti tnpa rekod 2 ari tu pn dh ok..lg 1 ari sya amik CRK je..klu nk amik 3 ari CRK cmfrm sya xjd nk blk ngundi...

    BalasPadam
  8. Jom balik mengundi. Ingat : HARAM UNDI DAP & PKR...

    --------------------------------------

    Jangan sewenang-wenang keluar fatwa mengelirukan: Polis

    2013/04/15

    KOTA BHARU: Semua pihak dinasihat agar jangan mengeluarkan fatwa yang boleh mengelirukan orang ramai dan menyebabkan perbalahan antara masyarakat semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ini.

    Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata jika ada pihak yang tidak mempedulikan nasihat itu, polis mempunyai cara untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak yang melampau itu.

    "Ini kerana fatwa berkenaan akan dibincangkan di kedai-kedai kopi dan akan menyebabkan perbalahan yang diikuti dengan pergaduhan antara masyarakat bukan sahaja di Kelantan tetapi juga di tempat lain," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menghadapi PRU13 ini, di sini hari ini.

    Khalid turut menasihatkan calon yang bertanding dan penyokong mereka supaya mematuhi nasihat pihak berkuasa khususnya sepanjang 15 hari tempoh berkempen.

    "Kami akan beri kerjasama kepada pihak yang memohon permit untuk mengadakan kempen yang teratur, kami tidak mahu berlaku pertindihan kawasan ceramah yang boleh menimbulkan perbalahan pihak-pihak yang bertanding," katanya.

    Beliau berkata 2,000 anggota polis ditambah di negeri ini dan polis mengesan 80 kawasan panas di 32 daripada 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan.

    Sejak pembubaran Dewan Rakyat 3 April lalu, polis Kelantan menerima 39 laporan polis berkaitan pilihan raya termasuk merosakan bendera parti, bertengkar, mengugut dan mencederakan dengan senjata tajam, katanya.

    Mengenai siasatan polis terhadap kes video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang, Khalid berkata polis menjalankan siasatan berkaitan kesalahan pengedaran dan memiliki video lucah.

    "Tindakan boleh diambil terhadap sesiapa sahaja yang memiliki video lucah sama ada ia disimpan dalam telefon bimbit atau facebook, jika polis dapat mengesan, kami akan ambil tindakan," katanya sambil meminta sesiapa yang memiliki video lucah supaya segera menyerahkannya kepada polis. - BERNAMA

    BalasPadam
  9. Elok beri je seminggu sbb:
    i. elakkan jam bila semua balik serentak (RANCANG PERJALANAN ANDA)
    ii. ganti tempoh perjalana
    iii. sebagai tanda tahniah kepada mana2 yang berjaya tubuh Kerajaan

    BalasPadam
  10. Dato kena ambil kira penjawat awam yg berkerja di semenanjung tapi tinggal di sabah atau sarawak dan penjawat awam yg berkerja di sabah swk tapi tinggal di semenanjung. kalau nak ambil contoh nak minta cuti , ambil contoh ni. kalau setakat ambil cth kerja kl n balik mengundi kelantan JPA tak nampak. ambil cth yg jauh dan sukar seperti yang saya bg. baru nampak betapa susahnya penjawat awam yg kerja di seberang laut.

    BalasPadam
  11. Saya sokong...apalagi 1 mei cuti hr pekerja.kami yang berada jauh di seberang laut pergi balik dah makan masa 2 hari.tmbhn terasa sangat bila minta cuti 2 hari majikan tidak luluskan

    BalasPadam
  12. Kepada yang nak cuti sebab mengundi, ambil cuti rehat...5 tahun sekali ambil cuti untuk mengundi apa salahnya. Orang kerajaan cuti banyak, kami swasta cuti sikit.

    BalasPadam
  13. Orang kerajaan ni...Asyik nak cuti je...

    BalasPadam
  14. Orang kerajaan ni...Asyik nak cuti je...

    --------------------------------------

    Hehe...ini sebab kami terlebih cekap. Kerja 8 jam boleh diselesaikan dalam masa 2 jam. Itulah sebab kami selalu berkeliaran di pusat-pusat membeli-belah. :)

    BalasPadam
  15. Menurut sumber: Lebih 5 ribu kakitangan kerajaan yang berkelulusan master,ijazah yang tidak di naikkan pangkat ke jawatan gred 41, telah berikrar dan berkerjasama menjadi think-tank dan turun ke medan pertempuran bagi pihak PR untuk memastikan kekalahan BESAR BN di dalam PRU-13, mereka juga menjadi super elit yang akan memastikan PR menguasai PUTRAJAYA..

    BalasPadam
  16. Ini Semua POYO!! Cakap je boley la..

    BalasPadam
  17. Xde cuti umum maka xde ape yg spesel pd hari mengundi.idilfitri,depavali,raya cina,hari buruh dll pun bley dapat cuti umum..mak ayah amik cuti ari isnin pn x guna sbb anak kena gi skolah gak..xkn nk ajar anak memonteng..kalu balik trus 5 mei,penat tu nk rushing pegi balik,kena plak jauh..jem dh tentu..kesimpulannya mmg x balik mengundi kalu xde cuti umum. X kira pa atau swasta akan hadapi maslah sama.yg x alami maslah spt ini tolong prihatin.kalu da tau pn nak wt x tau lagi,nampak beno bang**g nye..

    BalasPadam
  18. tau tak pa, kerajaan dah luput tarikh, tunggu masa untuk dibuang..

    BalasPadam
  19. Sebelum pangkah pikir betul2,

    Ali dan Alimah dua2 tak de A dalam SPM, Ali jadi kakitangan sokongan, Alimah masuk maktab. Semuanya OK pada mulanya.

    Bila najib jadi menteri pelajaran, Alimah diberi peluang buat degree tanpa mengira kepandaian, yakni takyah skor SPM, serendah 3A atau xde A pun boleh buat degree. Free lagi tu dibawah skim pensiswazahan.

    Selepas itu segalanya berubah, Alimah dapat gred yang lebih tinggi, gaji lebih tinggi dan hidung lebih tinggi, Ali gigit jari.

    Adilkah? Setiap tahun Alimah renovate rumah, tukar kereta, make up kereta, melancong sana sini, tapi anak-anak orang kampung tak dapat 5A juge,

    Alimah asyik salahkan anak2 orang kg konon bodoh, malas, nakal wlhal dah memang kerja Alimah, klu semua2 budak2 pandai baik takpayah wujud jawatan alimah, baik bdk2 duduk rumah waktu upsr baru datang,

    sudahlah suka salahkan orang, kuat komplein pula konon ini membebankan itu membebankan, wlhal masa dihabiskan dengan buat tusyen dan bisnis MLM.

    Jika kerajaan nak naikkan gred, kasilah semua jawatan, bukan pendidikan sahaja kerana level kepandaian kami sama!

    Kecewa, xkan pangkah BN lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syok laa cukgu alimah sbb boleh buat tuition dgn buat MLM...kerja cikgu banyaaaaaaaaak sgt masa free

      Padam
  20. Tolong ambil perhatian!!!
    Kami pengundi di borneo sabah dan sarawak ingin pulang mengundi.. Tolong bagi cuti 6 dan 7.. Tak ke giler kena rushing.. tak akn pihak berkenaan tak reti nak fikir benda cam ni..

    BalasPadam
  21. hmm..macam-macam hal..

    BalasPadam
  22. konna koto ii na
    dekitara ii na
    anna yume konna yume ippai aru kedo

    minna minna minna
    kanaete kureru
    fushigina POKKE de kanaete kureru
    sora wo jiyuu ni tobitai na

    (hai! takekoputaa!)

    AN AN AN
    tottemo daisuki
    DORAEMON

    BalasPadam
  23. presden cuepacs tak masuk calon ka? putrajaya 3 penjuru?

    BalasPadam
  24. Nak cuti lebih2...... kerja sendiri la... pakatan hanyut......

    BalasPadam
  25. Tuntutan yg bukan2....

    BalasPadam
  26. saya keja kl, mengundi di kelate. msalahnya klu 6 hb x boleh cuti, lgu mano sy nok kelik? perjalane nok kelik pun make maso 7-8 jam. klu musim blik serentak lgu ni, boley make maso smpai 12 jam. bos tmpt keja x lulus cuti rehat 6hb. tu pulok. pahtu lgu mano sayo nok kelik ngundi ni?

    BalasPadam
  27. lemak la masing-masing dalam ni.

    cuti tahunan setahun paling cikai pun 20 hari, paling tinggi pun ada yang 25,30,35


    tak cukup lagi ke? kenapa la perlu jadi pengemis lagi nak dapat cuti tanpa rekod pulak?


    patutlah penjawat awam ni lembab! semua benda nak berkira!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...sedapnya berckp...mu jgn lupo anto anak mu skola private ye...cikgu2 kt skola tu pon pnjawat awam..awat nk anto lg orang lembab ngajo anak mu t..

      Padam
  28. Saya sokong penuh tentang pemberian cuti tanpa rekod 2 hari kepada penjawat awam.

    BalasPadam
  29. camna lak dgn ktgn awam yg kna ngundi awal krn mngikuti psgn yg sorg tntera/polis?tmpt ngundi lak brlainan negeri sbb km br pndh 4bln pust undi msh blum tukr.hrp km dpt plpsn mgundi jg...xla bazr ct rht...

    BalasPadam
  30. Saya & rakan2 sokong penuh dgn usaha Cuepacs membela nasib kakitangan awam d Putrajaya ini. Saya difahamkn dan mohon Cuepacs dpt hdir ke Parcel C6 memberi penerangan yg WAJAR pd Setiausaha Kesatuan & sbhgn ktgn yg FANATIK, Buta Hati & Buta Mata menyokong penuh pd pembangkang di PUTRAJAYA ini. Apa yg Dato Omar dgar sndiri amanat PM dlm ucapan TPM mlm td dpat Dato Omar mbantu mjelaskan prkara yg sbnarnya pd ktgn awam dPutrajaya ini.
    Sesaorg yg memegang jawatan dlm kesatuan tidak sepatutnya ini berlaku pd Pejuang2 Cuepacs slama ni spt DURI DALAM DAGING - Pkhidmatan Kjaan. Mohon CUEPACS buat siasatan dan ambil tindakan sesuatu sblm PRU13.
    IKHLAS bukan BKAN FITNAH.

    BalasPadam
  31. Ramai yg mintak macam2 spt PRU12. Mintak duit tambang, mintak kemudahan pengangkutan balik kg dll. Semua diberi oleh pemimpin2 tp apa yg jadi keputusan PRU 12 dahulu. Hancur dan hampeh...Spt mencurah daun keladi.Bg pun salah tak bg pun salah. Ini lh manusia susah sangat nk ucapkan terima kasih kemudahan yg di nikmati. Harap Pk lh secara waras semuanya...Nak Ubah bkan semudah tukar baju.PK2 kan lah....

    BalasPadam
  32. 2 hari tak cukup,bg la 2 minggu sebab kg jauh,kat bangla,skali bagi tiket kapal terbang pergi n balik...tahniah kupeks sebab xabis abis mintak saja keja dia.......

    BalasPadam
  33. Kenapa cuti dibekukan untuk PRU 13...jabatan lain mcm mana...

    BalasPadam
  34. lemak la masing-masing dalam ni.

    cuti tahunan setahun paling cikai pun 20 hari, paling tinggi pun ada yang 25,30,35


    tak cukup lagi ke? kenapa la perlu jadi pengemis lagi nak dapat cuti tanpa rekod pulak?

    patutlah penjawat awam ni lembab! semua benda nak berkira!

    Masalahnya cuti byk tp beku....kenapa???...x kan x nak org balik mengundi kot..

    BalasPadam
  35. Tanpa Nama berkata...
    lemak la masing-masing dalam ni.

    cuti tahunan setahun paling cikai pun 20 hari, paling tinggi pun ada yang 25,30,35


    tak cukup lagi ke? kenapa la perlu jadi pengemis lagi nak dapat cuti tanpa rekod pulak?


    patutlah penjawat awam ni lembab! semua benda nak berkira!
    .........
    ehhhh bonggok la ko ckp cmtu...fikir dlu sblum ckp cmtu...kalu tak ada cuti tanpa rekod n ambil cuti rehat, ada ke bos nk lulus semua org nk ambil cuti 6 mei?...kalu semua nk cuti rehat 6 mei tutup la ofis tak de org...so kena istihar cuti tnpa rekod la..ko tu dengki kan sbb tmpat ngundi dekat so tak payah la cuti2 kn...kn..kn..

    BalasPadam
  36. konna koto ii na
    dekitara ii na
    anna yume konna yume ippai aru kedo

    minna minna minna
    kanaete kureru
    fushigina POKKE de kanaete kureru
    sora wo jiyuu ni tobitai na

    (hai! takekoputaa!)

    AN AN AN
    tottemo daisuki
    DORAEMON

    BalasPadam
  37. Dah senyap dah ke Isu ni.. Alamatnya memang kami tak balik mengundi sebab tak cuti hari Isnin.. Mana sempat nak balik terus hari ahad. Lain la kalo ada jambatan yang boleh menghubungkan Sarawak dengan Semenanjung... Ok,, Tahniah CUEPACS. hangat2 tahi ayam..

    BalasPadam
  38. salam..

    apakah keputusan permohonan cuepacs ni..?...mohon JPA luluskan cuti utk dua hari ni..

    cuepacs...mohon follow up segera..klu boleh keputusan dlm minggu ini..sbb kami nk rancang perjalanan blk kg ni..tingkatkan peratusan mengundi..

    terima kasih.

    BalasPadam
  39. Jgnla perjuangkan cuti utk 5 & 6 hb je...camna lak dgn penjawat awam yg terpaksa mengundi 30 April (selasa), pengundi awal sbb isteri tentera. Cuma nk minta CTR hanya hari ngundi je..isnin tu xpe la ambk CR.Dhla tmpt ngundi jauh...SPR xtukr pun tmpt ngundi..

    BalasPadam
  40. KERAJAAN BN SUDAH LAMA NAZAK..KALAU DIORANG BAGI KAKITANGAN AWAM CUTI, SIAPA DIORANG NAK SURUH UNTUK SIMPAN ATAU MUSNAHKAN FAIL2 SULIT PASAL PENYELEWENGAN YANG DIORANG LAKUKAN SELAMA 5TAHUN NI..

    BalasPadam
  41. Tak payah cuti...Pohon jadi pengundi pos saja.

    BalasPadam
  42. bn hilang banyak undi jika tak cuti pada 5 & 6 Mei ini

    mohon cuepacs boleh follow up dgn JPA..nak rancang perjalanan ni

    BalasPadam
  43. BANYAK CADANGAN BAIK CUEPACS, TAPI SEBAGAI ANGAN2 SAJA...96% SAJA YG DITERIMA KERAJAAN

    BalasPadam
  44. Alhamdulillah.... mudah2an di luluskan JPA . Boleh up lagi 2 hari untuk cuti GCR tahun ni he..he..he.. . Tidak perlu haru biru nak fikir balik untuk mengundi . Selepas manifesto Aku Janji dari Najib untuk PA tahun ni dengan penuh keyakinan undi PRU13 aku nak pangkah BN .

    BalasPadam
  45. Cuti tu perlu... terutama guru.. sebab guru bukannya boleh minta cuti macam pegawai kerajaan yang lain.. pengetua cakap cuti dibekukan...

    BalasPadam
  46. Bg je ct kat penjawat awam xkira la ckgu ke kerani ke asal namanya pnjawat awam

    BalasPadam
  47. bodoh bapak kau lah.... duk bincang2 saje.. hampeh.. xguna.. sial

    BalasPadam
  48. N1 APA CERITA.....LAGI KETINGGALAN ZAMAN ....ADOI...BUAT KERJA N17.....DALAM PEJABAT ADA JUGAK GRED 1.....BUAT SURAT, JAWAB PANGGILAN TELEFON YANG TU DAH JAWATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17....KAMI BUAT SEMUA KERJA TU TERMASUK KERJA2 PEMBANTU TADBIR N17.....SEPATUTNYA ELAUN KHIDMAT AWAM PERLU DINAIKKAN SEBAB KITA SEBAGAI PENJAWAT AWAM PERLU MEMBERI PERKHIDMATAN TERBAIK UNTUK MASYARAKAT....TERUTAMANYA YANG BEKERJA DI SEKOLAH....PERLU BERHADAPAN DENGAN WARIS ATAU PELAJAR2......ZAMAN SEKARANG SEMUA ORANG ADA SPM.....TAPI GRED N1 MASIH ADA....MUNGKIN KAMI GRED N1 HANYA BERDIAM DIRI....ITU PUNCANYA...

    BalasPadam