30 September 2013

IKLAN JAWATAN KOSONG ( PEMBANTU TADBIR) (Perkeranian/Teknologi Maklumat (IT))

Media Cuepacs
30/9/2013






KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 9285 6110, 9285 0281 Fax : 03 9285 9457


IKLAN JAWATAN KOSONG

Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat CUEPACS sepertimana yang dinyatakan dibawah ini


A. PERIHAL JAWATAN :

Bil
Jawatan
Gred
Klasifikasi Perkhidmatan
Kumpulan Perkhidmatan
Taraf Jawatan
Jadual Gaji
1
PEMBANTU TADBIR
[P/IT)
N17
Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Sokongan
Tetap
P1T1 RM830.28 - P1T20 RM2151.35




B. SYARAT LANTIKAN

1. PEMBANTU TADBIR [Perkeranian & Teknologi Maklumat (IT)]



(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
               oleh kerajaan,
( Gaji permulaan pada gred N17 – P1T1 ),
(b) (i) Sijil dalam bidang dalam bidang Teknologi Maklumat , atau kelayakan yang
   diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  ( Gaji permulaan pada Gred N17 : P1T9)

(b) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan,
( Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer, Sofware Adode Photo Photoshop, Microsoftoffice, Design Grafik dan lain-lain ),
(c) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a)(i) atau (ii) diatas hendaklah lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
d) Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
e) Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan dalam Kesatuan Sekerja.

C : UMUR

1. Calon bagi lantikan hendaklah berumur
a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
b) Tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

D : BORANG PERMOHONAN

Permohonan hendaklah menghantar resume dan salinan sijil dan sekeping gambar berukuran passport  tuan/puan..

E : ALAMAT PERMOHONAN

Resume  yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan kepada :-
Setiausaha Agung
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.

F : TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas sebelum atau pada 8 Oktober 2013. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup iklan tidak akan diberi pertimbangan.

G : DOKUMEN SOKONGAN 

Semua dokumen sokongan yang dilampirkan hendaklah disahkan salinannya. Salinan Asal dokumen sokongan hanya perlu dibawa semasa menghadiri temuduga sahaja.

23 ulasan:

  1. Kenapa Gaji sikit aje P1T1 hanya RM830. bukan RM 920.00 ke.. CUEPACS sila kaji dan selidik dan maklumkan SEGERA...

    BalasPadam
  2. aik????
    mana peginya aku first, second, tak best la camniiiiii

    Dah tak leh tengok komen-komen yan g bodoh, tak lawak laaa

    BalasPadam
  3. Luruihlah jalan Payakumbuah
    Babelok jalan Kayu Jati
    Dima hati indak kan rusuah
    Ayam den lapeh, ohoi … ayam den lapeh

    Mandaki jalan Pandaisikek
    Manurun jalan ka Biaro
    Di ma hati indak maupek
    Awak takicuah, ohoi … ayam den lapeh

    Sikua capang sikua capeh
    Saikua tabang sikua lapeh
    Tabanglah juo nan karimbo
    Ai lah malang juo

    Pagaruyuang jo Batusangka
    Tampek mandaki dek urang Baso
    Duduak tamanuang tiok sabanta
    Oi takana juo

    Den sangko lamang nasi tuai
    Kironyo tatumpah kuah gulai
    Awak ka pasa alah usai
    Oi lah malang denai

    O hoi … ayam den lapeh........

    HAAAA DIA DAH MAI DAHHHHH......

    WAT UP BROOO.....

    BalasPadam
  4. Iklan bagi syok saja.
    Sudah ada calon dah.
    Anak pinak sudaro mereka.

    Membazir wang dan masa sahaja.

    BalasPadam
  5. Napa masih ada syarat kelayakan Sijil dengan tangga gaji P1T9..
    Bukan ker Sijil sepatutnya untuk gred *27 keatas

    BalasPadam
  6. ALASAN BIAR LOGIK..KALO SMAKIN MAHAL HARGA ROKOK MSIA..MAKA SMAKIN BYK LA ROKOK SELUDUP..BENDA NEH TAKKN HABIS. SEPATUTNYA KRAJAAN TURUN KN LA HARGA ROKOK SETARAF HAMPIR DENGAN HARGA ROKOK SELUDUP.BARU LA ADA SAINGAN.INI PN KALO DENGAN ALASAN ROKOK SELUDUP BYK SHJ. TAPI KALO ALASAN DEMI KESIHATAN, MAKA TUTUP JE LA KILANG ROKOK KT MSIA NEH.KN MUDAH..TP SBALIKNYA MAKIN BTAMBAH PLAK..

    BalasPadam
  7. TAK RETI NAK BERSYUKUR

    BalasPadam
  8. jom apply pastu bila dpt minta tukar, pastu komplein gaji tak cukup, kerja banyak, bonus xda, elaun sikit, dan mcm2 lgi

    BalasPadam
  9. Iklan je lebih.. nama pun iklan. padahal dah ada org.. semua pakai kabel.. buang masa + duit

    BalasPadam
  10. haa laa nape gajinye sket dr post spa biasa tu ea.. ni cuepacs kann?? saluran yg digunakn utk meluahkn perasaan org2 gomen..

    BalasPadam
  11. biasa la mana2 agensi kerajaan@badan berkanun pun sama je...iklan baguih punye lps tu bila kita apply xpnh nya dpt...dia mmg akan bg pd saudara mara diorg jerrrr...biasala syarikat saudara mara...

    BalasPadam
  12. boleh x link dgn jobmalaysia ramai dah ade account... paper less belanje safe 20 sen.. yg mana layak panggil temuduga..cepat cekap cargas cayalahhh!!! hamba yg menurut perintah

    BalasPadam
  13. BUKTI MENGAPA PT(P/O)TONGGAK JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN. TANPA KAMI, PEGAWAI PUN X DPT BUAT APA2 KEPUTUSAN!

    DAH LAMA SABAR, ORG MAIN PANGGIL NAMA JE. BILA DAH DINAIKTARAF KEPADA PEGAWAI DENGAN GRED, GAJI DAN ELAUN PEGAWAI, BARULAH ADA RESPEK. HARAP KERAJAAN TIMBANG ELAUN BAJU KORPORAT ATAU KOT DAN TALI LEHER SESUAI DENGAN GRED N STATUS BARU KAMI.

    TERIMA KASIH.
    KETUA PEGAWAI KHIDMAT TADBIR

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CUEPACSmintajawatanpembantutadbirdiganti/Article

    CUEPACS minta jawatan pembantu tadbir diganti
    2013/10/03 - 18:31:16 PM Cetak Emel Kawan

    KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu nama jawatan Pembantu Tadbir diganti kepada Pegawai Khidmat Tadbir yang secara tidak langsung boleh meningkatkan gred seramai 65,000 penyandang jawatan itu di seluruh negara.

    Presidennya Datuk Omar Osman berkata penyandang jawatan itu merupakan tenaga pelaksana utama dalam perkhidmatan awam sama ada mereka berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan, negeri, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dan mereka tidak sewajarnya disebut sebagai Pembantu.
    Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwitahunan Ke-11 Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia di sini hari ini, beliau berkata Cuepacs telah mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai pertukaran nama jawatan itu serta meningkatkan gred jawatan berkenaan yang pada masa ini berada pada gred antara 17 dan 26.

    Beliau berharap JPA dapat memberi pertimbangan dan respons sewajarnya atas permohonan itu sebelum tarikh konvensyen tahunan Cuepacs selama tiga hari mulai 17 Disember ini bagi membolehkan keputusan yang positif atas cadangan itu dimaklumkan pula kepada seluruh kakitangan berkenaan.

    "Lebih diharapkan agar perkara ini dapat diketahui semasa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membentangkan bajet negara pada 25 Oktober akan datang," katanya.

    Omar berkata Cuepacs juga turut mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi kelulusan pinjaman perumahan kepada kakitangan perkhidmatan awam mengikut harga rumah, bukan mengikut tangga gaji mereka dengan kadar faedahnya dikurangkan kepada satu peratus berbanding empat peratus sekarang.

    Langkah itu dapat mengurangkan bebanan kakitangan awam yang membeli rumah berikutan harga rumah yang semakin meningkat, katanya.
    Mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2012, beliau berkata Cuepacs amat terkejut dengan laporan itu kerana ia meletakkan imej negatif kakitangan perkhidmatan awam yang lemah menjalankan tugas sehingga membazirkan wang kerajaan.

    Sehubungan itu beliau berharap segala kelemahan oleh sebarang agensi sebagaimana yang didedahkan dalam laporan berkenaan dapat diperbetulkan segera supaya perkara itu tidak berulang dalam laporan tahun 2013 akan datang. - BERNAMA

    BalasPadam
  14. gaji kecik.dlu najib ckp gaji mnimum 900,kncg kuat

    BalasPadam
  15. kadang2 sy rasa terkilan gak. tp mungkin blom ade rezeki. byk jugak saya da hntr borang permohonan secara manual mahu pun online. tetapi tiada sebarang panggilan. hampir dkt 6 tahun... semua syarat, saya layak utk memohon. tetapi takde sebarang panggilan.. sy tak nak bersangka buruk. tetapi biarlah telus dan adil kepada rakyat. bukan utk sedara mara sahaja. sy mmg x de cable atau org dalam..

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum.. saya juruteknik komputer FT17 (kelulusan Sijil Teknologi Maklumat, Politeknik). Hendak bertanya kenapa permulaan gaji untuk jawatan Pembantu Tadbir berkelulusan Sijil Teknologi Maklumat bermula di tangga P1T9..?? Sedangkan saya seorang juruteknik komputer bermula dengan P1T6..?? Minta perjelaskan dan minta buat perlarasan gaji yang betul.

    BalasPadam
  17. Permohonan jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia. Jawatan kosong, kerja kosong dan maklumat info semasa terkini di portal iklan jawatan kosong.

    Sila ke : JAWATAN KOSONG KERAJAAN

    BalasPadam
  18. Bantu la org2 yg memerlukan pekerjaan...tlg la berlaku adil..jgn nk naikkn kroni sahaja..nnt
    dpt balasan dripd tuhan.

    BalasPadam
  19. harap cuepacs buat usahasama dengan tabung pendidikan tinggi nasional membuka peluang kepada peminjam mendapat pekerjaan. kami belajar keras nak masuk universiti & politeknik tetapi menganggur,we look like no future..

    ps:pupil say why to be smart..

    BalasPadam