Bernama
10/10/2013
KOTA KINABALU, 10 Okt (Bernama) -- Pengamal media di Sabah diingatkan lebih sensitif dan bertanggungjawab dengan tidak membangkitkan isu-isu yang akan menggugat perpaduan dan integrasi kaum.
Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Abu Bakar Hassan berkata pengamal media, khususnya media sosial harus bersikap adil, bebas dan peka terhadap laporan berkaitan dengan sensitiviti agama dan kaum bagi menjaga keharmonian pelbagai kaum dan etnik di negeri ini.
"Saya mengakui peranan media penting dalam melaporkan perkara-perkara benar mengenai tuntutan dan penjelasan terhadap dasar-dasar serta program kerajaan.
"Dalam memberi penjelasan yang benar, media tidak harus membangkitkan isu-isu kontroversi dan mesti bertanggungjawab terhadap laporan berkaitan," katanya ketika berucap pada majlis makan malam mesra media dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah di sini malam tadi.
Turut hadir pemangku Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Francis Fahir dan Pengerusi CUEPACS Sabah Jamian Dom.
Beliau berkata media seharusnya tidak membuat andaian sendiri dalam laporan mereka, selain tidak mencipta spekulasi yang mengelirukan rakyat, sebaliknya melaporkan perkara yang tepat.
Sambil menghargai peranan CUEPACS, Abu Bakar berkata kerajaan bersedia mengkaji semula 40 skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan gaji tahunan dan pelbagai elaun lain.
Beliau berkata kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan keprihatinan membela nasib rakyat termasuk penjawat awam agar lebih terjamin.
"...Perdana menteri telah menjayakan pelbagai program bagi membantu penjawat awam selain isu keselamatan negara ketika menghadapi krisis pencerobohan di Lahad Datu," katanya.
Dalam pada itu, menurutnya semua pihak harus mewujudkan penglibatan secara langsung bagi menjalin hubungan erat selain mengalakkan perhubungan mesra antara agensi kerajaan dan pihak berkaitan.
Penjawat awam juga, katanya, perlu bekerja lebih rajin dan meningkatkan prestasi dan produktiviti setimpal dengan keprihatinan kerajaan membela nasib mereka.
-- BERNAMA

Menurut Sumber terkini: SPA SEMAKIN BERCELARU DAN HARU-BIRU.. Penjawat awam yg mendaftar di SPA akan 90% akan gagal utk menjawat yg di pohon, ini kerana dasar-dasar SPA yg bercelaru serta penyebab kepada penjawat awam gagal menjawat jawatan yg di pohon, SPA telah mengalurkan serta mensyaratkan di mana jawatan yg di pohon hendaklah bersesuaian dgn kerja yg di pohon cth bidang matematik, sains, pemohon hanya layak di temuduga sbg pegawai sains, tidak layak di temuduga sbg pegawai tadbir dan diplomatik dan jawatan pengurusan , begitu juga sejarah, antropologi, pemohon hanya layak ditemuduga sbg pegawai muzium, kami tahu tahu kekosongan tersebut hanya 1-15 kekosongan manakala yg ditemuduga mencecah 2-3 ribu org..ini menyekat peluang kenaikan pangkat bagi sebahagian dari 1.42 juta penjawat awam yg menyambung pembelajaran di IPTA - IPTS begitu yg sudah memiliki ijazah, master, diploma dan sijil.. dasar inilah yg menyebabkan kebencian semakin memuncak di kalangan penjawat awam kepada SPA.. bagaimana pula penjawat awam yg berpengalaman di dalam bidang pengurusan dan pentadbiran selama15-20 tahun tetapi memiliki ijazah di dalam bidang sains kemasyarakatan, ilmu kemanusian adakah mereka tidak layak menjawat jawatan PTD, pegawai tadbir awam, penguasa kastam, penguasa penjara dan jawatan di dalam bidang pengurusan..inilah di katakan SPA ADALAH DAJJAL TERHADAP PENJAWAT AWAM, ijazah, diploma sebagai asas kelayakan saja, bukannya sebagai pengukur bagi sesuatu jawatan, dasar-dasar SPA inilah akan menjahanamkan kerajaan sedia ada pada PRU-14 NANTI.. Mereka yg membuat dasar-dasar tersebut adalah Dajjal di zaman moden dan serba canggih, mereka tidak tahu apa mereka lakulkan, mereka menerima upahan ribuan ringgit, mereka mengatakan mereka beriman kepada ALLAH, tetapi ALLAH mengatakan mereka tidak beriman kepada-ku..Rabu, Oktober 09, 2013 4:26:00 PTG
BalasPadamApa yg dibangkitkan di sabah betul apa...panas pungkok ka.
BalasPadamUTUSAN apa cer????
BalasPadamTidak ada apa pun yg sensitif sebenarnya...Perkara 20 yang selalu dibangkitkan merupakan fakta sejarah yang sahih. Cuba google Perkara 20 Perjanjian Malaysia 1963. Org2 Sabah cuma nak benda tu dipraktik dan dikuatkuasakan sebagaimana dipersetujui oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak (dan Singapura asalnya sebelum keluar dari gagasan pd 1965). Perasan tak bila kita melalui perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke/dari Sabah ke/dari Sarawak terdapatnya pemeriksaan imigresen seolah-olah kita bergerak dalam negara berbeza. Itulah salah satu intipati Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963. Negeri Sabah/Sarawak mempunyai bidangkuasa tersendiri dalam hal melibatkan kawalan imigresen (mobiliti ke/dari negeri2 berkenaan). Tidak pada ketika ini situasi sebenar khususnya di Sabah "State Authority" hanya pada istilah...berbeza dengan Sarawak yang diketahui dengan "ketegasan" melaksanakan Undang2/Peraturan Imigresen demi menjaga kepentingan negeri.
BalasPadam