Berita Harian
20/11/2013
Kuala Lumpur: CUEPACS membidas empat Badan Berkanun Diasingkan Saraan (BBDS) kerana enggan melaksanakan insentif untuk kakitangannya seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 25 Mac lalu.
Keempat-empat agensi itu ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Bank Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).
Berikutan itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, memberi tempoh sehingga 15 Disember ini bagi agensi terbabit melaksanakannya.
20/11/2013
Kuala Lumpur: CUEPACS membidas empat Badan Berkanun Diasingkan Saraan (BBDS) kerana enggan melaksanakan insentif untuk kakitangannya seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 25 Mac lalu.
Keempat-empat agensi itu ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Bank Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).
Berikutan itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, memberi tempoh sehingga 15 Disember ini bagi agensi terbabit melaksanakannya.
Omar berkata, Perdana Menteri membuat pengumuman mengenai insentif itu di hadapan kira-kira 40,000 pegawai dan kakitangan BBDS di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Perlekeh arahan Najib
Beliau menyifatkan agensi yang enggan melaksana keputusan itu seolah-olah memperlekehkan arahan Perdana Menteri selain menafikan hak pekerja.
“Kita akan menghantar surat rasmi dan memorandum bantahan kepada Ketua Setiausaha Negara berhubung kegagalan empat agensi ini,” katanya kepada BH.
Pada majlis 25 Mac itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan empat insentif iaitu penubuhan dana pencen, imbuhan tetap perumahan, sagu hati persaraan dan pelarasan caruman majikan dalam KWSP.
Omar berkata, tiga lagi agensi BBDS iaitu Lembaga Tabung Haji (TH), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sudah melaksanakan insentif itu.
Ditanya punca empat agensi itu belum melaksanakannya, Omar mendakwa mereka mempertikaikan pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenainya.
“Mereka tidak faham ke pengumuman Perdana Menteri? Kalau tiga agensi boleh laksana, kenapa selebihnya tak boleh?
“Jika empat agensi itu tidak memberi sebarang keputusan selepas tempoh diberikan, kita akan mengadakan piket,” katanya.
No 1 juga... terima kasih kerana menyokong saya... hehehehe
BalasPadamapa yang kau dapat bila komentar yang pertama? hah?
BalasPadambodoh! banyak lagi benda berfaedah kat dunia ni boleh main, benda bodoh macam ni kau main!
bunuh diri lagi baik la!
bila tiba di peringkat pelaksanaan ada agensi yg 'adjust' ni yg x tahan..patut buat tapi tak buat..diorg lebih hebat dr PM dan JPA ke?..
BalasPadammoga2 pelaksanaan pekeliling yg baru dikeluarkan 6 November 2013 ritu tak jadi camni gak..tapi bunga2nya dah ada gak ler..agensi2 pelaksana tunjuk pandai lebih dr PM, JPA dan CEUPAC..
sy cadangkan CUEPAC sarankan kepada kerajaan supaya ditubuhkan unit khas untuk memantau, meneliti dan memastikan setiap pekeliling terutama penambahbaikan skim di patuhi oleh setiap jabatan/agensi..mungkin perkara2 ini boleh dijadikan KPI jabatan dsb..
BalasPadamMU NAK LAWAN NAJIB KE? MU TURUN SEKARANG... MU LETAK JAWATAN SAJA... NAJIB PUN MU TAK NAK DENGAR CAKAP DAN IKUT ARAHAN.
BalasPadamZeti pun tak dengar cakap PM . Buat keputusan sendiri dan laksanakan sendiri .
BalasPadamdah najib tu mang lekeh sapa nak ikut....
BalasPadamBetul ke Pekeliling tu habaq "Penerimaan Pekeliling tertakluk kpd Pemakaian"
BalasPadamRezeki anak2 tu dapat jadi Penolong Pegawai Pertanian .....syukur alhamdulillah tak sabar nak sain.opsyrn minggu hadapan....amin
BalasPadamSokong 200 peratus kenyataan anda...kita patut bersyukur sbb skim G17 hingga G26 telah dijumudkan....Rezeki tahun 2014...tak rugi belajar kat Institut Pertanian
BalasPadamRezeki anak2 tu sbb dpt upgred skim
BalasPadamSALAM NAK TANYA SESIAPA YG TAHU.ADAKAH PENJAWAT AWAM KONTRAK AKWN DAPAT KENAIKAN GRED JUGA%%%%%%%
BalasPadam