Utusan Malaysia
8/11/2013
IPOH 8 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan mempercepatkan kajian terhadap kenaikan elaun dan insentif baharu untuk penjawat awam ekoran peningkatan kos sara hidup.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, cadangan-cadangan mengenai
kajian itu telah pun diserahkan kepada Kementerian Kewangan pada awal
tahun ini.Namun, jelas beliau sehingga kini kesatuan belum menerima maklum balas."Cadangan itu merangkumi kajian terhadap kenaikan imbuhan tetap
perumahan, Elaun Sara Hidup (COLA) yang diselaraskan serta mengkaji
semula pinjaman perumahan untuk penjawat awam.
"Kenaikan elaun dan insentif itu tidak diumumkan di bawah
penambahbaikan kepada 81 skim perkhidmatan awam sedia ada di dalam Bajet
2014 baru-baru ini," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan warga
kerja Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak di sini hari ini.Di bawah penambahbaikan kepada 81 skim perkhidmatan awam yang
diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, lebih 600,000 penjawat awam akan
mendapat faedah.
Antaranya kenaikan taraf skim perkhidmatan, pemberian dua tambahan
kenaikan mata gaji dan penggabungan serta pindaan nama beberapa skim
perkhidmatan.Omar berkata, kenaikan elaun dan insentif perlu disegerakan untuk
membantu penjawat awam terutama untuk membeli rumah kerana harga
hartanah itu yang semakin tinggi sehingga membebankan golongan
berpendapatan rendah.Beliau berkata, ini kerana kelayakan untuk membeli rumah bergantung kepada gaji bakal pembeli.
"Sebagai contoh, seseorang penjawat awam bergaji RM1,200 sebulan,
sudah tentu tidak layak untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli rumah
yang berharga RM150,000. "Jadi kita mahu pinjaman perumahan mestilah mengikut harga yang telah ditawarkan kepada pembeli," katanya.
Teruskan Perjuangan Mu Dato..Semoga Dipermudahkan..
BalasPadamPak Omaq.......
BalasPadamJAngan mengambil tindakan melulu, pi tanya dulu pihak yang terlibat secara personal sbb skim untuk tahun depan belum dilaksana. Betul ke tiada perubahan untuk elaun dan gaji? TAkut nanti kupek Mencanang seluruh alam tentang perkara ini dan seterusnyua harga barang melambung tinggi la woi..... TAk guna ada peningkatan pendapatan 3 4 ratus tapi kos sara hidup meninbgkat 5 6 ratus. Fikir-fikirkan laaaaaa
JAngan jadikan keadaan semasa untuk menambahkan kredibiliti kupek. Kupek takde sape nak dengak puuun./ Gomen dah ada JPA yang diiktiraf utk gaji PAAAAAAAA
Alhamdulilah..
BalasPadamharap banar sprti dkata.
biar kaji mngundang kota..
Harap jadikkk... pak najib... usya2 laa... skit permintaan kami nii... elaun rmh naik... mana ada kat kl nii rmh sewa rm 180... bijik pun susahh... nak dpt harga tuu..
BalasPadamAku kesian kat pak Omaqqqq
BalasPadamKAu tau tak, pak omaq dah jadi absorber, tak mintak, orang bawah marah, mintak orang atas tak kasi.
heheheh
tapi yang sebenarnya kita patut sedar, pak omar ni tak lebih macam pengerusi PIBG jeee. Puat penyeri blog ni je, dia tak ada kuasa apa2, jd dah la duk kutuk dia. Sian dia aku tengok doh makin tua orang tua tu.
Pas ni omaq bersara, yang naik pas ni pun sama jeee.... bukan ada taring pun, cakap je pong pang pong pang
Apa kata PA sekalian bagi komen kat blog PM Najib plak....
Salam,
PadamSaya mahu cadang pd cuepecs n jabatan perkhidmatan awam bawa usul mengenai penjawat awam yg sambung belajar atas modal sendiri tapi tak dibela.padahal pihak kerajaan yg cakna rakyat ini suruh kita up-grade akedemik kita.walhal kita berhutang dgn bank bagi bayar yuran n lain2 demi mendapat diploma,ijazah n master n phd.dahlah hutang kena bayar pd bank tidak pulak diambil pusing oleh org kuat cuepecs @ jabatan jpa.yg peliknya tidak ada peluang sambung belajar tajaan oleh kerajaan dlm jabatan bagi sesetengah jawatan seperti kami.jadi biarla adil n kena dgn slogan rakyat ddahulukan pencapaian diutamakan. Apalah salahnya minta pihak berwajib bayarlah yuran pengajian yg telah kami bayar dgn duit sendiri nak tunggu kenaikan pangkat jauh sekali.fikirkanlah kesedihan kami ini tuan.
sian hampa semua,tu la sokong lagi BN,tak nak perubahan,klau PRU 13 pembangkang menang,mungkin ada baik bagi kakitangan kerajaan,hampa yang silap tak nak try 5 tahun,la ni hampa dok kecoh,tengokla janji BN tak nak naik harga minyak,naik jugak 2 kupang,kata nak bagi BRIM RM1000 klau subsidi harga gula ditarik,kena tipu lagi,tu....pun hampa dok percaya tiap kali p/raya,janji macam2...semua autaje..kincin punya olang.....
BalasPadam