Utusan Malaysia
26/11/2013
26/11/2013
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Satu himpunan bantahan akan diadakan di Pulau
Pinang dalam masa terdekat bagi menuntut Ahli Parlimen Jelutong, Jeff
Ooi memohon maaf atas tindakan biadab menggelar penjawat awam sebagai
kucing kurap.Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa
Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae), Azih Muda berkata, tindakan
tersebut akan dimuktamadkan dalam mesyuarat bersama Presiden Kongres
Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar
Osman.
Mesyuarat tersebut akan membincangkan tindakan sewajarnya yang harus
diambil untuk memberi tekanan kepada Ahli Parlimen Jelutong itu dan
satu memorandum bantahan akan turut dibuat.Memorandum tersebut seterusnya akan dihantar kepada pejabat
pentadbiran kerajaan negeri dan Jeff Ooi sendiri, katanya kepada
Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau mengulas tindakan seorang kakitangan awam Majlis Perbandaran
Pulau Pinang (MPPP) yang menyerang Jeff Ooi di Pasar Awam Jelutong
semalam kerana tidak berpuas hati dengan perkataan kucing kurap yang
digunakan oleh wakil rakyat DAP itu bagi merujuk kepada golongan
penjawat awam di negeri ini.Azih berkata, tindakan Jeff Ooi itu menimbulkan kemarahan banyak pihak terutamanya mereka yang bekerja sebagai penjawat awam.
Rakyat Malaysia kesal dan kecewa dengan kenyataan Jeff Ooi.
Seharusnya dia berani tampil membuat kenyataan memohon maaf secara
terbuka atas kesalahan dilakukan," katanya.
first!!
BalasPadamHarap2 ia menjadi kenyataan dan jgn cuma 'hangat2 tahi ayam' je. Dah nak muntah dgn isu2 provokasi spt ini. Biar tindakan tegas diambil sbg pengajaran kpd yg lain yg punyai mulut celupar.
BalasPadamTiga remaja lelaki ditahan muat turun filem tempatan dalam website dan blog
BalasPadamPUTRAJAYA: Tiga remaja lelaki berumur 15 hingga 18 tahun ditahan dalam serbuan di Selangor dan Pulau Pinang masing-masing pada 29 Oktober dan 8 November lepas kerana memuat turun filem tempatan tanpa kebenaran pemilik hak cipta.
Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Roslan Mahayudin berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan dalam Operasi Spyglass itu diletakkan di bawah jaminan polis, dan telah dibenarkan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.
Katanya operasi bahagian penguatkuasaan KPDNKK yang disertai 10 pegawai termasuk dari bahagian Cybersecurity Malaysia itu turut merampas tiga unit komputer riba, satu unit broadband, dua unit router dan dua unit modem bernilai RM12,000.
Antara filem yang dimuat turun ialah "KL Gangster 2", "KL Zombie" dan "Tanda Putra" dalam laman web:www.allinoneatheremovie.blogspot.com;www.pjsenter.com dan www.piratesbytez.com., kata dalam sidang media di sini hari ini.
Mereka adalah remaja pertama ditahan di bawah Ops Spyglass dan boleh dikenakan denda sekurang-kurangnya RM2,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah di bawah Seksyen 41 1(G) Akta Hakcipta 1987.
"Walaupun di bawah umur tindakan tetap diambil di bawah undang-undang sedia ada. Serbuan dilakukan atas aduan pemilik hakcipta dan orang ramai berhubung laman web yang dijadikan sebagai portal untuk memuat-turun atau tayangan (streaming) filem-filem tempatan tanpa kebenaran pemilik hakcipta.
"Berdasarkan soal siasat ke atas suspek, mereka memaklumkan bahawa filem-filem yang disediakan di dalam laman web/blog seliaan mereka diperolehi sumbernya daripada laman/blok lain,"katanya.
Katanya antara laman web yang paling terkenal ialah www.ganool.com yang didapati beroperasi di Jawa Timur, Indonesia yang dikendali seorang remaja, selain sumber filem lain darihttp://pencurimovie.sx dan http://moviepecah.blogspot.com.
Menurut Roslan bahagian penguatkuasaan KPDNKK juga akan mengeluarkan notis kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menghalang akses laman sesawang tersebut mengikut Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Roslan menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa mengawasi dan memantau aktiviti siber anak-anak mereka supaya mereka tidak melakukan sebarang aktiviti siber yang menyalahi undang-undang. -Bernama
AMBIL SAJA TINDAKAN TERHADAP JEFF OI. NAK HEBOH BYAK2 DLM LAMAN INI, APA YG CUEPACS & PA DAPAT BUAT.
BalasPadamLAMAN INI UNTUK KEPENTIGAN & KESENANGAN PEJAWAT AWAM