12 Disember 2013

CUEPACS TIDAK AKAN BELA PENJAWAT AWAM LANGGAR UNDANG-UNDANG, TEGAS OMAR OSMAN

Bernama
11/12/2013





JOHOR BAHRU, 11 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengulangi penegasan tidak akan membela penjawat awam yang melanggar undang-undang termasuk Akta Rahsia Rasmi.
"Berani buat berani tanggung kerana Cuepacs tidak akan mempertahankan mana-mana penjawat awam yang didapati membocorkan rahsia kerajaan, terlibat dalam jenayah mahupun rasuah.

"Cuepacs hanya membela dan menuntut keadilan terhadap penjawat awam yang ditindas dan dianiaya dalam tugas mereka," kata Presidennya Datuk Omar Osman kepada pemberita, di sini Rabu.

Omar yang ditemui selepas taklimat penambahbaikan skim perkhidmatan dan isu semasa bersama penjawat awam, diminta mengulas mengenai isu kebocoran kandungan dan penyebaran Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor berhubung cadangan mengubah hari cuti mingguan sebelum ini.

Awal November lepas, berita tentang pertukaran hari hujung minggu negeri Johor daripada Ahad kepada Jumaat berkuat kuasa Januari depan tersebar di laman sosial tanpa pengumuman rasmi oleh kerajaan negeri.

Lebih memeranjatkan gambar dokumen sulit mengenai perkara itu yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertarikh 9 Okt 2013 turut dimuat naik dalam laman sosial bagi menyokong berita berkenaan.

Mengulas mengenai pemilihan anggota Majlis Tertinggi Cuepacs sesi 2014/2016 yang akan berlangsung minggu depan, Omar berharap semua yang bertanding akan bersikap harmoni.

Semua yang bertanding juga perlu memikirkan tanggungjawab yang menanti mereka dalam meneraju Cuepacs kerana kesatuan ini menjadi tulang belakang kepada 1.4 juta penjawat awam, katanya.

-- BERNAMA



8 ulasan:

  1. aku lagi first,,,,hehe

    BalasPadam
  2. Sokong kenyataan YBhg Dato Omar..tapi jangan ikan bilis yg kena tapi ikan jerung dilepaskan...

    Mungkin Suara YB YB exco kot bercakap agaknya....

    BalasPadam
  3. BANYAK BETUL USUL DAN CADANGAN YG BELUM PASTI???

    ADAKAH SEMUA INI UNTUK PEMILIHAN PENGURUSAN CUEPACS YG DIADAKAN TIDAK LAMA LAGI.


    KALAU LIBATKAN ORG ATASAN DILEPASKAN, ORG BAWAHAN DIAMBIL TINDAKAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah kes salahlaku pegawai rendah sekelip mata diambil tindakan lebih2 lagi kalau pegawai tu 'tidak popular'. Hari ini buat kesalahan, esok dah dijatuhkan hukuman. Tapi jika pefawai itu 'terkenal/berpengaruh' mereka akan tutup mata je. Sebab dia org kite. Tapi kalau xkenal maka xcinta, habis cerita. Apa2 pun cdgn yg baik pd teorinya tapi pelaksanaannya yg xelok selagi ada pegawai yg menyeleweng. Maka pegawai yg menyeleweng/salahgunabkuasa dan tak adil ini sepatutnya dihapuskan sblm PA kita xde integriti.

      Padam
  4. p.a yang warna punch kad tukar kaler pun x der apa tindakan...

    kuning ke hijau, hijau ke merah...

    sama jer...

    sesi kaunseling pun x der... tah apa apa jer...

    BalasPadam
  5. sampai bila negara takkan jadi negara maju kalau rasuah/salah guna kuasa ni bermaharajalela. tengok saja la tahun 2020 nanti apa akan jadi. kalau jadi "maju" pun atas nama & syok sendiri je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Confirm tak maju pun sebab nak dpt pekerjaan pun masih menggunakan sistem kuota, pasti ada yg terus hidup merepat hingga kiamat meskipun kelayakan dan kepandaian ada.

      Padam
  6. MOHON AGAR CEUPACS BERI PENJELASAN MENGENAI KAJIAN (ROMBAKAN SEMULA) ELAUN-ELAUN KAKITANGAN AWAM YANG DIJANJIKAN SEBELUM PILIHAN RAYA UMUM DAHULU. DIKATAKAN KEPUTUSANNYA AKAN DIUMUM PADA PENGHUJUNG TAHUN 2013

    BalasPadam