Utusan Malaysia
30/12/2013
30/12/2013
KOTA KINABALU 30 Dis. - Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan
kerajaan menyediakan kuota haji khas bagi memudahkan para penjawat awam
menunaikan rukun Islam kelima itu mulai tahun hadapan.Presidennya, Azih Muda berkata, penyediaan kuota khas itu perlu bagi
memastikan penjawat awam tidak terpinggir untuk menunaikan ibadat
tersebut selain mengambil kira pendapatan mereka yang rendah.
"Kalau hendak tunggu giliran kuota Tabung Haji mereka terutamanya
yang hampir bersara tidak berkesempatan untuk menunaikan ibadah itu.
Oleh itu CUEPACS mencadangkan kerajaan menyediakan kuota khas kepada
para penjawat awam bermula tahun hadapan."Hal ini antara perkara yang ditekankan CUEPACS untuk dilaksanakan
dalam tempoh tiga tahun akan datang selain semakan semula kadar semua
jenis elaun, pencen dan tangga gaji," katanya kepada pemberita selepas
mengadakan perjumpaan dengan pemimpin CUEPACS Sabah dan wakil agensi
kerajaan negeri di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi CUEPACS Sabah, Jamian Dom.
Tambah Azih, selain kuota haji khas, kerajaan diminta memberi
kelulusan kepada kakitangan awam yang mencapai umur 55 tahun untuk
mengeluarkan 20 peratus wang pencen yang bakal diterima untuk
perbelanjaan menunaikan umrah, perubatan atau pendidikan anak-anak.
Menurut beliau, pihaknya turut menggesa kerajaan menaikkan ganjaran
persaraan kepada 10.5 peratus daripada tempoh perkhidmatan berbanding
7.5 peratus ketika ini.Selain itu, katanya, CEUPACS mencadangkan kerajaan menaikkan Gantian
Cuti Rehat (GCR) kakitangan awam kepada 180 hari berbanding 150 hari
sekarang selain menimbang kadar pencen bulanan penjawat awam yang
bersara kepada 80 peratus daripada jumlah gaji terakhir mereka.
"Kita akan memastikan tangga gaji semua jenis jawatan dalam
perkhidmatan awam dikaji semula selaras dengan peningkatan kos sara
hidup yang dibebani mereka," katanya.Sementara itu, beliau meminta Jabatan Kesihatan Sabah memberi
penjelasan mengenai isu tuntutan elaun pakaian seragam kakitangannya
yang menimbulkan kekeliruan.
Beliau berkata, pihaknya menerima aduan mengenai arahan meminta
kakitangan jabatan itu membayar balik baki elaun tempahan pakaian
seragam sejak tahun 2011.Katanya, menerusi pekeliling yang dikeluarkan sebelum ini, kakitangan
jabatan itu dibenarkan membuat tuntutan tempahan pakaian seragam
sehingga RM690 setahun bagi tiga pasang pakaian.
"Bagaimanapun pada 6 September lalu, jabatan tersebut mengeluarkan
arahan meminta kakitangan membayar balik baki elaun berdasarkan kadar
jahitan ditetapkan Pejabat Kesihatan di seluruh negeri dan jika gagal
mereka akan dikenakan tindakan tatatertib," katanya.
Cadangan yang baik dan bernas...
BalasPadamturunkan balik semua gred subsidi a.k.a. jumud ke gred asal sebagai langkah penjimatan. lepastu hentikan pengambilan pekerja baru terutama graduan universiti. mereka belajar tinggi dah cukup cerdik dah, takkan tak reti berusaha cari kerja selain dari kerja dengan kerajaan?
BalasPadamdari situ boleh kurangkan perbelanjaan mengurus yang banyak habis dengan bayar gaji & elaun saja.
lepastu gunakan sehabis baik tenaga manusia/kerja yang ada. kalau dulu skim jongos a.k.a. J ni sekadar jadi "mandur" dan "pemantau", sekarang kerah mereka buat kerja2 yang sekarang ni dibuat oleh konsultan luar. bagi skim fucker a.k.a. F ni kerah "kepintaran" mereka dalam bidang IT untuk buat itu dan ini dimana sekarang ni hampir 90% dibuat oleh vendor. apa guna sembang pasal SDLC hebat ketika temuduga tapi tak adaptasikan dalam kerja? asyik harapkan vendor je.
begitu juga dengan skim lain yang banyak gunapakai konsultan luar. buat sendiri kerja tu. puak2 ptd yang ramai dalam kerajaan ni pun gunakan "kepakaran" anda untuk merangka dasar yang hebat2 tu jangan asyik pakai konsultan je. begitu juga dengan pegawai lembu a.k.a. L (undang-undang) buat kerja tu betul-betul bukan asyik sub ke konsultan je.
dari situ dah boleh jimat begitu banyak sekali. masalah dalam kerajaan ini adalah kakitangan kemain ramai, tapi buat kerja sambil lewa.
mereka yang sambil lewa ni elok berhentikan saja, dari pemberhentian mereka ini boleh jimatkan kos, dan naikkan sedikit gaji mereka yang benar-benar efisyen tersebut kerana mereka telah menganggung beban kerja yang ditinggalkan oleh mereka yang diberhentikan ini.
selamat tahun baru.
p/s: gred-gred yang tersenarai di atas pasti akan sentap. tengok jela nanti sapa quote post aku ni. kah kah kah.
Bagus lah kata2 dari NAJIB + JIMAT = NAJIMAT...apa yg di kata sangat kena pada tempatnya..
BalasPadamcayuk3...
satu cadangan yang baik bagi menwujudkan Qouta khas untuk penjawat awam menunaikan haji...bagi peluang PA menunaikan fardhu haji dalam perkhidmatan....harap cadangan ini menjadi reality dalam masa terdekat....
BalasPadam