Utusan Malaysia
19/12/2013
19/12/2013
KUALA LUMPUR 19 Dis. - Bekas Presiden Kongres
Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk
Omar Osman yang mengakhiri tugas hari ini mengakui pihak media banyak
membantunya untuk menambah baik kebajikan penjawat-penjawat awam negara
ini.Katanya, selama memegang jawatan Presiden CUEPACS, beliau banyak
diberikan peluang dan ruang di media terutama berkaitan dengan usaha
memperbaiki segala kemudahan kakitangan awam.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan penghargaan di atas kerjasama yang dijalinkan antara pihak media dengan CUEPACS selama ini."Saya amat berharap kerjasama ini akan berterusan demi kesejahteraan
penjawat-penjawat awam di negara kita," katanya kepada pemberita selepas
berakhirnya Konvensyen Tritahunan CUEPACS di sini hari ini.Menjawab satu soalan, Omar yakin kepimpinan baharu CUEPACS mampu
menggalas tugas untuk terus membela nasib kakitangan awam yang kini
berjumlah 1.4 juta orang."Saya yakin mereka mampu melakukannya dengan terbaik," katanya.
Dalam pada itu Omar berkata, beliau selepas ini akan meluangkan lebih masa untuk keluarga dan saudara mara."Selama ini saya banyak tinggalkan mereka atas tuntutan tugas sebagai
Presiden. Inilah masa paling sesuai untuk saya melebihkan masa untuk
keluarga dan saudara mara."Namun, jika pihak CUEPACS mahukan bantuan dan nasihat, saya tidak keberatan untuk memberikan sumbangan," katanya.
MAJALAH MEDIA BANTU EX PRESIDENT
BalasPadamTerima kasih atas jasa dan sumbangan anda...
BalasPadamHanya Allah yang maha kuasa dpt mmbalas segala jasa anda...Amin
semoga segala jasa dan bakti yang ditabur menjadi jariah di akhirat nanti..
BalasPadamameeen!!..
omar dah berambus. presiden baru dah dilantik. apa tunggu lagi? gambar kat sebelah tu tukar la wei! semak la muka omar tu.
BalasPadamTerima kasih diatas segala usaha dato dalam mmrtabatkan sektor perkhidmatan awam. Trm ksh sglanya. Insyaallah pasti terbalas. Bagi yg lupa diats apa yg kita dapat hrni adalh ats usaha beliau juga. Apabila dapat xpernh berterima kasih. Apabila xdpt apa yg dihajati org inilh yg diherdik maki hamun. Sbgai manusia fikirlah bhwa bkn semudh disgka untuk mmgg sesuatu organisasi dlm memperjuangkn hak PA. Ucplh trm ksh diats apa yg kita perolehi hr ini. Semoga dato dpt mencurhkn ilmu n pengalamn kepada kepimpinan yg baru. Bersama kita martbatkn perkhdmtn awam dinegara ini.selamat maju jaya
BalasPadamyg patut berterima kasih dgn dia tuh skim2 jongos a.k.a. J17 tuh jer. skim len ape dpt????
BalasPadamjongosssssssssss
hapuskan jer jawatan kasta paria cam r1/r3/n1/n3/ tuh semua. keje derang tu gred 17 pun leh buat. mmg kebanyakan jabatan pun keje derang 17 yg buat pasal gred sampah ni byk yg hilang, mia, awol. wujudkan semula exit policy supaya sampah2 nih leh diterminate secara terhormat.
BalasPadamTerima kasih Dato...seingat saya, anda adalah presiden cuepacs yang paling aggresif memperjuangkan hak penjawat awam! Biar apa yang dilakukan oleh anda ni jadi satu penanda aras kpd presiden baharu...dan apa yg dilakukan tidak boleh kurang drpd yg dilaksanakan anda....
BalasPadamSorry to say BRO.... semua ni bukan jasa majalah media tapi berkat semua PA yang sanggup meluangkan masa untuk menyakinkan Omar turun kerusi . Hanya bangku plastik berkaki 4 tanpa roda dan penyandar aje yg sesuai untuk Omar ( Warung Kopi he... he... he... ) . YES....
BalasPadamMcm mane dgn juruteknik komputer ft17.name pon juruteknik tp xnaik (tercicir).xdpt mcm juruteknik j17 dah naik ja29.kami pon kelayakan masuk jawatan sijil politeknik same mcm j17.cuepacs pon terlepas pandang ke?
BalasPadam