31 Disember 2013

NGO SOKONG LANGKAH PENJIMATAN KERAJAAN

Utusan Malaysia
31/12/2013


Kiri Nadzim Johan, Saharuddin Awang, Paul Selvaraj
KUALA LUMPUR 30 Dis. - Tindakan kerajaan mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari nanti dipuji dan tepat pada masanya.Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, langkah itu menunjukkan bahawa kerajaan bersungguh-sungguh untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun hadapan.Katanya lagi, bagaimanapun, kerajaan perlu memastikan segala perancangan itu dapat berjalan dengan lancar seperti dirancang.
"Saya melihat pengumuman ini merupakan satu permulaan yang baik tetapi perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya pengurangan itu benar-benar berlaku."Mungkin selepas ini perlu diwujudkan sebuah badan yang memantau perkara ini secara khususnya termasuk melantik Ketua Audit Negara untuk terlibat sama supaya penyelewengan dan ketirisan yang berlaku dapat dibendung," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pengumuman 11 langkah pengurangan perbelanjaan sektor awam dan langkah-langkah penjimatan lain akan diperkenalkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.Sementara itu, Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya berkata, langkah yang diperkenalkan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap ekonomi negara yang wajar disokong oleh semua pihak.
Katanya, pengumuman itu, sekali gus dapat menangkis tuduhan kononnya kerajaan tidak berhemah dalam berbelanja."Saya melihat perkara ini adalah langkah yang tepat dilakukan, khususnya semasa kerajaan mahu mengurangkan defisit negara."Mungkin kita sebagai rakyat juga seharusnya mengikut langkah kerajaan dan tidak berbelanja boros," ujarnya.
Dalam pada itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda juga menyokong langkah kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan sektor awam sambil menyifatkan sebagai tindakan tepat.Namun begitu, beliau meminta kajian mendalam dapat dilakukan, khususnya melibatkan pemotongan perbelanjaan seperti bayaran tol kepada penjawat awam gred jawatan utama sektor awam (JUSA C) ke atas.

"Kita minta perkara itu dikaji semula kerana dibimbangi mengguris perasaan penjawat awam yang akhirnya akan diterjemahkan dalam bentuk lain," katanya.Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA),

Datuk Paul Selvaraj
berkata, kerajaan perlu lebih telus dalam mengatur perbelanjaan supaya tidak memberi bebanan kepada rakyat dalam persekitaran kos hidup yang semakin meningkat.Jelasnya, kerajaan juga disaran untuk membentangkan perbelanjaan di kesemua kementerian atau agensi secara terbuka bagi memberi keyakinan kepada rakyat."Melalui cara tersebut, rakyat akan lebih yakin serta mengetahui pengaliran wang yang digunakan bagi kepentingan rakyat. Ini juga bagi membuktikan kerajaan telus dalam mengawal penggunaan wang," katanya.
Menurut Presiden Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Mohd. Fazil Abdullah, selain melaksanakan 11 langkah tersebut, kerajaan turut digesa mengkaji kaedah-kaedah baharu bagi memastikan perbelanjaan sektor awam terus dapat dijimatkan.Jelasnya, kepelbagaian inovasi baharu turut diperlukan dalam usaha mengurangkan perbelanjaan seperti penggunaan mentol dari jenis diod pemancar cahaya (LED) yang dilihat mampu mengurangkan penggunaan elektrik, sekali gus mengurangkan perbelanjaan kerajaan."Teknologi baharu seperti penggunaan lampu yang akan terpadam secara automatik apabila pintu ditutup dan pengurangan suhu penghawa dingin ke 24 darjah Celsius perlu bagi memastikan saranan Perdana Menteri itu dapat dilaksanakan dengan jayanya," jelasnya.

A

6 ulasan:

  1. Banyakkah itu dapat dijimatkan? langkah yang sepatutnya kawal semua harga, apa guna pegawai pemantau harga yang sedia ada. Paparkan tangkapan sekurang-kurangnya tauke-tauke akan was-was nak naikan harga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jawapan.yg sering kita dengar ialah tiada laporan drpd pengguna maka keadaan ok. Jika ada laporan baru turun padang utk buat siasatan dan tindakan. Inilah kenyataan yg sering kita dgr. Nama jabatan sudah tertera penguatkuasa, mengapa mesti mereka tunggu laporan pengguna, mengapa mereka tak turun padang dan lihat sendiri keadaan. Penguatkuasaan berkaitan pemantauan, maka lakukanlah pemantauan bukan duduk kat pejabat termenung memikirkan bila gaji dan gred naik. Sekadar beri peringatan dan amaran melalui media spya para peniaga tidak menaikkan harga barang langsung tak bertanggungjawab. Mereka harus tegas berlandaskan undang2 sedia ada supaya pemborong/pembekal/peniaga yg tamak dan rakus ini diambil tindakan sewajarnya.

      Padam
  2. Jika kerajaan ada wang elok lagi membuat pemberian secara tunai drpd melalui sebutharga yg memakan kos sekali ganda berbanding harga yg perlu dibayar jika beli secara tunai. Nampak sgt syatikat mengaut keuntungan berganda cuma dgn menjual barang yg kekadang tiada kualiti langsung. Jika kerajaan tidak mengamalkan pembelian secara tender ini sudah tentu berbilion ringgit dpt dijimatkn.

    BalasPadam
  3. NAJIB + JIMAT = NAJIMATRabu, Januari 01, 2014 7:49:00 PTG

    turunkan balik semua gred subsidi a.k.a. jumud ke gred asal sebagai langkah penjimatan. lepastu hentikan pengambilan pekerja baru terutama graduan universiti. mereka belajar tinggi dah cukup cerdik dah, takkan tak reti berusaha cari kerja selain dari kerja dengan kerajaan?

    dari situ boleh kurangkan perbelanjaan mengurus yang banyak habis dengan bayar gaji & elaun saja.

    lepastu gunakan sehabis baik tenaga manusia/kerja yang ada. kalau dulu skim jongos a.k.a. J ni sekadar jadi "mandur" dan "pemantau", sekarang kerah mereka buat kerja2 yang sekarang ni dibuat oleh konsultan luar. bagi skim fucker a.k.a. F ni kerah "kepintaran" mereka dalam bidang IT untuk buat itu dan ini dimana sekarang ni hampir 90% dibuat oleh vendor. apa guna sembang pasal SDLC hebat ketika temuduga tapi tak adaptasikan dalam kerja? asyik harapkan vendor je.

    begitu juga dengan skim lain yang banyak gunapakai konsultan luar. buat sendiri kerja tu. puak2 ptd yang ramai dalam kerajaan ni pun gunakana "kepakaran" anda untuk merangka dasar yang hebat2 tu jangan asyik pakai konsultan je. begitu juga dengan pegawai lembu a.k.a. L (undang-undang) buat kerja tu betul-betul bukan asyik sub ke konsultan je.

    dari situ dah boleh jimat begitu banyak sekali. masalah dalam kerajaan ini adalah kakitangan kemain ramai, tapi buat kerja sambil lewa.

    mereka yang sambil lewa ni elok berhentikan saja, dari pemberhentian mereka ini boleh jimatkan kos, dan naikkan sedikit gaji mereka yang benar-benar efisyen tersebut kerana mereka telah menganggung beban kerja yang ditinggalkan oleh mereka yang diberhentikan ini.

    selamat tahun baru.


    p/s: gred-gred yang tersenarai di atas pasti akan sentap. tengok jela nanti sapa quote post aku ni. kah kah kah.

    BalasPadam
  4. KAMI PEJAWAT AWAM PERTENGAHAN TERBEBAN TIDAK DAPAT BRIM DAN SKIM W DAN KATEGORI SOKONGAN W32/36 BELUM DITAMBAHBAIKKAN. HARGA BARANG DAN PERKHIDMATAN KIAN NAIK DAN GAJI DI TAHAP LAMA

    BalasPadam
  5. LAMAN WEB KEMENTERIAN PENDIDIKAN KENA DEFACED 01/01/2014 yang lalu

    LAMAN WEB KEMENTERIAN PENDIDIKAN OFFLINE SAMPAI KE HARI NI

    apa benda PTM & PPTM di MOE ni buat sampai ke harini masih "maintenance" lagi? database joomla/mambo yang kau guna tu dah kena delete ka? www folder dah kena delete?

    itulah akibatnya apabila SPA mengambil orang bodoh yang tak tau apa pasal IT harapkan "cemerlang" dalam peperiksaan dengan pointer yang tinggi je menjawat jawatan penolong/pegawai teknologi maklumat.

    lepastu guna jalan mudah pasang joomla/mambo sebagai laman web. dahla guna CMS, lepastu tak reti nak maintain, patch, update dan sebagainya. biar macam tu je. tak hairan la senang kena defaced.

    spa pun sama bodoh dengan ptm/pptm tu.

    BalasPadam