Utusan Malaysia
17/12/2013
KUALA LUMPUR 17 Dis. - Datuk Omar Osman, 62, mengakhiri tugasnya
sebagai Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan
Awam (CUEPACS) sebaik sahaja berakhirnya Konvensyen Tritahunan kongres
itu yang bermula hari ini.Beliau yang mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan
Presiden CUEPACS pada konvensyen kali ini yakin pemimpin-pemimpin
pelapis kongres berkenaan mampu meneruskan perjuangan membela nasib
kakitangan awam.
Bercakap dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian konvensyen itu
beliau berkata, inilah masa paling sesuai untuknya mengundur diri dan
memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin pelapis menunjukkan bakat
kepemimpinan mereka.''Saya telah berkhidmat sebagai Presiden CUEPACS lebih tujuh tahun
dan dalam tempoh itu kira-kira 33 perkara penambahbaikan berjaya kita
lakukan demi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan awam negara ini,''
katanya di sini. Perasmian konvensyen itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Omar berkata, lebih membanggakan setiap penambahbaikan itu adalah
hasil daripada rundingan dengan pihak kerajaan dan bukannya melalui
piket atau demonstrasi.''Saya lebih percayakan rundingan daripada pendekatan lain dan
hasilnya kakitangan kerajaan memperolehi pelbagai insentif antaranya
kenaikan gaji dan lanjutan umur bersara.''Malah melalui rundingan juga kita berjaya menyerap kakitangan awam
yang mengambil opsyen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada
opsyen pencen,'' katanya lagi.
Ketika ditanya pencapaian terbaik ketika memegang jawatan Presiden
CUEPACS, beliau berkata, antaranya adalah kenaikan gaji 35 peratus pada
tahun 2007, lanjutan umur persaraan sehingga 60 tahun dan pembatalan
Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).Dalam pada itu beliau berkata, terdapat empat lagi tuntutan CUEPACS
yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan dan akan dibincangkan secara
serius pada konvensyen kali ini iaitu:
* Pinjaman perumahan berdasarkan harga rumah dan bukan mengikut kadar gaji.
* Cuti tanpa rekod untuk umrah.
* Semakan semula kadar faedah empat peratus pinjaman perumahan kerajaan.
* Semakan semula kadar imbuhan elaun tetap perumahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan