Sinar Harian
Wartawan Sinar Harian
14 Januari 2014
KONGRESS Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), antara
badan popular yang lantang membela hak penjawat awam di negara ini.
Penggal 2013-2016, badan ini dinaungi Presiden baharu, AZIH MUDA
menggantikan Datuk Omar Osman bagi meneruskan misi memperjuangkan nasib
kira-kira 1.4 juta penjawat awam. Walaupun baharu menggalas peranan itu,
tanggungjawab berat menanti beliau lebih-lebih lagi tahun ini, berlaku
rentetan kenaikan harga barangan yang memberi kesan kenaikan kos sara
hidup.
Menyedari cabaran dan beban yang semakin berat bakal digalas, Azih menggariskan hala tuju Cuepacs dan beberapa tuntutan kepada Kerajaan dalam membantu penjawat awam menangani kos sara hidup. Ikuti wawancara Wartawan Sinar Harian, Noor Azura Sahril dan Jurugambar, Zulfadhli Zaki bersama beliau, di pejabatnya.
SINAR HARIAN: Tahniah atas pelantikan sebagai Presiden baharu Cuepacs. Seterusnya, apakah langkah dan hala tuju Cuepacs selepas ini?
AZIH: Umum mengetahui Cuepacs adalah kongres kesatuan sekerja yang bergabung dengan kesatuan sekerja, sama ada di peringkat persekutuan, negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan di seluruh negara.
Segala suara yang berbangkit daripada ahli gabungan ini yang secara keseluruhannya penjawat awam akan disampaikan kepada Cuepacs, dan Cuepacs merupakan adalah payung kepada mereka.
Dalam tempoh penggal lalu, hubungan Cuepacs dengan ahli begitu rapat dan sentiasa turun padang, ke peringkat akar umbi. Begitu juga dengan penggal ini, saya akan teruskan kesinambungan ini untuk turun padang mendengar dan menyampaikan kepada kerajaan.
Apa yang Cuepacs perlu perkemas adalah hala tuju baharu yang disasarkan bermula 2014, adalah bagaimana soal kebajikan penjawat awam mendapat pembelaan sewajarnya.
SINAR HARIAN: Justeru, apakah fokus Cuepacs dalam membantu golongan ini?
AZIH: Hari ini, kita lihat Malaysia bergerak setanding dengan negara maju. Penjawat awam, yang sebahagian besarnya kumpulan pelaksana ini bekerja keras, berkhidmat dengan majikan mereka iaitu kerajaan.
Apalagi mereka ini adalah tulang belakang kepada kerajaan, ada antara yang berkhidmat sehingga 40 tahun tentunya jasa mereka dihargai kerajaan, kerana merekalah yang membina negara bangsa. Oleh itu, Cuepacs memahami keluh kesah pekerja, supaya kerajaan mendengar apa yang dilahirkan oleh pekerja.
Bagi memastikan kebajikan ini, Cuepacs juga menitikberatkan soal anak-anak dan keluarga mereka dalam soal pendidikan, pekerjaan dan utamanya adalah melahirkan modal insan yang mampu menjadi aset negara pada masa akan datang.
Kalau penjawat awam sebilangan besar peratusnya adalah golongan pelaksana, tidak mampu memberi didikan kepada anak mereka setaraf dengan negara maju, kita bimbang dia tidak akan mampu melahirkan modal insan kepada negara.
Itulah harapan Cuepacs, bukan sahaja kepada penjawat awam, malah negara.
SINAR HARIAN: Tahun 2014, dikatakan tahun kenaikan kos sara hidup. Penjawat awam juga turut tidak terkecuali menerima tempias kenaikan ini. Apakah inisiatif Cuepacs dalam meringankan beban penjawat awam?
AZIH: Dari segi semasa, kemelut kenaikan kos harga barang adalah fenomena yang berlaku di luar jangkaan kita. Bukan sahaja penjawat awam, tetapi rakyat di bandar, pinggir bandar dan luar bandar yang disebut sebagai rakyat biasa juga terkesan dengan kenaikan harga barang.
Jika gagal dikawal, penjawat awam jadi miskin seperti dahulu. Terpaksa mencari pekerjaan lain bagi menampung kos perbelanjaan.
Kita lihat secara kasar pun, apabila harga minyak, kenaikan tarif elektrik, kenaikan kadar tol dan pelbagai kenaikan lagi akan mempengaruhi harga barang-barang pengguna dalam pasaran, termasuk bahan mentah.
Kita juga hairan, mengapa syarikat GLC turut memilih masa ini untuk kenaikan, TNB umpamanya. Tetapi perlu kita ingat kenaikan tarif ini kepada industri, produk daripada industri ini mahal dan akan dijual dengan harga yang lebih mahal akhirnya pengguna kena bayar kos yang lebih.
Pasaran menentukan harga. Kita bimbang dengan GST pada 1 April 2015, akan dilaksanakan. Sudahlah harga barang naik, ditambah cukai 6 peratus itu. Di mana sumbernya?
Berdasarkan analisis Cuepacs, kos sara hidup yang meningkat antara lapan dan 10 peratus sekarang memberi tekanan kepada penjawat awam khususnya yang tinggal di kawasan bandar besar, memandangkan kenaikan gaji sektor awam hanya sekitar dua hingga 2.5 peratus.
Kumpulan pelaksana 2, yang gaji asasnya RM800 ditambah elaun, berpendapatan RM1,100 sebulan pastinya tidak mampu menampung kos sara hidup terutamanya di bandar besar.
Pendapatan itu hanya mampu menampung perbelanjaan dua minggu. Akhirnya mereka (penjawat awam) terpaksa mencari kerja lebih masa.
SINAR HARIAN: Apakah cadangan Cuepacs dalam meringankan beban penjawat awam?
AZIH: Cuepacs dalam menjaga kebajikan mahu kerajaan menaikkan kadar gaji minimum penjawat awam kepada RM1,200 bagi mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Sepatutnya RM1,200 paling minima dan kita jangka dalam tempoh akan datang, ia akan disemak semula.
Pada 2011, Cuepacs mencadangkan kepada kerajaan supaya memperkenalkan gaji minimum RM900 untuk membantu kelompok kumpulan pelaksana seperti pekerja am rendah, pembantu pejabat dan pemandu yang menerima gaji asas bawah RM700 sebulan.
Kami juga menyarankan kerajaan menyelaraskan Elaun Sara Hidup (Cola) bagi seluruh negara tanpa mengira kawasan luar bandar atau bandar. Kerajaan juga perlu mempertimbangkan kenaikan Cola sedia ada dari RM300 kepada RM450.
Bercakap dengan kenaikan kos, harga di luar bandar adalah lebih mahal berbanding di bandar kerana logistik. Dengan kenaikan harga minyak dan kadar tol ini meningkatkan lagi kos logistik.
Selain itu, Cuepacs juga mencadangkan kepada kerajaan, meningkatkan elaun perumahan penjawat awam sedia ada. Dengan kenaikan harga rumah sekarang ini, jumlah sedia ada tidak mencukupi. Kebajikan perumahan, penting dalam kehidupan keselesaan keluarga. Kita sedia maklum, kenaikan harga rumah sekarang berlaku luar biasa.
Persoalannya, adakah mampu penjawat awam membeli rumah RM150,000 ke atas. Justeru, Cuepacs mencadangkan tidak menswastakan pinjaman perumahan kerajaan.
Cuepacs tidak bersetuju bahagian pinjaman ia diserahkan kepada bank, yang akhirnya akan memberi bebanan kepada peminjam.
Kerajaan perlu bina rumah lebih rendah daripada rumah Prima, menyegerakan membina rumah di bawah RM90,000 ke bawah termasuk mempertimbangkan kuota 30 peratus dibina oleh Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
SINAR HARIAN: Adakah Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan meringankan beban rakyat menangani kenaikan kos sara hidup?
AZIH: Saya tidak fikir ia menyelesaikan semua masalah, tetapi mungkin hanya satu dua. Kerajaan beri BR1M sebagai usaha membantu rakyat yang memerlukan.
Subsidi tidak dinikmati oleh golongan sasaran. Oleh itu langkah kerajaan mengurangkan subsidi dan memberikan BR1M benar-benar membantu rakyat. Malah, ada penjawat awam juga mendapat BR1M.
SINAR: Bagaimana pula respons Cuepacs terhadap 11 langkah penjimatan oleh Kerajaan. Adakah itu boleh dianggap usaha Kerajaan itu memadai, sewaktu rakyat juga diminta berjimat?
AZIH: Pendekatan penjimatan yang dilaksanakan kerajaan itu bertepatan dan wajar diterima semua pihak. Cuepacs menyokong penuh usaha drastik kerajaan dalam memastikan pengurusan kewangannya diurus secara lebih berkhemah dan tidak dibazirkan dengan perbelanjaan tidak relevan.
Mengoptimumkan penggunaan pejabat dan premis kerajaan, Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik serta mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan mampu menjimatkan perbelanjaan bulanan. Dalam pada itu, kerajaan perlu mengurangkan agihan pengurusan projek pembangunan kepada banyak kontraktor, selain memastikan projek yang dilaksanakan tidak terbengkalai atau lewat siap.
SINAR HARIAN: Sebagai badan yang membela hak-hak penjawat awam, bagaimana respons Kerajaan terhadap tuntutan Cuepacs?
AZIH: Perdana Menteri sentiasa memberi komitmen dan iltizam, kerajaan akan membantu rakyat berpendapatan rendah, lebih-lebih lagi dalam hal kebajikan mereka.
Cuepacs amat mengalu-alukan, malah Cuepacs juga melihat soal kebajikan ini bukan hal retorik.Kita harapkan satu perbincangan dengan kerajaan dalam mencari jalan. Peranan kedua belah pihak memastikan situasi menang-menang agar segala tuntutan dapat dilaksanakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan