Bernama
10/1/2014
10/1/2014
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Kira-Kira satu peratus daripada
112,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau sebanyak
1,391 orang telah dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja
sepanjang tahun 2013, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata antara kes tatatertib itu ialah rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, mencemar reputasi pasukan, cuai dan ingkar arahan.
Mereka yang didapati bersalah dikenakan pelbagai jenis tindakan seperti amaran, tahan kerja, potong gaji, turun pangkat dan tahan kerja yang turut terkandung dalam Perintah Am Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Kami tidak berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang mencemarkan reputasi pasukan dan tindakan sewajarnya akan di ambil serta merta," katanya kepada pemberita dalam wawancara khas di Bukit Aman, di sini hari ini.
Khalid berkata mana-mana pegawai dan anggota PDRM yang terlibat dengan kesalahan rasuah akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat.
Beliau berkata sekiranya SPRM tidak dapat melakukan pertuduhan terhadap pegawai dan anggota PDRM yang terlibat kerana kekurangan bukti, mereka akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib PDRM untuk tindakan.
Pegawai dan anggota PDRM wajib mengisytiharkan aset yang dimiliki mereka setiap lima tahun sekali bagi memudahkan segala proses dokumentasi dan rekod dilakukan dan menjadi satu kesalahan jika mereka tidak berbuat demikian, katanya.
"Mereka yang terlibat dengan rasuah kita akan periksa aset mereka termasuk memeriksa aset yang dimiliki anggota keluarga mereka," katanya.
Sehubungan itu bagi memastikan warga PDRM tidak terlibat dengan salah laku dan pelanggaran integriti, Khalid berkata satu jabatan akan ditubuhkan bagi mengawasi tindak-tanduk warga PDRM.
"Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sedang dirangka PDRM bagi memudahkan tindakan tatatertib dikenakan ke atas anggota PDRM yang terlibat dengan salah laku. Kami telah kemukakan kepada JPA dan sedang menunggu keputusan mereka," katanya.
Sementara itu ditanya mengenai jaminan tahap keselamatan negara di perairan Sabah, Khalid berkata sehingga kini tujuh balai polis baharu diwujudkan di Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSZONE) dengan 150 anggota ditempatkan di setiap balai.
Beliau berkata insiden penculikan di Pulau Pom-Pom di Semporna Sabah menjadi pengajaran kepada PDRM serta agensi penguatkuasaan lain dalam membaiki setiap kelemahan yang timbul.
-- BERNAMA

Aku first, I'm the One..I'm the best..ha..!!ha..!! Kau org masih dlm perjalanan ke mana-mana, tgh ngeteh, tengah tido, ada tak solat subuh, atau ape-ape jealah..Pembantu tadbir jumlahnya 350-400 ribu, kalau didarabkan dgn jumlah keluarga boleh mengundi 4 org, bermakna 350,000 × 4 = 1.4 juta mengundi PR, persatuan pembantu tadbir (Augegas) mohon kenaikan gred N27, N32, N36..tetapi masih tiada keputusan dari JPA dan SPA, Persatuan Penghulu/Penggawa berjumlah 1-2 ribu penghulu seluruh malaysia, persatuan penghulu/penggawa mohon kenaikan gred baru N41, N44, N48, sehingga sekarang masih tiada jawapan dari SPA dan JPA, permohonan dahulu di tolak mentah-mentah oleh JPA, pengaruh penghulu/penggawa meliputi daerah dan negeri, berapa puluhan ribu penduduk boleh dipengaruhinya.. itu belum termasuk cerdik-pandai penjawat awam yg memilki ijazah dan master yg masih belum menjawat jawatan gred 41, buruk padahnya nanti, mereka nie berpindidikan tinggi serta pengalaman kerja yg luas serta lama, begitu juga dengan beberapa persatuan spt pembantu makmal, pegawai kastam, pegawai jpj, dan sebagainya, ape cite semuanya ini dengan kenaikan kos sara hidup yg tinggi, PRU-14 dah hampir, berapa tahun jea tinggal..jadi kerajaan, SPA dan JPA fikir-fikirkanlah..Sabtu, Januari 11, 2014 7:38:00 PG
BalasPadamKomen menyampah. Patut layak dpt gaji kecik.
Padamhahaha ada rupanya beruk 1st tu. lu keje hari sabtu ke bai? atau kena kerah kerja hari sabtu sebab hari isnin-jumaat kerja tak siap sebab asyik mengular/facebook/berborak/meniaga???
BalasPadambiasala dalam setandan pisang mesti ada busuknya. sebab tu tindakan tegas perlu diambil. jangan simpan dan bela penjawat awam yang bermasalah. buang je terus dari perkhidmatan. dan dalam hal ni juga pihak berkuasa mengambil seperti SPA perlu dipersalahkan sebab mengambil sampah sebegitu. mereka mendabik dada kononnya merekalah panel temuduga terbaik pernah dihasilkan dalam sejarah malaysia. tapi bila temuduga orang, masih lagi tak boleh menilai samada orang itu benar-benar baik atau tidak. kesudahannya apabila si hipokrit ini masuk kerja, barulah nampak belang dan warna sebenarnya.
jadi selain daripada pegawai itu sendiri dikenakan tindakan tatatertib, pihak berkuasa mengambil seperti SPA juga perlu diaudit semula dan perlu di"transformasikan" semula.
Kerana ada yg cacat, penagih dadah, peragut, mat rempit pun ada yg terlepas masuk jika ada berlaku penyeleweng berlaku diperingkat awal pengambilan. Sepatutnya semasa sesi latihan dijlnkn jika ada yg disyaki atau didapati xmemenuhi syarat, pelatih berkenaan harus dipecat serta merta, ini hal serius dan harus tiada kompromi.
Padam" PIHAK BERKUASA MENGAMBIL "
BalasPadamBUWAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA....
Sah beruk2 pejabat memang tercangguk2 kat rumah tonton tv je sbb xde internet kat rumah.
BalasPadamPIHAK BERKUASA MENGAMBIL?.
BalasPadamSUDAH TUKAR LA SEKARANG.
BUWAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
satu peratus diambil tindakan....kerana tak join pihak atasan makan rasuah/penyelewengan/salah guna kuasa. tengok sahaja macam mana laju depa bawak kereta JSJ di highway...macam shaitan.....tunjuk lah treladan yang baik.....
BalasPadamTanpa Nama berkata...
BalasPadamPIHAK BERKUASA MENGAMBIL?.
SUDAH TUKAR LA SEKARANG.
BUWAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Sabtu, Januari 11, 2014 6:34:00 PTG
-------------------------
ler krg2 nye komen dia tuh bernas & ade isi. nko nyer komen per ade? ni klu x par, drebar, xpun pra yg bkl naek freeee buta h11 xlama lg nih. xpun yg mentaliti std par/pra/drebar.
JANGAN HANYA PANDAI MENCARI KESALAHAN SAHAJA.
BalasPadamBERILAH CADANGAN, APAKAH KAEDAH/CARA YANG TERBAIK UTK MENILAI/MENGAMBIL ATAU MENGENAL PASTI CALON YANG BERKUALITI.
BUWAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Tanya pada beruk2 yg sentiasa buat fitnah, maki hamun dan dengki dgn gred lain sbb mereka lah yg lantang mengutuk dan merendah2kn jawatan lain. Merekalah yg pandai menentukn calon yg layak spt mereka.
PadamTOLONG NAIK JAWATAN PENJAWAT AWAM SOKONGAN YG MEMPUNYAI IJAZAH DAN BERTUGAS MELEBIHI 10 TAHUN KE GRED P&P N/W41
BalasPadamADA IJAZAH, XDA KEPANDAIAN: XLAYAK NAIK KE P&P.
PadamBersyukur dan bercukurlah dah ada kerja tetap. Usah sibuk minta naik gred; kadar penggangguran masih tinggi. Ada degree tapi kebodohan terserlah.....
PadamAda ijazah insyallah boleh dikatakan kompetetif secara idealnya, kecuali dpt ijazah secara tidak betul dan pA ada ijazah pulak bergantung kpd motivasi yg menjurus disiplin, produktif, kualiti dan sebagainya..
BalasPadamkuliah maghrib hari ini di masjid tempat aku:
BalasPadamdiriwayatkan oleh anas r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda, sekiranya anda telah cukup makan pakai, tapi masih lagi bersikap meminta-minta, maka dia telah meminta(booking) bara dari neraka.
maksud cukup makan tu, anda cukup makan sehari paling bangsat pun sekali makan (biasa dapat makan siang & malam), ada tempat tinggal, ada pakaian untuk menutup aurat, itu maksudnya adalah MAMPU. sebaliknya sekiranya dia masih lagi meminta-minta seperti kebanyakan penjawat awam dalam ni yang suka minta naik gaji tak memasal sebab nak penuhkan keinginan nafsu, maka sesuaikanlah diri anda mengikut hadis di atas. selain daripada itu, maksud meminta di atas juga adalah meminta sesuatu yang melebihi kemampuan/kelulusan/hak seseorang. sebaliknya sekiranya dia meminta sesuatu berdasarkan pra-syarat yang dia ada dalam masa yang sama dia berusaha, maka tidaklah tergolong dalam golongan tersebut.
golongan yang ditimpa musibah sampai hilang tempat tinggal, tempat bergantung, makan pakai, mahupun memang miskin papa kedana dibolehkan meminta-minta sekadar untuk keperluan hariannya sahaja seperti pakaian untuk menutup aurat, tempat berteduh dari panas hujan dan untuk beribadah, serta makan minum untuk meneruskan hidupnya.
renung2kanlah, selamat beramal
tindakan tatatertib ni orang bawahan asyik kena orang atasan asyik terlepas aja. makan rasuah,seleweng duit rakyat,salahguna kuasa semua orang atasan yang selau buat tapi tak kena apa pun.depa buat apa pun ada orang tolong backup nampak sangat tak telus kerajaan pemerintah sekarang.bomba tak termasuk sekali.
BalasPadamyang diatas salah sebenarnya pegawai atasan bomba termasuk sekali seleweng,rasuah,salahguna kuasa.kebajikan anggota bawahan tak dipedulikan.
BalasPadam