Berita Harian
13/1/2014
13/1/2014
Kuala Lumpur: Kerajaan dicadang menguatkuasakan larangan pengambilan pekerja asing di semua restoran dan bukan setakat restoran makanan segera bagi mengelak negara terus dibanjiri pekerja asing.
Presiden CUEPACS, Azih Musa, berkata ini berikutan ramai pekerja tempatan berkelayakan bekerja dalam sektor makanan masih menganggur akibat tindakan majikan mengutamakan pekerja asing.
“Pengambilan pekerja asing perlu dihadkan kerana jika kita terlalu membuka peluang kepada mereka akhirnya sektor itu akan dimonopoli oleh mereka dan bukan orang tempatan.
“Di hotel dan restoran keluarga contohnya, majoriti pekerja bukan pekerja tempatan. Adakah mereka tidak layak untuk bekerja? Sedangkan ramai mahasiswa jauh lebih berkelayakan tetapi tidak diberikan peluang. Majikan lebih mementingkan pengurangan kos tanpa memikirkan kesan jangka panjang,” katanya.
Sekat kemasukan
Beliau juga berkata, satu undang-undang perlu digubal bagi menyekat kemasukan pekerja asing.
Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (PIKAP), Datuk Zulkepley Dahalan, menyokong cadangan itu dan menyarankan pekerja asing dihadkan kepada sektor tertentu saja.
“Kerajaan wajar mempertimbangkan perkara ini dan pengambilan pekerja asing perlu untuk sektor perindustrian dan umpamanya saja.
Kita khuatir pengambilan pekerja asing secara berlebihan akan mengakibatkan populasi penduduk tidak seimbang.
“Kita bimbang jumlahnya melebihi penduduk tempatan sekali gus mengundang pelbagai masalah lain,” katanya.
Beliau juga mencadangkan supaya kerajaan sediakan nisbah yang boleh mengimbang pengambilan pekerja asing dalam industri pemakanan.
yyINI BUKAM MASALAH PENJAWAT AWAM, TAK PERLU LAPOR DLM LAMAN INI
BalasPadamtapi bangga juga jadi yg pertama
entah la...blog ni dah semakin mengarut....
BalasPadamberuk2 yang main 1st 2nd 3rd tu lagi mengarut.
BalasPadamsebenarnya topik ini berkaitan dengan penjawat awam sebab penjawat awam juga yang menyebabkan pekerja asing diambil bekerja dalam negara ini.
perkerja asing kalau nak ambil berkerja, biarlah yg cun, bergetah, mengiurkan, barulah pelanggan berebut-rebut datang.. carilah dari itali, sepanyol, irish barulah mengancam.. mana bos-bos dahi licin dan hidung belang berebutlah dia org ke restoren tue..
BalasPadamSaya amat bersetuju larangan mengambil pekerja asing di semua restoran bagi mengurangkan kadar pengangguran di kalangan anak tempatan. Pekerja asing ini juga membawa masalah kepada negara kerana mereka membawa amalan dan budaya negatif mereka masuk ke negara kita. Tambahan pula, sebahagian besar gaji yang mereka terima dihantar ke negara asal mereka dan ini akan mengakibatkan mengaliran keluar mata wang kita ke negara asing. Ia adalah amat tidak baik kepada negara.
BalasPadamKaedah kurangkan ke bergantungan kepada PATI, kembalikan degree berasaskan kepandaian.
BalasPadamSPM 5A > degree dan guru
4A - 3A diploma
2A - 1A sijil
0A buruh, pembantu rumah dan pekerja am
siapa2 yang sudah terlepas SPM & nak ambil degree kne ambil spm calon persendirian & wajibkan skor 5A,
Dengan ini tiada lagi perebutan jawatan degree dan kurang kebergantungan kepada PATI untuk kerja buruh dan pembantu rumah. Adil buat semua.
Biar bodo buat kerja bodo pandai buat kerja pandai.
Aku asal Kedah, tidak jauh dari Simpang Empat Kangkung
BalasPadamFilem pertama aku tonton ialah King Kong
Filem terakhir adalah Ngangkong
Lagu kegemaran ialah Lenggang Kangkung
Cita2 ku nak jadi prefessor Kangkung
Tapi hidup aku terus di kongkong
Oleh hantu jerangkung
Tak ada duit nak beli emas Poh Kong
Rasa nak lari ke Hong Kong
Apakan daya makan kangkung
Hai lenggang kangkonng,
kangkong jadi kongkang.
...........................
PATI dilarang sama sekali memasak kangkong!
Kangkong apa nama saintifiknya ?
BalasPadamHarap PROF boleh beri nama saintifiknya !
Info terkini...harga kangkung telah turun semalam..maka kita digalakkan memasak kangkung dgn pelbagai menu...diantaranya..kangkung masak belacan, kangkung tiga rasa, kangkung masak kicap, kangkung goreng tepung...ini kerana kangkung dikatakan baik utk kesihatan badan terutamanya kesihatan poket...
BalasPadamP/s: klu kembung makan kangkung...sila gosok guna minyak angin cap kepala singa..
ko takda lawak lain ke nak buat selain daripada kangkung? ni mesti pra/par/drebar yang tak lulus spm ni. memang tipikal perangai sampah. takda benda lain nak dibuat lawak.
BalasPadamelok sampah2 macam ni ganti tempat kerja pekerja asing di kilang/restoran/sapu sampah/cuci tandas/buruh binaan. boleh menghapuskan terus pekerja asing di negara ni.
dulu zaman negara berstatus pertanian, takda masalah dengan pendatang asing. bila ditukar jadi negara perindustrian, panggil pelabur asing datang buka kilang, sepatutnya ianya diisi oleh pekerja tempatan. tapi lain jadinya. dahla orang asing datang buka kilang dalam negara, pekerjanya pun orang asing. pejadah!!
ko takda lawak lain ke nak buat selain daripada kangkung? ni mesti pra/par/drebar yang tak lulus spm ni. memang tipikal perangai sampah. takda benda lain nak dibuat lawak.
BalasPadamelok sampah2 macam ni ganti tempat kerja pekerja asing di kilang/restoran/sapu sampah/cuci tandas/buruh binaan. boleh menghapuskan terus pekerja asing di negara ni.
dulu zaman negara berstatus pertanian, takda masalah dengan pendatang asing. bila ditukar jadi negara perindustrian, panggil pelabur asing datang buka kilang, sepatutnya ianya diisi oleh pekerja tempatan. tapi lain jadinya. dahla orang asing datang buka kilang dalam negara, pekerjanya pun orang asing. pejadah!!
ko takda lawak lain ke nak buat selain daripada kangkung? ni mesti pra/par/drebar yang tak lulus spm ni. memang tipikal perangai sampah. takda benda lain nak dibuat lawak.
BalasPadamelok sampah2 macam ni ganti tempat kerja pekerja asing di kilang/restoran/sapu sampah/cuci tandas/buruh binaan. boleh menghapuskan terus pekerja asing di negara ni.
dulu zaman negara berstatus pertanian, takda masalah dengan pendatang asing. bila ditukar jadi negara perindustrian, panggil pelabur asing datang buka kilang, sepatutnya ianya diisi oleh pekerja tempatan. tapi lain jadinya. dahla orang asing datang buka kilang dalam negara, pekerjanya pun orang asing. pejadah!!
Orang berjawatan tinggi kadang-kadang akhlak macam sampah jugak, berlagak sombong, suka menindas, makan rasuah dan macam-macam lagi sifat keangkuhan persis macam iblis dan syaitan durjana.
BalasPadamSatu cadangan yang bagus dan bernas. Cuma cabaran yang dihadapi oleh penyedia Restaurant ialah:
BalasPadam1. Pekerja tempatan mahu gaji gaji minima - kesanaya kos operasi meningkat oleh yang demikian harga makanan naik.
2. Pekerja tempatan kalau cuti nak tengok bola dia ambil kecemasan serentak- kesannya restaurant hadapi masalah - kualiti perkhidmatan tak baik
3. pekerja tempatan suka lawan taukeh kerana orang tempatan dia beranggapan nak kerja sekejapnya.
Oleh yang demikian berbagai sudut harus diukur dan amabillah cara yang terbaik.
"SYOR LARANG MENGAMBIL PEKERJA ASING DI SEMUA RESTORAN"
BalasPadamyer yer la tu gobermen... yang nampaknya LEVI bagi setiap pekerja asing...
bab rakyat menganggur tak der kejer... itu bab yang ke 384.
"SYOR LARANG MENGAMBIL PEKERJA ASING DI SEMUA RESTORAN"
BalasPadamyer yer la tu gobermen... yang nampaknya LEVI bagi setiap pekerja asing...
bab rakyat menganggur tak der kejer... itu bab yang ke 384.
"SYOR LARANG MENGAMBIL PEKERJA ASING DI SEMUA RESTORAN"
BalasPadamyer yer la tu gobermen... yang nampaknya LEVI bagi setiap pekerja asing...
bab rakyat menganggur tak der kejer... itu bab yang ke 384.
Ini no tel. 010222222222 awek indo cun bergetah, bontot tonggek, sedap.. poket kena tebal, kalau no ini tak dpt dihubungi maknanya tipulah tue..ha3...
BalasPadamKangkung Tumis Belacan
BalasPadamBahan-bahannya :
1)1 ikat kangkung segar (dah turun harga)
2)1 tangkai cili merah(nak pedas,bubuh la cili padi ikut citarasa)*
3)2 ulas bawang merah*
4)1 ulas bawang putih*
5)Segenggam ikan bilis/udang kering*(guna ikan bilis)
6)1 sudu makan(atau lebih) belacan* (belacan tu kasi bakar sikit)
7)Garam dan perasa(ajinomoto) secukup rasa
8)Minyak masak secukupnya untuk menumis
Cara-cara :
1. Potong kangkung mengikut citarasa (sebab harga dah turun),bersihkan dan toskan.Bahan2 yg bertanda * ditumbuk hingga hampir lumat
2. Bila minyak sudah panas,tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan.
3. Masukkan garam dan perasa. Kacau jap then masukkan kangkung.
4. Gaul rata dan kacau sehingga masak(jgn terlampau masak,x sedap plak) Bagi yg suka berkuah tu,leh bubuh sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api..
5. Hidangkan segera dengan nasi panas.
pekerja asing ni, dalam sektor perindustrian/perkilangan saja yang ada....
BalasPadamsektor pertanian xda,
cuba survey kat ladang atau kebun sawit/getah/sayuran/buah-buahan/kolam ternakan dan sbgnya....
mesti xda punya kan kan kan????....
{ PEKERJA AWAM R1 }
Sdr. Presiden, ini isu yg perlu diperjuangkan oleh MTUC dan bukan CUEPACS !
BalasPadamIsu Penjawat Awam masih banyak lagi yang belum diperjuangkan.
Isu elaun pun belum disentuh !
Pikiaq ... pikiaq ... pikiaq ..
Oh CUEPACS .. Oh CUEPACS.
Dulu zaman negara berstatus pertanian, takda masalah dengan pendatang asing. bila ditukar jadi negara perindustrian, panggil pelabur asing datang buka kilang, sepatutnya ianya diisi oleh pekerja tempatan. tapi lain jadinya. dahla orang asing datang buka kilang dalam negara, pekerjanya pun orang asing. pejadah!!
BalasPadam.................................
Wang negara mengalir keluar .....
berapa bilion sehari .....
lama - lama kekayaan negara .....
akan kering kontang ........
habis ...........
Warga asing perlu bayar kos berlainan dgn warga Malaysia.
BalasPadamKos pengguna Warga Malaysia dgn Bukan Warga Malaysia bagi setiap Harga Barang dan Perkhidmatan perlu berbeza.
Contoh : Tiket bas, Harga Makanan, Minyak Petrol/Disel/LPG, Gas Memasak, Rawatan Kesihatan, etc.
Pengusaha Malaysia akan menikmati keuntungn. Warga Malaysia dibela dan bukan disamarata dgn PATI.
Sepatutnya pekerja asing hanya utk bidang kepakaran yg org tempatan xdot penuhi. Ektor peladangan dan perindudtrian juga patut ditegah mengambil pekerja asing. Tawarkan gaji yg berpatutan dan pasti org tempatan sanggup menerima tawaran. Pekerja asing memang dikatakan.menguntungkn syarikat kerana upah yg rendah tetapi harus dilihat risiko dan kesan sampingan yg boleh menjejaskn kehidupan rakyat dan negara. Utk urusan PATI saja kerajaan tlh mensia2kn jutaan ringgit setiap tahun. Kenapa xdigunakn utk menggaji pekerja tempatan?
BalasPadamDunia dah nak kiamat agaknya. Semakin hari semakin pelik2 syor yg utarakn oleh ahli ceupacs/PA. Adakah patut gaji dan gred dinaikkan kerana nak kenang jasa dan pengalaman? Negara maju spt jepun pun xbuat spt tu. Prestasi dan kedudukan kewangan harus dijadikan dandaran. Jika tidaj bertambah parah lah ekonomi negara kita.
BalasPadamTAJUK NI MEMANGLAH TAK MASUK ISU PENJAWAT AWAM... TETAPI TAJUK NI ADALAH BERKAITAN SALAH SATU USAHA KERAJAAN@PENJAWAT AWAM...SO SESUAILAH MASUK KAT DALAM BLOG NI....FAHAM
BalasPadamYG BENAR
TUKANG MASAK HEBAT KANKUNG
BalasPadamKaedah kurangkan ke bergantungan kepada PATI, kembalikan degree berasaskan kepandaian.
SPM 5A > degree dan guru
4A - 3A diploma
2A - 1A sijil
0A buruh, pembantu rumah dan pekerja am
siapa2 yang sudah terlepas SPM & nak ambil degree kne ambil spm calon persendirian & wajibkan skor 5A,
Dengan ini tiada lagi perebutan jawatan degree dan kurang kebergantungan kepada PATI untuk kerja buruh dan pembantu rumah. Adil buat semua.
Biar bodo buat kerja bodo pandai buat kerja pandai.
Rabu, Januari 15, 2014 8:08:00 PG
__________________________________
BUAT SAUDARA KAT ATAS...KAU INGAT KAU PANDAI SANGAT KAH NAK ULAS MACAM NI...KAU BUKA MATA KAU LUAS-LUAS..TENGOK SISTEM PENDIDIKAN DI NEGARA BARAT...DEGREE DAH BERSEPAH MENGIKUT MINAT.....BIAR BODOH DALAM BEBERAPA SUBJEK..TAPI KALAU DIA MINAT DALAM BIDANG TERTENTU DIA BOLEH MENYAMBUNG DEGREE... APALAH KO NI REVOLUSI PENDIDIKAN MANA KO IKUT
DI BEBERAPA NEGARA BARAT SISTEM PENDIDIKAN ADALAH SEMAKIN KEHADAPAN DAN MEMBERI PELUANG KEPADA SETIAP MASYARAKAT UNTUK DAPAT MENYAMBUNG PENGAJIAN LEBIH TINGGI DENGAN LEBIH MUDAH DAN PELBAGAI CARA..ITU ADALAH REVOLUSI PENDIDIKAN DI NEGARA BARAT...KITA PERLU FAHAM SISTEM PENGAJIAN KITA DI MALAYSIA JUGA ADALAH BERASASKAN DAN BERASAL DARI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA BARAT...UNTUK MEMASTIKAN SISTEM PENGAJIAN IPTA IPTS KITA ADALAH SETANDING REVOLUSI PENDIDIKAN DUNIA...MAKA KERAJAAN MENGIKUT BEBERAPA LANGKAH DENGAN BEBERAPA NEGARA MAJU DI DUNIA YANG MENYEDIAKAN PELUANG PENGAJIAN DI PERINGKAT TINGGI DENGAN LEBIH MUDAH TETAPI MEMPUNYAI NILAI ILMIAH PENGAJIAN YG LEBIH DALAM.... MALAH ADA DI NEGARA MAJU PEMILIKAN PHD BERDASARKAN MINAT...PERLU FAHAM SISTEM PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA MASIH MUDA DAN BERKEMBANG SELEPAS MERDEKA....MAKA UNTUK MEMASTIKAN SISTEM PENGAJIAN TINGGI TIDAK KETINGGALAN..MAKA KERAJAAN TELAH MENGIKUT BEBERAPA DASAR2 PENGAJIAN TINGGI MENGIKUT NEGARA2 YG TELAH JAUH REVOLUSINYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN... SECARA KESIMPULANYA DASAR IPTA/IPTS SEKARANG ADALAH YANG DAH TERBAIK...
BalasPadamkepada gred 1-29 yang memiliki degree...jangan berharap sangat kerajaan bagi peluang naik pangkat tanpa usaha...
BalasPadammaksud usaha tu = bersaing seperti graduan-graduan yg belum bekerja...TETAPI kalau kerajaan bagi peluang naikk p&p(41) tanpa saingan...ok lah kan...bukan diminta tapi diberi.....hahahahahah...so p&p yang ada jangan pulak marah
kepada gred 1-29 yang memiliki degree...jangan berharap sangat kerajaan bagi peluang naik pangkat tanpa usaha...
BalasPadammaksud usaha tu = bersaing seperti graduan-graduan yg belum bekerja...TETAPI kalau kerajaan bagi peluang naikk p&p(41) tanpa saingan...ok lah kan...bukan diminta tapi diberi.....hahahahahah...so p&p yang ada jangan pulak marah
XDA DEGREE, KEPANDAIAN MENDESAK DAN MEMINTA-MINTA KERAJAAN NAIKKAN GRED DAN GAJI ADA........
PadamHari Isnin lepas, sehari selepas PRU, dalam perjalanan balik dari menggunting rambut saya dan anak saya, saya singgah di sebuah kedai memperbaiki barangan elektrik. Tujuannya kerana ingin bertanya samada mereka boleh datang memperbaiki mesin basuh di rumah saya yang sudah 5-6 bulan rosak.
BalasPadamSaya dilayan dengan baik oleh taukeh kedai tersebut seorang Cina. Saya katakan padanya, kalau mahal sangat saya tak mahu repair kerana lebih baik saya beli baru.
"Tak pa .. nanti kita datang tengok. Encik tulis sini alamat rumah dan nombor telefon .. nanti besok kita datang tengok" jawabnya sambil memberi kertas dan sebatang pen untuk saya menuliskan maklumat yang dimintanya.
Dipendekkan cerita keesokan harinya dia pun datang bersama seorang pekerjanya berbangsa Melayu. Si Cina itu menunggu di luar pagar. Saya pun menunjukkan tempat mesin basuh saya di belakang rumah kepada pekerjanya. Kemudian saya tanya dia ..
"kenapa taukeh awak tak masuk sama ?"
"sayalah taukeh" jawabnya ringkas. Saya terdiam sambil menahan rasa sedikit malu serta menyimpan rasa ingin tahu. Segera saya lanjutkan pertanyaan ..
"habis .. dia tu siapa ?"
"oh .. dia kawan saya .. taukeh kedai motor sebelah .. dia tolong tengokan kedai saya masa saya keluar kejap". Dia memberi penjelasan.
Sekarang baru saya jelas kedudukannya.
Si Melayu ini beritahu mesin basuh saya kena dibawa balik ke kedainya untuk diperbaiki kerana ia memerlukan peralatan khusus untuk membuka bahagian yang rosak. Selepas itu dia memanggil kawannya yang berbangsa Cina itu masuk untuk membantunya mengusung mesin basuh saya ke van yang ada di luar. Kemudian si Melayu itu masuk ke dalam van dan duduk di kerusi penumpang dan saya fahamlah bahawa van itu milik si Cina itu. Tetiba saya merasakan satu perasaan yang manis jauh di lubuk hati saya sambil melihat van yang dipandu oleh si Cina itu meninggalkan rumah saya dan akhirnya hilang dari pandangan saya.
Dari peristiwa ini saya mendapat kesan, bahawa rakyat bawahan (marhaen) yang mencari sesuap nasi ibarat ayam; kais pagi makan pagi, kais petang makan petang boleh hidup bersama dengan aman damai. Sifat tolong menolong dan perasaan saling mempercayai masih kukuh dan jelas kelihatan.
Yang merosakkan kita adalah sesetengah orang politik yang berfahaman sempit yang hanya mencari keuntungan jangka pendek untuk memuaskan ego sendiri tanpa memikirkan nasib masa depan bangsa dan negara ini.
Perhatian.
Saya lihat akhir-akhir ini ada orang yang suka membuat komen yang berbau politik kepada tulisan saya samada dalam blog mahupun fesbuk, walaupun tulisan saya itu kadang-kadang langsung tidak berkaitan dengan politik. Untuk entri ini saya harap janganlah ada yang mengomen begini "orang PAS lah berotak sempit" dan dibalas pula oleh pihak yang satu lagi "orang UMNO lah perkauman".
elok bagi pada graduan menganggur tu untuk kerja di restoran makanan/segera tu daripada diberi laluan mudah untuk menjawat jawatan p&p dalam kerajaan. bagi mereka p&p, lepastu masing2 naik lemak padahal tak sampai 2-3 tahun kerja, dah pandai nak hisap darah orang, nak pijak kepala orang.
BalasPadambiar mereka belajar dari bawah camana hidup susah dahulu supaya bila dah di atas nanti mereka sedar diri. inilah polisi kerajaan sekarang yang tak membantu pembangunan modal insan, sebaliknya gemar sangat beri muka dan kasihan pada orang.
Bagi graduan mengganggur kerja kat restoran? Kenapa tak buat cadangan hebat ni daripada dulu lagi? Lepastu jawatan pnp tu nak diberi kpd PTN17dan PAPN1 yg tua krepot kat pejabat tu? Idea ko ni masuk je ke dlm tong sampah lah. Dah tua patut dah tau bersyukur kerana ada kerja tetap, sungguh sedih kerana ada org tua yg cuma mementingkn diri mereka. Andaikn cadangan ini dibuat zaman mereka dulu, entah apa pula komen mereka? Adillah sikit walaupun tak kena batang hidung sendiri.
Padampelik benau Cuepac skrang ni..CUEPACS ataupun Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam..awat sibuk hal yg xde kaitan dengan penjawat awam nih..makin menyimpang plak..
BalasPadamBagi graduan mengganggur kerja kat restoran? Kenapa tak buat cadangan hebat ni daripada dulu lagi? Lepastu jawatan pnp tu nak diberi kpd PTN17dan PAPN1 yg tua krepot kat pejabat tu? Idea ko ni masuk je ke dlm tong sampah lah. Dah tua patut dah tau bersyukur kerana ada kerja tetap, sungguh sedih kerana ada org tua yg cuma mementingkn diri mereka. Andaikn cadangan ini dibuat zaman mereka dulu, entah apa pula komen mereka? Adillah sikit walaupun tak kena batang hidung sendiri.
BalasPadam--------------------------
hahaha lek baiii. lu klu bkn graduan yg dimksudkn tuh, jgn melenting. klu lu jenis graduan muda hingus lum hbs kering lg tuh, amik kisah tuh jd iktibar supaya bla msk keje, blajo dgn org lama dulu, jgn dok pandai2.
tp ok gak idea tuh, bkn nyer dok suruh graduan muda nih kije kt fast food smpi mati, tp skadar utk derang dpt experience camner wat keje dr bwh dulu. dr situ baru ade experience camner nk handle problem di bawah. ade phm?
gred 17 yg ade degree tuh yg patut diberi p&p dulu, bukan yg takat spm je. ape yg lu xphm sgt nih? bkn nye nk naikkan kelulusan yg xsetaraf ke jwtn p&p. pikir le cam org pandai, jgn bagi statement cam budak xpass spm cam gred 1-16 tuh! plissss leee.
Nak bg jawatan pnp kat gred 17 yg dah tua nyanyuk dan berprestasi rendah tu? Apalah ko ni? Mesti ada syarat, jgn pula asal ada degree main tangkap muat je. Ini yg buat PA msia teruk prestasi; ramai yg malas tapi rajin minta gaji dan gred naik siang mlm. Yg tua ada yg malas, ada yg rajin, ada yg cuma kejar gaji dan pangkat. Bukan semua baik2 serupa juga dgn org muda. Persaingan secara terbuka utk sesuatu jawatan tu penting dan adil. Yg paling penting gejala penggunaan kabel harus dihapuskn dgn membuat tindakan drastik hingga dipecat jika terbukti ada pegawai menyalahgunakn kuasa dlm pemilihan pegawai baru.
PadamBuat komen biar adil dan bertanggungjawab. Jgn hanya mengejar sesuatu yg menguntungkn diri sahaja. Apabila xda kepentingan maka buat komen sesuka hati, andaikan anda berada dlm kumpulan pelaksana maupun pnp jgn hanya berjuang utk mengisi periuk nasi sendiri saja. Perlu fikir perasaan dan kesan kpd satu lg kump. Jika kita ada anak yg ada degree tapi masih mengganggur, apakah kita mau dia bekerja setakat sbg juruwang kat supermarket je hingga ta baru nak cari kerja yg tetap dan stabil pendapatannya?
BalasPadamHAKIKATNYA..xkan menganggur kalo TIDAK MEMILIH BIDANG KERJA SANGAT. walaupun freshie degree, diploma atau master sekalipun x semestinya permulaan kerjaya perlu seiring dengan taraf tu. Sekurang-kurangnya DAPAT PENGALAMAN dan satu kolum untuk diisi dalam resume nanti...
BalasPadammasalahnya..generasi kini terlalu sangat memilih kerja. INGAT, apa yg kita kerjakan secara tak langsung memberi kita ilmu yg akan bermanfaat pada diri kita sendiri kelak.
Jika alasan gaji yg rendah ditambah pula bayaran balik pinjaman..cuba pikir balik. ada ibu bapa diluar sana kais pagi makan pagi namun masih mampu membesarkan anak-anak.
Kesimpulannya, generasi muda perlu memupuk di dalam diri satu elemen iaitu 'MENGHARGAI PELUANG YANG ADA serta MEMANFAATKAN APA YG DIPEROLEHI'..dan bukan berharap peluang datang bergolek ke dalam hidup..
anda bukan nya anak kecil nak bersuap..dah besar panjang dan bijak berfikir..keluar cari peluang dan bukan menantinya.rezeki Allah itu luas. hanya terpulang pada diri sendiri sahaja. nak terima atau tidak. fikirlah elok2..
SATU LAGI REALITI
BalasPadamMamat lepasan SPM dan Abu lepasan Degree
----------------------------------
Umur 18 Tahun
Selepas tamat SPM, Mamat terus bekerja di 7Eleven sebagai Store Assistant (gaji RM650) kerana hanya memiliki SPM. Rakannya, AbU cemerlang dan sambung pengajian di IPT peringkat Ijazah.
Selepas 4 Tahun (usia 23tahun)
Mamat kini berpangkat Assitant Store Manager setealh 4 tahun berkhidmat (gaji RM2,500) + ilmu/pengalaman. Rakannya Abu tamat pengajian dan mula mencari pekerjaan.
Tahun ke 5/6
Mamat berpangkat Store Manager dengan gaji RM3000++ dan mula ingin berkeluarga. Rakannya Abu mungkin masih belum dapat kerja yg diidamkan dengan gaji yg setaraf dengan tahap pendidikannya. Ditambah pula bebanan hutang pinjaman serta ditanggung keluarga. Hanya sebab terlalu memilih pekerjaan dan bersaing dengan graduan yg lahir saban tahun.
Agak-agak..apa yg berlaku di tahun seterusnya...fikirlah sendiri..ini bukan rekaan tetapi berdasarkan realiti dan pengalaman sebenar..salam