Sinar Harian
14/1/2014
AZIH MUDA
14/1/2014
AZIH MUDA
KONGRESS Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), antara
badan popular yang lantang membela hak penjawat awam di negara ini.
Penggal 2013-2016, badan ini dinaungi Presiden baharu, AZIH MUDA
menggantikan Datuk Omar Osman bagi meneruskan misi memperjuangkan nasib
kira-kira 1.4 juta penjawat awam. Walaupun baharu menggalas peranan itu,
tanggungjawab berat menanti beliau lebih-lebih lagi tahun ini, berlaku
rentetan kenaikan harga barangan yang memberi kesan kenaikan kos sara
hidup.
Menyedari cabaran dan beban yang semakin berat bakal digalas, Azih
menggariskan hala tuju Cuepacs dan beberapa tuntutan kepada Kerajaan
dalam membantu penjawat awam menangani kos sara hidup. Ikuti wawancara
Wartawan Sinar Harian, Noor Azura Sahril dan Jurugambar, Zulfadhli Zaki
bersama beliau, di pejabatnya.
SINAR HARIAN: Tahniah atas pelantikan sebagai Presiden baharu Cuepacs. Seterusnya, apakah langkah dan hala tuju Cuepacs selepas ini?
AZIH: Umum mengetahui Cuepacs adalah kongres kesatuan sekerja yang bergabung dengan kesatuan sekerja, sama ada di peringkat persekutuan, negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan di seluruh negara.
Segala suara yang berbangkit daripada ahli gabungan ini yang secara keseluruhannya penjawat awam akan disampaikan kepada Cuepacs, dan Cuepacs merupakan adalah payung kepada mereka.
Dalam tempoh penggal lalu, hubungan Cuepacs dengan ahli begitu rapat dan sentiasa turun padang, ke peringkat akar umbi. Begitu juga dengan penggal ini, saya akan teruskan kesinambungan ini untuk turun padang mendengar dan menyampaikan kepada kerajaan.
Apa yang Cuepacs perlu perkemas adalah hala tuju baharu yang disasarkan bermula 2014, adalah bagaimana soal kebajikan penjawat awam mendapat pembelaan sewajarnya.
SINAR HARIAN: Justeru, apakah fokus Cuepacs dalam membantu golongan ini?
AZIH: Hari ini, kita lihat Malaysia bergerak setanding dengan negara maju. Penjawat awam, yang sebahagian besarnya kumpulan pelaksana ini bekerja keras, berkhidmat dengan majikan mereka iaitu kerajaan.
Apalagi mereka ini adalah tulang belakang kepada kerajaan, ada antara yang berkhidmat sehingga 40 tahun tentunya jasa mereka dihargai kerajaan, kerana merekalah yang membina negara bangsa. Oleh itu, Cuepacs memahami keluh kesah pekerja, supaya kerajaan mendengar apa yang dilahirkan oleh pekerja.
Bagi memastikan kebajikan ini, Cuepacs juga menitikberatkan soal anak-anak dan keluarga mereka dalam soal pendidikan, pekerjaan dan utamanya adalah melahirkan modal insan yang mampu menjadi aset negara pada masa akan datang.
Kalau penjawat awam sebilangan besar peratusnya adalah golongan pelaksana, tidak mampu memberi didikan kepada anak mereka setaraf dengan negara maju, kita bimbang dia tidak akan mampu melahirkan modal insan kepada negara.
Itulah harapan Cuepacs, bukan sahaja kepada penjawat awam, malah negara.
SINAR HARIAN: Tahun 2014, dikatakan tahun kenaikan kos sara hidup. Penjawat awam juga turut tidak terkecuali menerima tempias kenaikan ini. Apakah inisiatif Cuepacs dalam meringankan beban penjawat awam?
AZIH: Dari segi semasa, kemelut kenaikan kos harga barang adalah fenomena yang berlaku di luar jangkaan kita. Bukan sahaja penjawat awam, tetapi rakyat di bandar, pinggir bandar dan luar bandar yang disebut sebagai rakyat biasa juga terkesan dengan kenaikan harga barang.
Jika gagal dikawal, penjawat awam jadi miskin seperti dahulu. Terpaksa mencari pekerjaan lain bagi menampung kos perbelanjaan.
Kita lihat secara kasar pun, apabila harga minyak, kenaikan tarif elektrik, kenaikan kadar tol dan pelbagai kenaikan lagi akan mempengaruhi harga barang-barang pengguna dalam pasaran, termasuk bahan mentah.
Kita juga hairan, mengapa syarikat GLC turut memilih masa ini untuk kenaikan, TNB umpamanya. Tetapi perlu kita ingat kenaikan tarif ini kepada industri, produk daripada industri ini mahal dan akan dijual dengan harga yang lebih mahal akhirnya pengguna kena bayar kos yang lebih.
Pasaran menentukan harga. Kita bimbang dengan GST pada 1 April 2015, akan dilaksanakan. Sudahlah harga barang naik, ditambah cukai 6 peratus itu. Di mana sumbernya?
Berdasarkan analisis Cuepacs, kos sara hidup yang meningkat antara lapan dan 10 peratus sekarang memberi tekanan kepada penjawat awam khususnya yang tinggal di kawasan bandar besar, memandangkan kenaikan gaji sektor awam hanya sekitar dua hingga 2.5 peratus.
Kumpulan pelaksana 2, yang gaji asasnya RM800 ditambah elaun, berpendapatan RM1,100 sebulan pastinya tidak mampu menampung kos sara hidup terutamanya di bandar besar.
Pendapatan itu hanya mampu menampung perbelanjaan dua minggu. Akhirnya mereka (penjawat awam) terpaksa mencari kerja lebih masa.
SINAR HARIAN: Apakah cadangan Cuepacs dalam meringankan beban penjawat awam?
AZIH: Cuepacs dalam menjaga kebajikan mahu kerajaan menaikkan kadar gaji minimum penjawat awam kepada RM1,200 bagi mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Sepatutnya RM1,200 paling minima dan kita jangka dalam tempoh akan datang, ia akan disemak semula.
Pada 2011, Cuepacs mencadangkan kepada kerajaan supaya memperkenalkan gaji minimum RM900 untuk membantu kelompok kumpulan pelaksana seperti pekerja am rendah, pembantu pejabat dan pemandu yang menerima gaji asas bawah RM700 sebulan.
Kami juga menyarankan kerajaan menyelaraskan Elaun Sara Hidup (Cola) bagi seluruh negara tanpa mengira kawasan luar bandar atau bandar. Kerajaan juga perlu mempertimbangkan kenaikan Cola sedia ada dari RM300 kepada RM450.
Bercakap dengan kenaikan kos, harga di luar bandar adalah lebih mahal berbanding di bandar kerana logistik. Dengan kenaikan harga minyak dan kadar tol ini meningkatkan lagi kos logistik.
Selain itu, Cuepacs juga mencadangkan kepada kerajaan, meningkatkan elaun perumahan penjawat awam sedia ada. Dengan kenaikan harga rumah sekarang ini, jumlah sedia ada tidak mencukupi. Kebajikan perumahan, penting dalam kehidupan keselesaan keluarga. Kita sedia maklum, kenaikan harga rumah sekarang berlaku luar biasa.
Persoalannya, adakah mampu penjawat awam membeli rumah RM150,000 ke atas. Justeru, Cuepacs mencadangkan tidak menswastakan pinjaman perumahan kerajaan.
Cuepacs tidak bersetuju bahagian pinjaman ia diserahkan kepada bank, yang akhirnya akan memberi bebanan kepada peminjam.
Kerajaan perlu bina rumah lebih rendah daripada rumah Prima, menyegerakan membina rumah di bawah RM90,000 ke bawah termasuk mempertimbangkan kuota 30 peratus dibina oleh Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
SINAR HARIAN: Adakah Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan meringankan beban rakyat menangani kenaikan kos sara hidup?
AZIH: Saya tidak fikir ia menyelesaikan semua masalah, tetapi mungkin hanya satu dua. Kerajaan beri BR1M sebagai usaha membantu rakyat yang memerlukan.
Subsidi tidak dinikmati oleh golongan sasaran. Oleh itu langkah kerajaan mengurangkan subsidi dan memberikan BR1M benar-benar membantu rakyat. Malah, ada penjawat awam juga mendapat BR1M.
SINAR: Bagaimana pula respons Cuepacs terhadap 11 langkah penjimatan oleh Kerajaan. Adakah itu boleh dianggap usaha Kerajaan itu memadai, sewaktu rakyat juga diminta berjimat?
AZIH: Pendekatan penjimatan yang dilaksanakan kerajaan itu bertepatan dan wajar diterima semua pihak. Cuepacs menyokong penuh usaha drastik kerajaan dalam memastikan pengurusan kewangannya diurus secara lebih berkhemah dan tidak dibazirkan dengan perbelanjaan tidak relevan.
Mengoptimumkan penggunaan pejabat dan premis kerajaan, Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik serta mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan mampu menjimatkan perbelanjaan bulanan. Dalam pada itu, kerajaan perlu mengurangkan agihan pengurusan projek pembangunan kepada banyak kontraktor, selain memastikan projek yang dilaksanakan tidak terbengkalai atau lewat siap.
SINAR HARIAN: Sebagai badan yang membela hak-hak penjawat awam, bagaimana respons Kerajaan terhadap tuntutan Cuepacs?
AZIH: Perdana Menteri sentiasa memberi komitmen dan iltizam, kerajaan akan membantu rakyat berpendapatan rendah, lebih-lebih lagi dalam hal kebajikan mereka.
Cuepacs amat mengalu-alukan, malah Cuepacs juga melihat soal kebajikan ini bukan hal retorik.Kita harapkan satu perbincangan dengan kerajaan dalam mencari jalan. Peranan kedua belah pihak memastikan situasi menang-menang agar segala tuntutan dapat dilaksanakan.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTuan PRESIDEN CUEPACS,wajar tuan memikirkan hal ini.
BalasPadamsekiranya gaji minimum rm1200 menjadi kenyataan,tuan wajib ambik kira dan membuat anjakan gaji bagi yang lama berkhidmat.
sebelum ini,gaji minima 900 dilaksanakan tapi gaji yang lama berkhidmatan tidak menerima sebarang anjakan gaji.
diharap agar anjakan gaji dilaksanakan,kebajikan lebih utama.
kita sedia untuk memberi khidmat terbaik jika kebajikan terus dijaga oleh kesatuan.
Ceupac juga diminta kaji gred 41..1).sebab gred ini border brim pun tak dapat...rumah pun x mampu beli melain la gred 44...utk makluman gaji 36 dan 38 pun melebihi gred 41...apa la nasib gred 41..dah berkhidmat dekat 6 tahun terutama j41 jkr dan jps tak naik pangkat...kena tukar jauh pun tak naik pangkat....bila buat perkiraan lebih untuk gred 36 dan 38 lagi....cuba ceupac perjuangkan hak ini
BalasPadamCuba ceupac banding dgn glc....kwsp..tnb..telekom ...siap ada panel klinik lagi...ini kakitangan awam terpaksa menunggu berjam2..bila sakit.. pi hosital tunggu lagi..kalau kena operation kena tunggu juga..glc ada hospital panel...alangkah bagusnya glc...bonus 3-6 bulan....skim gaji glc pun tinggi...
BalasPadamCuba pejuangkan guru guru lama yang dapat master dan phd..last last tak dapat penghargaan sepatutnya...last last guru baru yang ada master n phd dapt...x patut n x adil

BalasPadamAku setuju! Semaklah balik.Nanya gurun lama...Sampai bila KPM nak dera guru..! Guru 2941 lagi-lagilah nanyan. Sambung Master lagi kena nanya...Tengok KPM macam main wayang saja.
BalasPadambanyak betul "ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang" kat atas tu. wakakaka.
BalasPadamcuepacs seharusnya memasukkan sekali misi MEMPERJUANGKAN PENJAWAT AWAM SEDANG BERKHIDMAT YANG INGIN MEMANJAT ANAK TANGGA LEBIH TINGGI LAGI untuk ke gred 41 samada menggunakan sarjana muda yang mereka baru saja perolehi secara PJJ/PLK/cuti belajar mahupun mereka yang ada KPSL.
itu adalah salah satu contoh membantu penjawat awam yang layak ke gred tersebut dalam masa yang sama mengukuhkan lagi pendapatan dan kewangan mereka. memperjuangkan kenaikan gaji kepada keseluruhan penjawat awam terutama kepada kumpulan pelaksana dari gred paling rendah hingga paling tinggi dengan tidak menekankan langsung tentang usaha yang telah mereka lakukan adalah ibarat menanamkan sikap "tidak perlu berusaha dan belajar lagi" kerana pasti mereka akan mendapat imbuhan itu dan ini dari semasa ke semasa.
amat rugi dan sayang sekali apabila melihatkan begitu ramai penjawat awam dari kumpulan sokongan yang mempunyai kelulusan tinggi hasil dari PJJ/PLK/cuti belajar tetapi peluang mereka dinafikan dek kerana polisi baru pihak berkuasa melantik adalah hanya inginkan yang "fresh" sahaja. mudah dibentuk katanya...
Good job tuan Bos Cupec
BalasPadamcuepacs seharusnya buka mata dan bangun dari tidur yang panjang sekarang ni kerana apa yang dilihat adalah perkhidmatan awam melalui jpa sebagai pentadbir dan spa sebagai badan melantik seolah-olah telah 'bermaharajalela' dengan menidakkan peluang pegawai sedang berkhidmat samada beliau adalah gred 17 yang ingin ke 27/29 atau gred 27/29 yang ingin ke gred 41 mahupun dari gred 17 yang ingin ke gred 41 walhal mereka ini mempunyai pra-syarat yang ditetapkan iaitu sarjana muda yang diperolehi samada melalui pjj/plk mahupun cuti belajar. mereka pergi temuduga berkali-kali malah ada yang sehingga 5 kali untuk jawatan yang sama, namun hasilnya mendukacitakan seolah-olah mereka ini langsung tidak layak di atas kertas. cuepacs seharusnya memperjuangkan golongan sebegini yang mempunyai inisiatif untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi bagi mendapatkan jawatan yang lebih tinggi, ingin memajukan perjalanan karier mereka. ini tidak, apa yang dilihat sekarang ni cuepacs hanya lebih gemar untuk memperjuangkan golongan pelaksana yang malas untuk berusaha menyambung pengajian, tapi nakkan gaji yang tinggi, gred jawatan yang lebih tinggi tanpa perlu berusaha untuk menimba ilmu pegetahuan.
BalasPadamdiharap cuepacs melalui kepimpinan yang baru ini dapatlah lebih 'bertransformasi' lagi sebagaimana pihak spa yang sudahpun 'bertransformasi' dengan menidakkan psb dari berjaya dalam temuduga sebaliknya hanya lebih gemar mengambil graduan baru untuk mengisi kekosongan dalam gred 41. cuepacs seharusnya memperjuangkan golongan pelaksana supaya dipermudahkan laluan kerjaya mereka ke gred 41 sekiranya mereka memperolehinya ketika sedang berkhidmat bukannya perlu bersaing sama rata dengan graduan baru sebaliknya memadailah sekiranya mereka melalui temuduga yang berasingan.
sekarang kita tengok semua gred ingin memperjuangkan gred masing-masing. saya berpandangan ceupacs perlu memohon daripada kerajaan yang mana permohonan tersebut hendaklah memberi faedah kepada semua penjawat awam.contohnya cola dan elaun perumahan. Cola dan elaun perumahan samakan dengan unit beruniform seperti polis, tentera atau bomba.Ini yang sepatutnya Ceupacs perjuang kan dahulu.Jika ini berjaya semua penjawat awam akan merasainya.
BalasPadamcuepacs perlu ingat bahawa dia adalah kesatuan sekerja untuk keseluruhan penjawat awam, bukannya kesatuan spesifik bagi sebahagian gred. sekarang ni apa yang dilihat adalah skim2 tertentu sahaja yang dapat pelbagai manfaat manakala selainnya hanya telan air liur sahaja.
BalasPadamjadi jangan heboh cerita pasal misi cuepacs 2014 berat kalau perjuangan mereka berat sebelah dan hanya skim tertentu sahaja yang dapat manfaat.
KOS HARGA BARANG DI LUAR BANDAR LEBIH MAHAL DRP BANDAR KERANA KOS LOGISTIK. SAYA SETUJU BAB NIH. SARDIN KING CUP YANG DIJUAL DENGAN HARGA SERINGGIT SETENGAH BOLEH MENCECAH KE HARGA LIMA RINGGIT LEBIH. SAYA SENDIRI PERNAH TERJUMPA BANDA NIH.
BalasPadamcuepacs nak perjuangkan apa ? gaji cikgu makin naik mendadak .. gaji kakitangan sokongan x berubah ? apakah heyyyy nya nie ? mentang2 la gaji depa naik sekali ..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamCuepacs diharap dapat membantu golongan pelaksana yg dibawah.gred2 atas makin menjadi jadi,naik pangkat secara subsidi tp xde kualiti,gred bawah interview berkali Kali,buat mcm2 dalam berbagai segi,last2 yg dapat semua geng kroni,xdpt anggap xde rezeki tp yg buat xbetul jawab Lah diakhirat nanti.Kenaikan harga barang lagi membimbangkan apapun kita kena beli... Kos Sara hidup perlu di perkemaskan utk semua kakitangan awam dimalaysia. CUEPACS Lah harapan kami semua.
BalasPadamitulah dia transformasi a.k.a. transformaSHIT mengarut yang dibuat oleh SPA. mereka layan pegawai sedang berkhidmat sama rata dengan gradua baru dimana mereka perlu menghadiri peperiksaan, selesai peperiksaan, ada pula PAC, kemudian baru menghadiri temuduga. temuduga pula dicampurkan sekali dengan graduan baru yang pastinya akan guna apa saja cara bagi mendapatkan jawatan tersebut. panel penemuduga akan guna kaedah paling bodoh dalam sejarah dunia, iaitu "CALON INI MASIH BELUM ADA KERJA, JADI KITA AMBIL DIA", manakala "CALON INI SUDAH BERKHIDMAT, KITA BERI SAJA PADA CALON LAIN YANG MASIH BELUM ADA KERJA".
BalasPadammenyamaratakan pegawai sedang berkhidmat dengan graduan baru samalah seperti perlumbaan marathon yang tiada kelas umur. pastinya yang masih muda, cergas, bersemangat tinggi akan memenangi perlumbaan tersebut.
masalah pegawai sedang berkhidmat yang gagal temuduga berkali-kali tetap akan berlarutan tanpa penyudahnya sekiranya cuepacs masih lagi tidak buka mata dan hanya terkongkong dengan dunia mereka bahawa kumpulan sokongan adalah kumpulan sokongan yang tak mampu untuk ke peringkat P&P, sebab pengurusan cuepacs melihat senario ini dalam lingkungan mereka sahaja iaitu mereka ini hanya berpuashati dengan gred jawatan dan kelulusan yang mereka ada sahaja.
bagaimana pula dengan penambahbaikan skim perkhidmatan yg telah dijanjikan tu?? dah lupa terus ke apa?? asyik tabur janji je.
BalasPadamhanya pandai menabur janji .. munafik la jadinya ?
BalasPadamharap pihak ceupac ambil serius tentang kenaikan elaun rmh yg tiada perubahan ...
BalasPadamAhahaaa..macam2 komen
BalasPadamapa cer gred dh ni... syarat naik pangkat dah macam profesor universiti..
BalasPadamGAJI DAN ELAUN NAIK, OK. SEKALI NAIK PANGKAT, KENA TUKAR. PERTUKARAN PULAK TIDAK BERTIMBANGRASA. JAUH DARI TEMPAT ASAL. DAH KENA BAYAR 2 RUMAH, 2 KETA DAN SEGALANYA DUA. BELUM LAGI KOS ULANG-ALIK. TIADA MAKNANYA SEMUA KENAIKAN. ONGKOS BERTINGKAT-TINGKAT. SAMA JA.
BalasPadamELAUN RUMAH DAN COLA MEMANG PERLU DISEGERAKAN. SEWA BILIK JA YANG DAPAT HARGA RM180.00 TU. KALAU DI BANDAR BESAR, ITU HARGA SEBUAH KHEMAH :).
SAYA SETUJU PASAL KLINIK PANEL. KEISTIMEWAAN APA YANG ADA KEPADA PENJAWAT AWAM DAN KELUARGA??
SEGALA ISU TENTANG KENAIKAN PANGKAT, ANJAKAN GAJI, PENILAIAN PRESTASI DAN SEBAGAINYA INI. IANYA HANYA AKAN DAPAT DIREALISASIKAN APABILA KERAJAAN LAUNCH AGENDA TRANSFORMASI YANG BARU IAITU "ANTI BODEK" :). YANG ADA SKARANG HANYA 'ANTI CORRUPTION' JA.
ya betoi tu .. sistem kerajaan malaysia kebanyakanya adalah pilih bulu dan suka menbodek .. jadi , tak hairanlah pegawai yang tak tahu buat kerja boleh naik pangkat dan gaji , serta makan gaji buta ..
BalasPadamMisi misi jugak tapi penambahbaikan skim yang masih tertinggal dok sengap aje , apa cite macam wal asil balik asal aje.Tak kesian ke macam dok tunggu buah tak jatuh ke riba.
BalasPadam