Sinar Harian
Jamilah Hamzah
12 Mac 2013
- Intipati Sistem Saraan Transformatif.
SHAH ALAM - Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman mengakui menerima maklum
balas kurang menyenangkan daripada kakitangan awam berikutan insentif
saraan baru yang diumumkan oleh kerajaan semalam tetapi mahu pihak
terbabit bersabar menanti pengumuman susulan akhir tahun ini.
Sehubungan itu kata beliau, Cuepacs akan turun padang untuk memberi penjelasan kepada kakitangan awm mengenai kesan dan implikasi dan langkah susulan yang dikaji oleh kerajaan.
Beliau berkata, ramai yang keliru dengan pengumuman yang dibuat kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya menyentuh kepada dasarnya sahaja.
Cuepacs sebelum ini antara lain menuntut kajian semula bayaran elaun sara diri (cola) dan imbuhan tetap perumahan.
Omar berkata, walaupun elaun cola dan perumahan tidak diumumkan kerajaan, namun kenaikan gaji tahunan (KGT) lebih baik untuk kakitangan awam.
"Saya akan turun padang memberi penjelasan kepada kakitangan awam.
"Ramai yang beritahu dan bagi maklum balas mengenai pengumuman Najib itu, tapi apabila saya beri penjelasan, mereka faham.
"KGT itu lebih penting, akan dinaikkan dari semasa ke semasa, tuntutan dua perkara itu akan diumumkan hujung tahun ini," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Mengulas lanjut, Omar juga berkata, kerajaan memberi keutamaan kepada pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenaikan pangkat adalah tepat pada masanya.
Katanya, kerajaan telah menyuntik semangat pasukan keselamatan dan tuntutan yang dibuat oleh kakitangan awam juga akan terus diperjuangkan.
"Ini masa terbaik untuk kerajaan umumkan perkara baik buat pejuang kita, boleh naikkan semangat mereka di sana (Lahad Datu).
"Namun tuntutan kita sebelum ini juga akan terus kita perjuangkan," katanya lagi.
Tambah beliau, kakitangan kerajaan perlu bersyukur dan menanti pengumuman yang bakal dibuat oleh kerajaan tidak lama lagi kepada 1.4 juta kakitangan awam.
"Bukan mudah kerajaan nak laksanakan kepada hampir 1.4 juta kakitangan awam, kita perlu bersyukur dan menanti dengan sabar," katanya
Kenape post 'last year' punya berita baik?
BalasPadam'This Year' punya berita baik xde ke?
kami kakitangan dari jabatan kastam diraja malaysia masih tiada lagi berita baik malahan kami semua mendapat berita buruk sentiasa diancam dgn sendikit2 penyeludupan sehingga anak bini kami diugut diganggu...tapi apa yang kami dapat dari berita baik konon nya komi diberi insentif kenaikan gaji bagi bahagian penguatkuasa.sampai sekarang kami menanti.gaji kami tidak setimpal apa yg didengar...ada diantara anggota kami ditembak dan ditembak mati kerana menjalan kan amanah yg berat...dibaling cat dirumah diugut satu keluarga..adakah kerja kami tidak berrisiko....kastam adalah dibawah kementerian keawangan tapi apa yg kami dapat...kenaikan gred dan gaji jauh sekali...semoga ceupacs dapat memperjuangkan hak2 kami di jabatan kastam diraja malaysia.tq
BalasPadamApa cter thn lps ni...dh xde bahan ke?
BalasPadamApecer admin?mabuk todi ke?SST dah xde dah..
BalasPadamtiada kenaikan duit bayar ops sar mh370
BalasPadamsorry to say, but i read: transformasi as transformaSHIT. banyak merepek dan tidak 'situasi menang-menang' pun. pengambilan di peringkat p&p masih lagi mengamalkan sistem merit bodoh yang hanya mengutamakan meritokrasi yang hanya mengambil robot-robot yang cemerlang dalam peperiksaan. walhal kumpulan pelaksana yang ada kelulusan sarjana muda/sarjana walaupun cgpanya taklah berapa hebat, diketepikan.
BalasPadam