01 Mei 2014

1,000 RUMAH PENJAWAT AWAM AKAN DIBINA DI BUKIT PINANG -PM

Berita Harian
1/5/2014

1,000 rumah penjawat awam akan dibina di Bukit Pinang - PM
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan hadirin yang hadir sempena Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2014 di Dewan Wawasan, Jitra, hari ini. - Foto Shahrizal Md Noor
ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan permohonan kerajaan negeri untuk membina 1,000 rumah bagi penjawat awam Kedah di Bukit Pinang, dekat Pokok Sena, di sini.

Najib ketika berucap pada perhimpunan sempena sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2014 di Dewan Wawasan Jitra di sini juga meluluskan penyediaan 20 mesin Haemodialisis untuk Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), seperti dipohon Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk kegunaan penjawat awam

2 ulasan:

  1. selain daripada rumah sebagai keperluan asas, penjawat awam juga memerlukan laluan kerjaya dimana mereka diberi peluang untuk menukar kerjaya ke skim berlainan mahupun ke gred berlainan sekiranya mempunyai kelulusan berkaitan bagi merangsang minda mereka disamping menggalakkan persekitaran pekerjaan yang sihat. ini dapat mengelakkan seseorang itu menjadi bosan dan dalam masa yang sama menggalakkan seseorang kakitangan untuk menyambung pengajian.

    ini barulah TRANSFORMASI namanya! bukan seperti retorik transformasi yang dilaung-laungkan oleh SPA/JPA tapi masih lagi guna sistem kuno yang dah jumud.

    BalasPadam
  2. nak berurusan dengan siapa? masih kabur.

    BalasPadam