02 Mei 2014

CABARAN PEKERJA WANITA

Berita Harian
1/5/2014


Cabaran pekerja wanita
Menampung kos sara hidup yang semakin meningkat, keperluan untuk bekerja tidak lagi terletak khusus di bahu lelaki atau suami, tetapi turut memaksa wanita atau yang bergelar isteri, turut bekerja.

Hakikat sumbangan wanita dalam sektor pekerjaan tidak boleh dinafikan kerana mereka mempunyai peranan sama hebat dengan lelaki.

Bezanya, bagi wanita berkerjaya tugas dan tanggungjawab mereka perlu mengimbangi antara tempat dengan rumah.

Jika dulu boleh si ibu menumpu sepenuh perhatian kepada anak-anak sambil menguruskan lambakan kerja-kerja rumah tangga termasuk melayan suami saat pulang bekerja, namun kini senario berbeza.

Kebanyakan ibu bekerja di kota besar memperuntukkan lapan jam dari pagi sampai petang dan ketika pulang terpaksa mengharungi kesesakan.

Bagi yang tiada amah, sebelum tiba di rumah perlu menjemput anak di pusat asuhan dan pulang dengan bebanan tugas seperti memasak dan mengemas untuk mereka yang tidak suka makan di luar.

Berterusan hari demi hari sehinggalah bertukar bulan dan tahun keadaan sama dihadapi membuatkan wanita tertekan serta prestasi di pejabat mungkin terjejas.
Dilema di sektor awam

Apakah dilema dihadapi oleh ibu yang bekerja di sektor awam, mengulas mengenainya, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda, berkata pembabitan wanita dalam sektor pekerjaan amat bermakna kerana mereka membantu terhadap kemajuan ekonomi negara.

Justeru, kerajaan sentiasa proaktif menyediakan pelbagai kemudahan untuk pekerja wanita termasuk waktu kerja anjal, menyediakan pusat asuhan kanak-kanak (TASKA) di tempat kerja dan cuti bersalin 90 hari bagi kakitangan awam.

Walaupun 60 peratus sektor awam kini dikuasai wanita, tidak semua agensi mahupun jabatan kerajaan memenuhi kriteria berkenaan menyebabkan golongan itu terus berdepan dilema.

Dalam hal lain, disebabkan sebahagian besar wanita yang bekerja pada hari ini mempunyai suami yang turut bekerja.

Akibatnya, anak dihantar ke TASKA, dijaga ibu bapa atau pembantu rumah menyebabkan kurang masa meluangkan masa bersama mereka.

“Proses membesarkan anak tidak lagi seperti dulu, masa dengan ibu bapa sekejap saja menyebabkan kasih sayang semakin berkurangan.

“Dari mula lahir dihantar ke TASKA dan TADIKA. Apabila memasuki Tingkatan Satu, sebilangannya tinggal di asrama, ke universiti dan seterusnya memasuki alam pekerjaan.

“Tentunya keadaan ini akan memberi kesan negatif kepada masa depan negara. Perkara ini tidak seharusnya dipandang remeh, sebaliknya langkah tertentu perlu dirangka bermula daripada sekarang,” katanya kepada FAMILI.

Sebagai permulaan, katanya, perlu wujud satu undang-undang bagi mewajibkan semua syarikat dan organisasi menyediakan TASKA di tempat kerja bagi menggalakkan hubungan kekeluargaan.

“Ini membolehkan ibu berkerjaya berjumpa anak pada bila-bila masa dalam bangunan sama dengan premis pejabat tanpa mengganggu waktu kerja, pasti mereka dapat bekerja dengan lebih berkesan, produktif dan kurang tekanan,” katanya.


Walaupun kerajaan mengambil beberapa pendekatan memanfaatkan ibu berkerjaya, lain pula senario dalam sektor swasta.

Matlamat kerajaan mahu mencapai sasaran 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan menjelang 2016, namun realitinya, tidak banyak syarikat swasta yang menyediakan keperluan asas untuk ibu berkerjaya, tiada pusat asuhan kanak-kanak di pejabat, tiada waktu anjal dan kemudahan bilik penyusuan.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan, berkata majikan negara ini mementingkan produktiviti daripada pekerja mereka dengan mengambil kira setiap minit dan sen dikira.

Seiring kemajuan negara, majikan sepatutnya perlu sedar wanita memainkan peranan lebih berat apabila perlu mengimbangkan tugas mereka di pejabat dan di rumah.

“Kita banyak menekankan tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan anak membesar dalam persekitaran yang positif dan penuh kasih sayang, perlunya meluangkan masa mendidik membentuk generasi berkualiti di masa depan, namun adakah budaya kerja banyak yang tidak menjurus kepada arah itu.

3 ulasan:

  1. sebenarnya inilah taktik yahudi dalam merosakkan institusi kekeluargaan, rumahtangga dan cara hidup sesuatu kaum. mereka ini mengkaji segala apa yang dipertuturkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. kepada umat baginda dan menterbalikkannya (reversed) bagi menjadikan umat islam menjadi celaru dan tak tentu hala. sebagai contoh sistem kehidupan yang disuruh oleh islam adalah seseorang suami dan bapa itu bekerja mencari rezeki samada melalui pekerjaan masakini, mahupun mengusahakan tanah dengan tanaman dan ternakan, manakala si isteri dan ibu menguruskan rumahtangga dan anak-anak, dalam erti kata lain 99.99% kehidupannya berada di rumah. bukanlah orang perempuan itu tidak boleh keluar rumah, mereka dibenarkan, samada membeli/mencari barang keperluan mahupun membantu si suami berniaga. dalam hal sebegini yang telah disalahtafsirkan oleh orang dimana si isteri boleh bekerja. sebenarnya bukan bekerja seperti yang berlaku sekarang, tetapi membantu suami. sekiranya si suami membanting padi, si isteri akan memungut padi dan memasukkan ke dalam guni. itu contohnya. tapi apa yang berlaku sekarang, si isteri dan suami bekerja di merata-rata tempat, kalaupun kedua-duanya bekerja di pejabat yang sama, itu tidak boleh disamakan dengan "si isteri membantu suami" walaupun si isteri tersebut seorang setiausaha kepada si suaminya yang seorang pengurus. ini kerana kedua-duanya bekerja di dalam sesebuah syarikat mahupun jabatan kerajaan dimana yang membayar gaji adalah orang lain. maksud si isteri bekerja membantu suami adalah dia tidak mendapat pendapatan sendiri sebaliknya nafkahnya diberikan oleh suaminya melalui perniagaan atau pekerjaan yang dilakukan bersama-sama.

    nampaknya peranan yahudi dalam memesongkan cara hidup sebenar telah berjaya dibantu dengan peranan "women liberty/women power" yang dijalankan oleh organisasi/ngo tertentu. anak-anak masih kecil dihantar untuk dijaga oleh penjaga/taska mahupun atuk/nenek mereka (ibu bapa kepada ibu bapa mereka). peranan ibu di rumah sudah tidak normal. seseorang anak hanya melihat ibunya hanya selepas waktu pejabat malah ada yang lebih teruk, ada anak yang sudah tidur, ibunya baru balik malam jam 10. keesokan paginya pula mereka dikejutnya dan dengan tergesa-gesa dihantar semula ke tempat penjagaan.

    kehidupan dan institusi kekeluargaan kita semakin hari semakin pincang dengan munculnya "kehidupan moden" yang "mendesak" seseorang wanita keluar dari rumah untuk bekerja bagi mengejar harta dunia atas nama "kemodenan" dan "kos sara hidup".

    kembalilah ke landasan kehidupan yang sebenar sebelum terlambat...

    BalasPadam
  2. tujuan si isteri dibenarkan membantu suami bekerja adalah supaya dia dapat dipantau oleh suami, dalam maksud lain si isteri tetap berada di bawah pengawasan suami. kalau si isteri bekerja di pejabat mahupun keluar bekerja jauh2, suami tak tau apa isteri buat di pejabat. suami tak tahu bagaimana si isteri menjaga maruahnya. tidak perlu tergedik-gedik dan menggatal di pejabat, semudah seseorang perempuan yang memakai pakaian yang cantik-cantik, mekap tebal-tebal, wangi-wangian sudah cukup untuk menunjukkan bahawa si isteri tidak pandai menjaga maruahnya apabila tidak di bawah pengawasan suami walaupun dia tidak bercakap langsung dengan lelaki lain.

    itulah sebenarnya cabaran pekerja wanita. anda ingin sangat keluar rumah untuk bekerja demi mengejar dunia. jadi anda seharusnya pandai menjaga maruah diri.

    BalasPadam
  3. Itulah cabaran dunia kini..
    " Rapatkan hubungan Suamiisteri dengan Miss V Perfume

    BalasPadam