Utusan Malaysia
7/5/2014
7/5/2014
KLUANG 7 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan
Awam (CUEPACS) kecewa dan menempelak laporan Unit Pengurusan Prestasi
dan Pelaksanaan (Pemandu) yang menyatakan produktiviti penjawat awam
hari ini semakin menurun.Presidennya, Azih Muda berkata, laporan Pemandu kepada kepimpinan
tertinggi negara itu itu tidak tepat kerana penanda aras yang digunakan
hanya bersandarkan kepada faktor kadar upah yang diberikan dan ia hanya
akan menyebabkan penjawat awam berasa terkilan.
"CUEPACS menafikan laporan itu dan kita tidak bersetuju dengan apa
yang diperkatakan Pemandu kerana produktiviti penjawat awam pada hari
ini jauh lebih baik berbanding dahulu, buktinya lihat kepada pengumuman
kerajaan yang menyatakan perkhidmatan kesihatan negara kita berada pada
tangga ketiga terbaik di dunia."Begitu juga dengan penarafan lima bintang kepada dua pihak berkuasa
tempatan (PBT) baru-baru ini," katanya dalam sidang akhbar selepas
merasmikan Mesyuarat Agung ke-19 Kesatuan Pembantu Tadbir Pendidikan
(Keptan) Cawangan Kluang, di sini hari ini.
Menurut Azih, laporan yang dikemukakan itu dibuat menerusi satu
taklimat khas kepada kepimpinan tertinggi baru-baru ini, namun maklumat
itu baharu sahaja bocor kepada pihaknya semalam dan berharap pihak
berkaitan dapat mengkaji semula kenyataan itu. Mengulas lanjut, dakwa beliau, Pemandu membuat perbandingan mengenai
gaji yang diterima penjawat awam ketika ini berbanding kadar upah yang
diberikan sebelum ini."Kata mereka (Pemandu), dahulu kadar upah penjawat awam rendah tetapi
produktiviti tinggi namun apabila ada peningkatan gaji, tahap
produktiviti masih sama dan tidak menunjukkan peningkatan. Kita tidak
faham mengapa perkara itu yang menjadi ukuran."Sebaliknya, Pemandu perlu turun ke bawah untuk melihat cara kerja
penjawat awam yang semakin hari berdepan tekanan dan mereka sepatutnya
bukan hanya duduk di atas semata-mata untuk mengejar petunjuk prestasi
utama (KPI)," tegasnya.
Dalam pada itu, CUEPACS menaruh harapan tinggi mengenai beberapa
tuntutan yang dikemukakan pihaknya dalam Persidangan Majlis Perdana
Perkhidmatan Awam (Mapa) yang akan diadakan di Putrajaya pada 10 Jun
depan."Kita berharap kerajaan memberi perhatian segera terhadap tuntutan
itu terutamanya tiga perkara penting iaitu penetapan gaji minimum
kakitangan awam kepada RM1,200, penyelarasan elaun sara hidup (COLA) di
semua kawasan dan penukaran status kuarters kerajaan kepada rumah sewa
kerajaan," kata Azih
sedihnya produktiviti menurun...harap2 kpi tak turun...signifikan ke laporan produktiviti tu menurun?
BalasPadamharap kawan-kawan semua teruskan kerja dengan cemerlang...yeeehaa
PEMANDU tu sendiri bagus sangat ke? Duduk Makan Tidur je gaji dan elaun beratus ribs malah mungkin berjuta RM tanpa melakukan apa apa selain dari Makan angin ke luar negara bersama anak bini dan buat family day dengan Belanja kerajaan banyak cakap pula. Cermin diri sendiri dulu baru boleh kondem orang/pihak lain.
BalasPadamprestasi semakin menurut disebabkan mereka ini kerja tidak ikhlas dan mengharapkan dapat gaji tiap2 bulan semata2 saja.
BalasPadampecat saja mereka ni. ambil yang benar2 nak berkhidmat untuk negara. tak kiralah samada dia seorang gred lantikan pmr, spm, diploma, sarjana muda mahupun sarjana.
PEMANDU sepatutnya dari kalangan kakitangan awam atau orang pengalaman dalam industri berkaitan yang dilantik atau dipinjamkan. Banyak keputusan yang dibuat oleh Pemandu tidak tepat kerana mereka tidak faham keadaan sebenar industri dan menyebabkan KPI yang ditetapkan sukar dicapai. Mereka ini mungkin dari kalangan orang bijak tapi pengalaman dalam sesuatu bidang adalah lebih bermakna.Sebagai contohnya, pengalaman berniaga dibandingkan dengan orang yang tiada pengalaman tapi ada ijazah perniagaan sahaja.
BalasPadam