Berita Harian
8/5/2014
8/5/2014
CUEPACS sanggah laporan PEMANDU prestasi penjawat awam menurun
Kluang: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sanggah laporan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang menyifatkan prestasi penjawat awam semakin menurun, sebagai tidak tepat dan berat sebelah.

Presiden CUEPACS, Azih Muda, berkata penilaian yang dibentangkan PEMANDU
dalam taklimat bersama kepemimpinan negara baru-baru ini, menunjukkan
PEMANDU gagal memahami realiti sebenar perkhidmatan awam negara.
Bagaimana mereka (PEMANDU) mengukur produktiviti penjawat awam, termasuk guru dan doktor yang tidak pernah selesai tugas mereka, mahupun anggota penguat kuasa yang amat berdedikasi hingga mempertaruhkan nyawa serta keluarga” Azih Muda, Presiden CUEPACS
Katanya, PEMANDU perlu memperbetulkan penilaian berat sebelah itu berikutan kayu ukur yang digunakan bukan saja tidak relevan, malah tidak mengambil kira kecemerlangan ditunjukkan pelbagai agensi serta penjawat awam yang meraih pelbagai kejayaan membanggakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan