Sinar Harian
1/5/2014
1/5/2014
-
Dari kiri, Mohd Nizar, Zambry dan Zainol Fadzi pada sidang media, semalam. – Foto Sinar Harian oleh SHAHRIZAL AHMAD ZAIN
IPOH – Kerajaan negeri Perak masih belum menandatangani sebarang
bentuk perjanjian bagi penswastaan pengurusan sisa pepejal di negeri ini
biarpun beberapa negeri lain sudah berbuat demikian.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri tidak akan sewenang-wenangnya menandatangani sebarang dokumen berhubung penswastaan berkenaan sekali pun diminta untuk menandatanganinya.
Menurutnya lagi, kerajaan negeri begitu sensitif dengan isu penswastaan berkenaan kerana ia secara tidak langsung melibatkan isu-isu kepentingan awam.
“Kita adalah antara negeri yang sehingga sekarang belum menandatangani apa-apa bentuk perjanjian, kita cukup prihatin dan sensitif dengan perkara ini. Malah, kita dianggap sebagai negeri BN yang tidak ikut (belum tandatangan).
"Perkara ini diperhalusi sejak beberapa tahun lalu, meskipun kita berkali-kali diminta untuk menandatangani hinggakan berlaku sedikit perselisihan antara kerajaan negeri dan pihak pengurusan sisa pepejal ini suatu ketika dahulu kerana keseriusan kita dalam perkara ini," katanya lagi.
Zambry berkata demikian bagi mengulas kenyataan daripada presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Azih Muda yang baru-baru ini mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan penswastaan bagi pengurusan sisa pepejal khususnya di negeri ini.
Sementara itu, Zambry turut menambah, pihaknya telah melaksanakan pendekatan lebih kreatif bagi menangani perkara berkenaan dalam usaha menyelesaikan sebarang masalah demi kepentingan awam.
Katanya, pihaknya juga telah mengadakan pertemuan bersama semua wakil rakyat termasuk wakil rakyat pembangkang bagi menangani masalah berkenaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan