Bernama
10/7/2014
10/7/2014
JOHOR BAHARU, 10 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor akan
memberi bantuan khas sempena Aidilfitri sebanyak RM500 seorang kepada
11,187 penjawat awam yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM6.6 juta,
kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata bantuan akan diagihkan sebelum sambutan hari raya kepada penjawat awam dari gred 1 hingga 54 serta 1,850 guru Kelas Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) dan 150 guru Tadika Agama.
"Bantuan pertama kali ini bagi mereka menyediakan persiapan hari raya," katanya kepada pemberita semasa merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya, Bazar Ramadan dan Aidilfitri 1Malaysia di sini Rabu malam.
Beliau berkata ia adalah selaras dengan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan kepada penjawat awam sebanyak RM500 seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
-- BERNAMA

membohong ni
BalasPadamKami di Penang dapat setengah bulan gaji atau minimum RM600.
BalasPadam