12 Ogos 2014

CUEPACS MOHON BONUS 2 BULAN

Utusan Malaysia|
11/8/2014






Azih Muda (tengah) menyerahkan sumbangan kepada wakil Raudatul Ulum di Wisma CUEPACS di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Hafiz Shah

KUALA LUMPUR 11 0gos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam pada pembentangan Bajet 2015, Oktober ini.Presidennya, Azih Muda berkata, pemberian bonus itu amat penting bagi mengurangkan beban tanggungan kakitangan awam terutamanya golongan berpendapatan rendah menangani kos sara hidup yang tinggi.
Katanya, ia juga selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin memberangsangkan selain bertujuan menghargai jasa penjawat awam dalam memacu perkembangan itu."Ekonomi negara ketika ini menunjukkan perkembangan positif dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat lebih lima peratus. Sekiranya ekonomi tidak menyusut dalam tempoh enam bulan, kami rasa momentumnya akan terus meningkat dan sudah tentu pemacu kepada keberkesanan ekonomi ini dimulai dengan penjawat awam.
"Malah CUEPACS berpendapat, dengan peruntukan bonus dua bulan itu juga ia mampu menyuntik semangat kira-kira 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara," katanya dalam sidang akhbar selepas menyerahkan cek sumbangan RM20,000 kepada Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) bagi membantu pertubuhan kebajikan itu yang melaksanakan misi kemanusiaan di Gaza.Sumbangan tersebut sebagai tanda prihatin pihaknya meringankan bebanan penduduk Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis.Pada majlis itu juga, CUEPACS turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 masing-masing kepada Maahad Tahfiz Akademi Iqra al-Quran dan Pusat Jagaan Darul Atiq.
Azih berkata, pihaknya akan membuat permohonan rasmi berhubung pemberian bonus itu dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat."Malah CUEPACS juga berharap dapat menyertai kerajaan dalam perbincangan bajet akan datang," katanya.Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan untuk campur tangan dalam projek pembinaan rumah mampu milik supaya harga rumah tidak dimanipulasi oleh pihak tertentu.Katanya, kerajaan juga perlu menambah unit kediaman mampu milik selaras dengan permintaan pada masa ini.
"Kelayakan penjawat awam untuk memiliki rumah adalah sangat rendah. Ini merupakan fenomena yang terpaksa dilalui mereka. Oleh itu, kami cadangkan kerajaan untuk meningkatkan pembinaan rumah untuk tempoh lima tahun serta mengekalkan instrumen subsidi antaranya untuk tapak rumah dalam pembinaan rumah."Selain itu, kami menggesa kerajaan memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman perumahan agar jumlah potongan menjadi kecil dan lebihan itu boleh dibelanjakan untuk keperluan lain," katanya.

13 ulasan:

  1. Macam sama jer ngn berita smlm pnya..xpyh fokus bonus sgt laa..elaun rmh hrp d beri kenaikan..

    BalasPadam
  2. hmmm....tak taw nk cakap ape dah...cuepacs hanya mampu memohon setiap tp tak pernah diluluskan...
    macam tak perlu wujud dah cuepacs ni...

    BalasPadam
  3. ini gara gara....kepimpinan lemah cuepacs..mengiyakan saja apa yg diberikan..tak berani nak menbantah..bubar je cuepacs ni,,

    BalasPadam
  4. 2 bulan je? Sikit nya. Paling koman pun mintak la 3 bulan.

    Bila GST akan dimulakan? Cukai sekarang berbanding GST lebih tinggi. Kerajaan suka je lengah-lengahkan GST, sebab cukai GST kurang berbanding semasa.

    Tahun depan bila harga barang naik, yang sebenarnya cukai yang kita bayar lebih daripada 6%. Sebab 6% tu adalah dari harga barang. Semakin tinggi harga barang, semakin tinggi cukai yang dibayar.

    Apepon lah, jangan minta ala kadar sahaja. Bersungguh-sungguhlah minta tu. Hang la orang harapan.

    BalasPadam
  5. KENAPA TAK MINTAK ELAUN RUMAH DI NAIKKAN.....ITU YANG PALING PENTING....FIKIR-FIKIR-FIKIR

    BalasPadam
  6. bukan aku nak cakap pulak .. tapi inilah keyataan tentang kebodohan president cuepacs nie ?? mintak bonus dua bulan gaji , sedangkan bantuan khas hari raya najip bagi rm500 saja . lebih baik letak jawatan la president benggap ooiiii ...

    BalasPadam
  7. Bonus 2 bulan gaji mesti dipenuhi jika kepimpinan menolak bonus yg kurang daripada itu. Tuntutan hendaklah berbunyi bonus sekurang-kurangnya dua bulan gaji. Ceupacs tidak akan menerima bonus yang kurang daripada itu. Barulah power.

    BalasPadam
  8. cuepacs dulu kini selamanya, sama saja. tak habis2 dengan "perjuangan" tuntut bonus, gaji, elaun.

    tapi kebajikan penjawat awam terabai, moral penjawat awam semakin jatuh lebih lagi penjawat awam kumpulan pelaksana yang mempunyai kelulusan lebih tinggi yang setiap tahun melalui temuduga, tetapi asyik digagalkan oleh tangan-tangan ghaib di dalam SPA/JPA.

    BalasPadam
  9. Dua bln gaji fuh...mcm minta emas free...x nyer dpt lum ada dlm sejarah msia dpt dua bln gaji bnus...
    elaun rmh 180 yg dh lama lapuk tu pn x berganjak naik lg...yg naik swa rmh dgn hrga rmh adelah setiap thn
    bonus eloknya bg sebulan gji ok minima 2k pn dh bgus..bg sampai dua bln gaji hanya mengenyangkan tembolok kump yg bergaji melebihi 7keatas jer ....

    BalasPadam
  10. Entah-entah dapat setengah bulan bonus je. Masa tu baru nak huru hara gertak itu ini. Ni sebelum apa-apa mintak la betul-betul.

    Kawan aku kerja swasta 3 bulan bonus setiap tahun. Pengerusi Genting pun dapat bonus RM146juta.

    BalasPadam
  11. payah lah nak dpt bonus 2 bulan jangan mimpi disiang hari lah.dpt sebulan pun dah kira baik dah.

    BalasPadam
  12. lani tak payah lah nak minta yang bukan -bukan minta elaun perumahan dgn elaun cola naik sudahlah minta macam pun bukannya dpt pun.

    BalasPadam
  13. Tak nak tamak,
    tapi sejujurnya nak dengar PM umum Bonus 2 bulan gaji Bajet nanti hanya angan-angan Mat Jenin melalui pemberian lepas-lepas. Harapan saya dapat pemberian BKK secara sama rata RM1500-2000 (termasuk BKK Raya) kepada Pegawai Awam Persekutuan pun lebih dari syukur. Saya pasti Kerajaan mampu untuk memberikan jumlah itu sahaja. Terutamanya bagi kakitangan sokongan yang berpendapatan rendah, pemberian kali ini amat berguna membantu meringankan beban buka sekolah anak-anak dalam keadaan inflasi tinggi. Boleh juga sebagai Angpau Tahun Cina 2015 kepada kakitangan berkaum Cina.

    BalasPadam