11 Ogos 2014

CUEPACS MOHON BONUS DUA BULAN UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN

Utusan Malaysia
11/8/2014



KUALA LUMPUR 11 0gos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam pada pembentangan Bajet 2015, Oktober ini.
Presidennya, Azih Muda berkata, pemberian bonus itu amat penting bagi mengurangkan beban tanggungan kakitangan awam terutamanya golongan berpendapatan rendah menangani kos sara hidup yang tinggi.Katanya, ia juga selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin memberangsangkan selain bertujuan menghargai jasa penjawat awam dalam memacu perkembangan itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyerahkan cek sumbangan RM20,000 kepada Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) bagi membantu meringankan beban pertubuhan kebajikan itu yang melaksanakan misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza.Dalam majlis itu, CUEPACS turut menyumbang sebanyak RM5,000 masing-masing kepada Ma’ahad Tahfiz Akademi Iqro Alquran dan Pusat Jagaan Darul Atiq.-

13 ulasan:

  1. Harap2 jg ada knaikan elaun rmh dlm budget kali ni..seksanya nk beli rmh pun xmmpu lg sdgkn rmh mkin lama mkin mahal..

    BalasPadam
  2. Cuba mintak lain sikit...ni dah selalu mintak setiap tahun...kena kreatif sikit.

    BalasPadam
  3. Jgn berangan la....masa tun mahatir dulu smpat la aku mrasa bones 2 bln gaji...tahun 2002...masa ekonomi gawat...

    BalasPadam
  4. eh,..klu khalid boleh bagi sebulan x akan ajib tak boleh buat lagi lebih.

    BalasPadam
  5. itu sajalah yang kepimpinan cuepacs ni mampu buat: minta bonus, minta naik gaji, minta naik elaun. hanya sekadar "kenyataan" saja, tapi takda usaha. ibarat burung kakak tua bercakap, tapi tak dapat melakukan sesuatu malah dia pun tak faham apa yang dia tuturkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak sajalah yg minta. Kot2 dapat. Sekurang2nya Cuppas berubahlah.

      Padam
  6. Tak nak tamak,
    tapi sejujurnya nak dengar PM umum Bonus 2 bulan gaji Bajet nanti hanya angan-angan Mat Jenin melalui pemberian lepas-lepas. Harapan saya dapat pemberian BKK secara sama rata RM1500-2000 (termasuk BKK Raya) kepada Pegawai Awam Persekutuan pun lebih dari syukur. Saya pasti Kerajaan mampu untuk memberikan jumlah itu sahaja. Terutamanya bagi kakitangan sokongan yang berpendapatan rendah, pemberian kali ini amat berguna membantu meringankan beban buka sekolah anak-anak dalam keadaan inflasi tinggi. Boleh juga sebagai Angpau Tahun Cina 2015 kepada kakitangan berkaum Cina

    BalasPadam