Bernama
19/9/2014
19/9/2014
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di
Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menyegerakan
pelaksanaan skim perjawatan tetap bagi kakitangan kontrak Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS), yang membabitkan sejumlah 17,300 orang di
seluruh negara.
Presiden Cuepacs Azih Muda berkata kakitangan terbabit perlu diberi peluang mengisi jawatan tetap seperti rakan lain yang berstatus tetap.
"Ini kerana skop tugasan mereka telah berubah bahkan lebih meluas berbanding kakitangan berstatus tetap. Justeru, kita minta kerajaan menyegerakan proses ini," katanya kepada Bernama selepas penutupan Mesyuarat Agung Dwitahunan Kesatuan Kakitangan KEMAS di sini Jumaat.
Ketika ini, KEMAS mempunyai sejumlah 18,200 kakitangan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, hanya 900 berstatus tetap.
Azih berkata Cuepacs juga menuntut agar gred jawatan di semua peringkat pengurusan tertinggi KEMAS dan pentadbirannya diselaras semula, iaitu dari gred S17 hingga S22 ketika ini, ke gred S22 hingga S38.
"Ini meliputi jawatan seperti ketua penyelia kanan, penyelia pelbagai jurusan dan pemaju masyarakat," katanya sambil menambah kali terakhir perkara itu dilakukan ialah lebih 10 tahun lepas.
-- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan