Malaysiakini
10/10/2014
Kongres Kesatuan Sekerja Kakitangan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam bagi menghadapi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Timbalan presiden I Cuepacs Zainal Ismail berkata kesatuan itu menuntut kenaikan sebanyak 30 peratus untuk semua peringkat penjawatan.
Kenaikan itu melibatkan kenaikan sebanyak RM300 bagi penjawat awam bergaji RM900 sebulan, katanya.
Beliau turut mencadangkan agar kakitangan berkenaan diberikan dua bulan bonus.
Katanya, tuntutan itu munasabah keraja gaji penjawat awam tidak pernah dikaji semula sejak 2007.
"Kita tidak mendapat kenaikan gaji sejak sekian lama... Kita bukannya meminta kenaikan setiap tahun. Kita berharap kerajaan akan menyemak semula gaji setiap lima tahun,” katanya kepada Malaysiakini.
Pada 2007, perdana menteri pada masa itu Tun Abdulllah Ahmad Badawi menaikkan gaji kakitangan awam antara 7.5 hingga 35 peratus.
Zainal berkata kesatuan itu tidak menentang pelaksanaan GST, namun berharap agar kerajaan mengambil kira kesan yang akan ditanggung oleh rakyat.
Katanya, pelaksanaan GST dan kenaikan harga bahan api akan menyebabkan pengguna menanggung beban lebih besar.
“Kita percaya kerajaan pasati akan dapat menanggung kenaikan gaji, terutama selepas pelaksanaan GST,” katanya.
Selain itu, Cuepacs turut menuntut agar kerajaan menaikkan elaun perumahan dari RM180 kepada RM450 dan kos sara hidup (Cola) dari RM250 kepada RM300.
Kesatuan itu juga menuntut agar kerajaan mengawal harga perumahan kerana ada kakitangan awam yang tidak mampu membeli rumah bawah program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PP1AM).
Pada masa ini, rumah PP1AM dijual pada harga sekitar RM150,000 hingga RM200,000, yang terlalu mahal untuk dibiayai penjawat awam.
"Jadi kita berharap kerajaan akan mengurangkan harga rumah kepada sekitar RM70,000 hingga RM130,000,"

Tuntutan demi tuntutan namun..yg naik gaji MP yg dah sedia berduit..kita orang yg gaji kurang dr rm2000 di suruh blanja dgn berhemah..ikat perut tp ketidakcukupan menjadi kan budaya kerja positif menjadi negatif dibelenggu kos hidup yg jauh lebih tinggi dr gaji..
BalasPadamcuepacs akan terus bermimpi selamanya..mimpi akn terus dipermainkan orang selamanya...itulah hakikatnya..elaun ITP dah bertahun2 cuepacs minta..MP minta elaun dinaikkan 2 hari saja sebelum bajet..terus ditunaikan,
BalasPadamSetidak tidaknya kerajaan perlulah menaikan sedikit elaun perumahan ataupun elaun kola demi meringankan beban kakitangan awam dalam menanggung kos sara hidup yang pasti meledak tak lama lagi...
BalasPadamBerilah perhatian pada kami yang bergaji rendah / sederhana serta mempunyai tanggungan yang ramai...
Sejak najib jadi Pm penjawat awam jangan la mengharapkan sesuatu yang manis lagi...kesimpulannya nak tak nak kita terpaksalah ikat perot untuk menyara anak dan isteri...
BalasPadamTak dapat nak kata ape, cuma sedeh teramat sedeh, yang senang bertambah senang, yang tersepit terus menerus tersepit, tiada sinar untuk penjawat awam bergaji kecil, hanya mengharap dan terus mengharap hingga pencen
BalasPadamPenmbahbaik skim perkhidmatanpun tak disebut secara terperinci, di situ kita hanya tertanya-tanya
BalasPadamSedih fikir sampai takde sorang nak melawat laman wed ni cuepacs...tgk berapa je komen... sendiri fikir...awk pembela nasib penjawat awam kena berani cuepacs...awk bukan tak tahu pekerja sektor awam ni dah macam pengemis ...mintak pun tak dapat....sedih sedih...
BalasPadamDari dulu hingga sekarang cuepacs mungkin tak releven dah.
BalasPadamKecewa bajet 2015,tidak spt diharapkan...cuba fahami kami yg bergaji kecil...
BalasPadamBAJET YANG MENGECEWAKAN RAKYAT....!!! KITA TUNGGU PRU KE-14 DAN JANGAN BERFIKIR LAGI. BULATKAN TEKAD, BISIK-BISIKKAN TEMAN DI KANAN KIRI DAN PANJANGKAN KE SELURUH PELUSUK NEGARA DAN BANGKIT TUKAR BAJU. TIADA PERUBAHAN MELAINKAN ANDA YANG MERUBAHNYA...! AYOKKKKK....BERSIAP SEDIA SEKAAAARRRRNNNNGGGGG.....!
BalasPadambajet tidak mencerminkan kebajikan.interest pinjaman kerajaan x kurang tapi dinaikkan kelayakan.lagilah harga rumah menggila.bagilah naik rm50 pun x apa elaun perumahan.gaji mp naik buat apa.time base perlu dilaksanakan srgera.dok kaji sampai bila.pm najib anda kurang perihatin.bahaya utk umno.
BalasPadamSelaku penjawat awam..kita menyokong kerajaan pemerintah sekarang
BalasPadamTapi kerajaan pulak kena bagi la kenaikan elaun dan kenaikan gaji pada penjawat awam seperti di war warkan sebelum ni
Memang benar berdasarkan kemampuan,tapi ada kemampuan pun tak bagi juga
Ruangan ini merupakan rintihan atau harapan agar dinaikkan elaun rumah terutamanya dan kenaikan gaji.
Keadaan sekarang ni,gaji wajar dinaikkan bagi menampung perbelanjaan penjawat awam.
Jika melihat badan berkanun pun dapat bonus yang di umumkan PM..bonus agensi mereka terima lagi.
Dalam paper BH hari ni mengatakan akan kaji gaji dan elaun penjawat awam.
Diharap ianya benar benar berlaku kenaikan agar penjawat awam dapat meningkatkan produktiviti terhadap tugas.
Presiden CUEPACS wajib berjuang habis habisan suarakan isu ni demi manfaat penjawat awam
harapan kenaikan 30% gaji jadi kenyataan.
pepatah cina menyatakan :-
BalasPadambagai anjing manyalak khinzir , anjing habis suara , khinzir buat tengin saja ..
begitulah ibarat penjawat awam bila menta naik jagi dengan najit ..
Memang aku rasa dengan keadaan sekarang UMNO dan BN dalam bahaya,apabila tiada apa2 pun istimewa dalam bajet yang lepas.Hanya bonus 1/2 bulana gaji je..bagi yg bergali besor ok le bagi aku seorang pemandu ni berapa la sgt.hanya yg selalu di sebut"kaji,kaji,kaji,kaji..."x abis mengkaji.Takut nanti suatu hari nanti mana2 PA yg ada nanti masa PRU nanti terus undi yg lain pulak dah x kaji2 lg dah,sebabnya org dah muak dengor perkataan kaji.harap sesuatu dapat di lakukan skrng,jgn tunggu dah terantuk baru nak ingat,dah x guna dah.Cubalah renung2kan kerana masalah gaji ni REAL MADRID boleh tutup kelab oooooo.....
BalasPadam6 thn berturut2 bunus 1/2 gaji. ciput...
BalasPadamTerima kasih bagi bonus setengah bulan gaji tapi untuk yang bujang menguntungkanlah.cubelah naikkan gaji ke...cola ke...elaun sara hidup ke....barulah penjawat awam boleh laksanakan tugas dengan baik mengikut peredaran ekonomi semasa.dah tu pinjaman peribadi pun limit 10 tahun.dah pasti ramai penjawat awam akan banyak berhutang demi menyara kehidupan yang semakin mencabar nie...ah long ngan cetilah jadi tempat mengadu nasib nanti.please lah...think about people around....no money all nothing...
BalasPadamSewa rumah utk kucing yg nak ditinggalkan skrg rm 10 sehari...kalau darab nga 30 hari dah jadi rm 300 tp kerajaan bagi utk PA hanya rm180 utk elaun perumahan...nmpk tak...mana nilai kita...
BalasPadam