09 November 2014

LEBIH 200 PENJAWAT AWAM SERTAI 'EKSPLORASI TRANSFORMASI 2014'



Bernama
8/11/2014



PUTRAJAYA, 8 Nov (Bernama) -- Lebih 200 penjawat awam dengan 65 kereta menyertai program kembara mencari harta karun "Eksplorasi Transformasi 2014' bermula dari perkarangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini ke Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah JPA Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal melepaskan acara itu yang disertai wakil pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

Menurut kenyataan JPA yang diedarkan pada majlis itu para peserta akan menguji kreativiti dan kebijaksanaan masing-masing dalam kembara atau 'treasure hunt' berkenaan bertemakan patriotisme dan bahasa kebangsaan.

"Semangat dan persaingan sihat seumpama ini yang kita perlukan dalam kalangan penjawat awam untuk melaksanakan transformasi berterusan," menurut kenyataan itu.

Aktiviti anjuran Bahagian Transformasi Sektor Awam JPA dengan kerjasama Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Intan Bukit Kiara dan Kelab JPA itu bertujuan menyebarluaskan agenda transformasi negara.

Selain itu ia berhasrat mengukuhkan semangat kekitaan dalam kalangan penjawat awam bagi menyokong program transformasi perkhidmatan awam. Mohamad Zabidi akan menyampaikan hadiah di Kompleks di Intan, Bukit Kiara.

-- BERNAMA

9 ulasan:

  1. "Menurut kenyataan JPA yang diedarkan pada majlis itu para peserta akan menguji kreativiti dan kebijaksanaan masing-masing dalam kembara atau 'treasure hunt' berkenaan bertemakan patriotisme dan bahasa kebangsaan."

    ___________________________________

    Lawaklah, lihat iklan oleh pihak kerajaan mengenai 1Malaysia sendiri, mencerminkan patriotism dan bahasa kebangsaan? Kerajaan sendiri yang merosakan nilai-nilai patriotism dan bahasa kebangsaan dengan iklan yang mempromosikan 1Malaysia kononnya untuk sesuai dengan selera anak muda tapi akhirnya menjahanamkan patriotism dan bahasa kebangsaan itu sendiri. Kalau tak percaya sila lihat iklan berkenaan 1Malaysia terutama sekali berkaitan program anak muda. Sedarlah.

    BalasPadam
  2. nilai2 patriotisme perlu ada dalam setiap penjawat awam.. shabas!!

    BalasPadam
  3. seramai 1.4 juta penjawat awam..hanya 200 yg hadir..dh nampak penjawat awam kecewa dgn kerajaan dan ceupacs sndiri krn tidak fight semua permitaan penjawat awam.

    BalasPadam
  4. kenaikan gaji dan elaun rumah sangat wajar sekarang memandangkan kos sara hidup kian meningkat,tambahan pulak GST bakal menjelma tahun depan.
    Jika kenaikan gaji dan elaun rumah menjadi realiti,tiada masalah pada penjawat awam untuk menerangkan GST pada masyarakat luar.
    Jika terbaca malaysiakini hari ni,pihak CUEPACS ada membuat kenyataan.Tapi perjuangan kenaikan gaji dan elaun rumah sangat wajar dilaksanakan sekarang.Terutama,golongan pelaksana...

    BalasPadam
  5. Penjawat awam sudah kecewa dengan CEUPACS, kepimpinan CEUPACS sekarang ini sangat mengecewakan, lebih teruk dari kepimpinan terdahulu. Jika kepimpinan Datuk Omar Osman, lantang mendesak kerajaan untuk menjaga kebajikan penjawat awam, kepimpinan sekarang ini pula ibarat lembu dicucuk hidung, lepas dapat naik gred, lepas tu diberikan gelaran datuk, maka lembut leherlah, menjadi lembu dicucuk hidung.

    Memalukanlah apa yang telah terjadi sekarang ini di dalam Ceupacs terutama Presiden Ceupacs sendiri, sangat teruk, patutnya letak sahajalah jawatan dan buat pemilihan baharu. Itulah dahulunya kemaruk nak jawatan, dah ada jawatan tak tahu nak buat kerja pula, letak jawatan lagi eloklah kalau macam ni.

    BalasPadam
  6. Kepada Presiden CEUPACS dan kepimpinan CEUPACS yang lain, sila beri penjelasan kepada semua penjawat awam mengenai status penambahbaikan skim yang sengaja diabaikan oleh JPA sebelum ini itu.

    Sebelum ini pihak kerajaan kata dalam bulan Jun 2014, maka boleh selesailah isu ini, tetapi kini dah masuk bulan November, nak hujung tahun dah, nak masuk ke tahun baharu pula, masih tak selesai-selesai, apa cerita ini semua?

    Saya menyakini bahawa pihak CEUPACS sendiri tahu bahawa berlaku masalah dalam carta organisasi serta carta arahan tugas kerana ada penyelia yang dah jadi orang bawahan kepada orang yang diselia, apa cerita semua ini?

    Ini bukannya soal tamak ke apa ke, yang dipersoalkan adalah peranan dan tanggungjawab serta kesan daripada tunggang langgangnya carta aliran rantaian arahan, itu yang menjadi masalahnya.

    Bila ada masalah dalam tugas, maka disalahkan penjawat awam, tapi dasar kerajaan yang bodoh, kerja pihak JPA yang bangang serta kepimpinan CEUPACS yang lembab yang menjadikan semua ini tunggang langgang.

    Oleh itu, pimpinan CEUPACS kena beri penjelasan berhubung perkara ini. Seeloknya buat konvensyen untuk penjawat awam meluahkan perasaan dan memberikan pandangan serta cadangan, kalau kepimpinan CEUPACS tak sanggup buat, maka letak jawatan sahajalah, kerana da jawatan pun tak guna, sebab tak tahu buat kerja.

    BalasPadam
  7. Makin lama makin meluat kami majoriti PA terhadap kerajaan sekarang! Langsung tidak prihatin dengan kesusahan rakyat dan golongan PA terutamanya kumpulan sokongan. Segala bentuk elaun yg kononnya akan dikaji belum ada keputusan. Makin hari perbelanjaan makin meningkat. Gaji masih di tahap yg sama. Sepatutnya gaji diselaraskan naik 50% untuk semua gred! Harga rumah, barang keperluan semuanya naik mendadak. Itu belum ada GST. Ada kesatuan tp tak berfungsi. Cakap pompang sana pompang sini masa berkempen nk rebut jawatan... tapi habuk pun tadak! Tak malukah hari2 mengadap masyarakat kalau tak reti laksanakan tanggung jawab? Kesian pada anak cucu sendiri bila orang dok caci hari2. Letak jawatan itulah solusi... beri peluang kepada yang lebih berdedikasi.

    BalasPadam