Utusan Malaysia
11 Disember 2014 2:16 AM
KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk mewajibkan setiap agensi penguat kuasa tidak menempatkan seseorang pegawai atau anggota di satu-satu kawasan melebihi lima tahun.
Selain itu, kata beliau, setiap ketua unit penguat kuasa juga bertanggungjawab melakukan pemantauan bagi mengelakkan orang bawahan mereka seolah-olah mempunyai kuasa sendiri.
“Dasar penempatan tidak melebihi lima tahun ini wajib dilaksanakan memandangkan pada masa ini ada agensi tidak membuat pertukaran anggota mereka sehingga 20 tahun.
“Selain itu ketua perkhidmatan masing-masing mesti mengetahui keperluan dan pergerakan anak-anak buah mereka serta mengetahui masalah pekerja. Mereka juga mesti sentiasa berkomunikasi supaya mengwujudkan rasa hormat dan nilai-nilai integriti dalam diri agar tidak tergamak melakukan perbuatan terkutuk seperti rasuah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh mencadangkan pembersihan anggota dalam agensi-agensi penguat kuasa perlu dilakukan bagi menghentikan gejala rasuah terutama di bahagian atau unit yang berisiko tinggi seperti di bahagian pelesenan iaitu bermula dengan pelaksanaan pemprofilan integriti dalam proses pengambilan anggota bagi agensi-agensi berkenaan.
Cadangan itu dibuat susulan gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan pindaan terhadap undang-undang sedia ada dilaksanakan bagi mengenakan tindakan lebih berat kepada penerima dan pemberi rasuah.
Dalam pada itu, Azih berkata, kerajaan juga perlu mewujudkan sebuah unit pemantauan untuk meneliti setiap dasar dan sistem penyampaian kerajaan yang dilihat lapuk dan tidak lagi relevan.
Katanya, kelambatan proses-proses tertentu dan kerenah birokrasi dalam sektor kerajaan perlu dibanteras secara keseluruhan kerana keadaan itu boleh mengundang kepada gejala rasuah.
Jelas beliau, penambahan pegawai di barisan hadapan mesti dilakukan sekiranya kaedah tersebut boleh mengurangkan tempoh menunggu dalam setiap permohonan dokumen-dokumen kerajaan.
“Rakyat tidak suka untuk menunggu lama untuk mendapatkan kelulusan permohonan di mana-mana agensi kerajaan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) menyebabkan mereka akan menyogok wang untuk mempercepatkan proses ini.
“Jadi, sekiranya perkara ini dapat dibendung melalui pemantauan unit berkenaan, gejala rasuah ini tidak mungkin akan berlaku,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tukar-setiap-lima-tahun-1.35172#sthash.HvONR2Rt.dpufetiap lima tahun
CUEPACS cadangkan tempoh wajib tugas penguat kuasa
11 Disember 2014 2:16 AM
|
KUALA
LUMPUR 10 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan
untuk mewajibkan setiap agensi penguat kuasa tidak menempatkan seseorang
pegawai atau anggota di satu-satu kawasan melebihi lima tahun.
Selain itu, kata beliau, setiap ketua unit penguat kuasa juga bertanggungjawab melakukan pemantauan bagi mengelakkan orang bawahan mereka seolah-olah mempunyai kuasa sendiri.
“Dasar penempatan tidak melebihi lima tahun ini wajib dilaksanakan memandangkan pada masa ini ada agensi tidak membuat pertukaran anggota mereka sehingga 20 tahun.
“Selain itu ketua perkhidmatan masing-masing mesti mengetahui keperluan dan pergerakan anak-anak buah mereka serta mengetahui masalah pekerja. Mereka juga mesti sentiasa berkomunikasi supaya mengwujudkan rasa hormat dan nilai-nilai integriti dalam diri agar tidak tergamak melakukan perbuatan terkutuk seperti rasuah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh mencadangkan pembersihan anggota dalam agensi-agensi penguat kuasa perlu dilakukan bagi menghentikan gejala rasuah terutama di bahagian atau unit yang berisiko tinggi seperti di bahagian pelesenan iaitu bermula dengan pelaksanaan pemprofilan integriti dalam proses pengambilan anggota bagi agensi-agensi berkenaan.
Cadangan itu dibuat susulan gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan pindaan terhadap undang-undang sedia ada dilaksanakan bagi mengenakan tindakan lebih berat kepada penerima dan pemberi rasuah.
Dalam pada itu, Azih berkata, kerajaan juga perlu mewujudkan sebuah unit pemantauan untuk meneliti setiap dasar dan sistem penyampaian kerajaan yang dilihat lapuk dan tidak lagi relevan.
Katanya, kelambatan proses-proses tertentu dan kerenah birokrasi dalam sektor kerajaan perlu dibanteras secara keseluruhan kerana keadaan itu boleh mengundang kepada gejala rasuah.
Jelas beliau, penambahan pegawai di barisan hadapan mesti dilakukan sekiranya kaedah tersebut boleh mengurangkan tempoh menunggu dalam setiap permohonan dokumen-dokumen kerajaan.
“Rakyat tidak suka untuk menunggu lama untuk mendapatkan kelulusan permohonan di mana-mana agensi kerajaan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) menyebabkan mereka akan menyogok wang untuk mempercepatkan proses ini.
“Jadi, sekiranya perkara ini dapat dibendung melalui pemantauan unit berkenaan, gejala rasuah ini tidak mungkin akan berlaku,’’ katanya.
aikkk mana orang semua pergi???
BalasPadam