Bernama
20/12/2014
20/12/2014
KUCHING, 20 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan supaya mewujudkan
konsep bank tanah khusus untuk pembinaan rumah mampu milik kepada
penjawat awam, kata Presidennya, Datuk Azih Muda.
"Cuepacs akan usulkan kepada kerajaan supaya rizabkan 1.5 juta lot tanah sebagai bank tanah khusus kepada penjawat awam.
Ada penjawat awam yang berkhidmat sehingga 40 tahun (sebelum bersara) dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri...tetapi apa yang mereka perolehi? Justeru itu Cuepacs berpendapat permintaan ini boleh diberi pertimbangan sewajarnya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama anggota Cuepacs Sarawak, Sabtu.
Dalam ucapan yang sama Azih turut menyarankan agar kerajaan melaksanakan gaji minimum RM1,200 bagi membolehkan penjawat awam di peringkat rendah menikmati kehidupan yang lebih baik.
"Gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana I dan II ini masing-masing RM805 dan RM820 iaitu di bawah paras kemiskinan nasional yang ditetapkan pada RM880.
"Dalam tempoh lima tahun lagi, iaitu pada 2020 kerajaan berhasrat mencapai status negara maju berpendapatan tinggi, apakah pendapatan pergajian penjawat awam ketika itu sesuai status negara maju?" soalnya.
-- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan