My Metro
 22/1/2015
Kuala Lumpur: Kerajaan disarankan supaya mewujudkan satu komponen khusus bagi
 menangani masalah penipuan yang dilihat semakin berleluasa terutamanya 
membabitkan pemaju projek perumahan.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam 
(CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata, komponen itu penting untuk memikirkan
 langkah khusus yang boleh diambil dalam membanteras sindiket penipuan 
dan tidak bergantung kepada satu agensi saja.
“Jika kita lihat situasi terkini, kes penipuan ini umpama tiada 
penghujungnya. Tambah merumitkan, apabila ada agensi kerajaan yang 
saling menuding jari sesama sendiri. “Masalah sindiket penipuan ini tidak akan ada kesudahannya jika semua
 pihak mengamalkan prinsip menuding jari. Langkah terbaik adalah 
kerajaan wajar mewujudkan komponen atau badan khusus untuk melihat 
perkara ini dengan lebih mendalam,” katanya kepada pemberita, sebentar 
tadi.
Pada masa sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia 
(PPIM) Datuk Nadzim Johan turut senada apabila menggesa kerajaan untuk 
memandang serius perkara terbabit.
Menurutnya, masalah penipuan itu mampu mengakibatkan masyarakat awam terbeban dengan hutang sekali gus diisytiharkan muflis.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 January 2015 @ 1:45 PM    
 
    
          
	
Tiada ulasan:
Catat Ulasan