MalaysiaKini
22/1/2015
22/1/2015
Ketua Aktivis PPIM,
Datuk Nadzim Johan berkata "Kempen 2015: Perangi Penipu Pengguna" itu
dilancarkan sebagai "isyarat" untuk memerangi penipu yang mengambil
kesempatan susulan aduan pengguna mengenainya.
Bercakap dalam sidang medianya di pejabat PPIM hari ini, beliau merujuk 'penipu' itu antaranya peniaga, pemberi pinjaman, syarikat pelaburan, kontraktor perumahan dan syarikat jualan langsung (MLM).
"Jadi kita terima banyak aduan dan penipu-penipu di luar sana, suka menipu pegawai kerajaan dan rakyat Malaysia.
"Maka sudah sampai masanya buat kempen dengan ahli Cuepacs yang ramai untuk kita hantar 'signal' yang jelas supaya kita tidak mahu lagi ditipu. Cukup. Enough is enough,” katanya.
Menyuara rasa sedih dengan situasi itu, Nadzim berkata hasil perbincangan dengan Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda, mereka bersetuju sebulat suara mengisytiharkan tahun ini sebagai "tahun memerangi penipu".
Nadzim berkata pihaknya mendapati pegawai kerajaan antara pihak yang menjadi sasaran untuk ditipu khusus dalam bentuk pinjaman kewangan.
"Ada gaji RM2,000, (tapi dijanjikan) dapat pinjaman sampai RM200,000. Janji pelaburan akhirnya tidak menjadi apa benda... Jadi tahun ini, kita akan perangi mereka," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan