09 Januari 2015

PENIAGA PESISIR SUNGAI PAHANG YANG TERJEJAS BANJIR AKAN DBANTU - TPM

Bernama
8/1/2015

TEMERLOH, 8 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan memberi bantuan jangka masa pendek dan panjang bagi membantu para peniaga di pesisir Sungai Pahang yang hilang mata pencarian akibat musibah banjir yang melanda daerah itu baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu, akan disegerakan agar para peniaga yang terjejas dapat memulakan aktiviti perniagaan dan membina semula kehidupan mereka.

"Saya sudah meninjau banyak tempat, kemusnahannya agak luar biasa dan ini adalah dugaan daripada Allah...dari sudut kerajaan kita tidak memandang rendah perkara ini.

"Bagi para peniaga ikan patin dan tilapia mungkin Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani boleh bagi bantuan benih ikan...begitu juga agensi-agensi berkaitan seperti Tekun dan Amanah Ikhtiar boleh bagi pinjaman kepada mangsa banjir untuk memulakan semula perniagaan mereka yang terjejas," katanya semasa berucap pada majlis gotong royong membersihkan rumah mangsa banjir di Taman Sri Lebak dekat sini hari ini.

Turut hadir, isteri beliau Puan Seri Noorainee Abd Rahman, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Muhyiddin turut menasihatkan agar mangsa banjir tabah menghadapi ujian ini.

"Kerajaan tidak akan mengambil ringan apa yang terjadi...dianggarkan 300,000 rakyat negara ini terjejas akibat bencana banjir yang melanda Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor, Perak dan Sabah.

"Ini jumlah yang paling besar dalam sejarah...Insya-Allah kita akan tangani masalah ini hingga selesai," katanya.

-- BERNAMA

6 ulasan:

  1. Bila agaknya baru boleh dgr berita gembira elaun rmh naik....

    BalasPadam
  2. Kita tunggu dan lihat kerana sejak 2013 elaun rumah dipertimbangkan,tetapi tiada jawapan muktamad.

    Terbaru,datuk seri shahidan kasim pulak kata akan dipertimbangkan lagi tahun 2015.Tetapi pihak cuepacs senyap je isu ni.Spttnya dia kena lantang suara seperti MANTAN presiden cuepacs.

    Sama sama kita saksikan..

    BalasPadam
  3. Teruskan berdrama, teruskan menipu, membohong, memutar belit dan mengkelentong, macamlah penjawat awam ni tak tahu apa-apa bila dikatakan akan kaji, kaji, kaji, berapa ribu kali nak kaji?

    Isunya kini adalah perjalan operasi di jabatan caca marba, rantaian arahan tunggang langgang, penyelia jadi orang bawahan, malahan kelayakan masuk kerja sama, tapi gred lain-lain, macam skim FT, perlu guna sijil politeknik, tetapi pasal apa tak dapat naik gred? Macam pelukis pelan, pasal apa dalam skim juruteknik, ada time base, 9 tahun berkhidmat ada sijil kejuruteraan atau tidak akan naik gred ke JA29, tapi skim pelukis pelan tak ada kenaikan sebegitu, kena ada sijil baru boleh naik gred 29, kalau tak ada sijil, kerja 40 tahun pun tak akan naik gred juga, pasal apa boleh jadi masalah macam ni?

    Skim-skim lain pun sama, diainaya, skim N, W, dan macam-macam lagi, tiada penambahbaikan walaupun dalam bajet 2015 Najib kata nak buat penambah baikan dalam tempoh terdekat, dulu kata nak selesaikan pada Jun 2014, kemudian dalam bajet 2015 kata nak selesaikan dalam tempoh terdekat, lepas ni tak tahulah apa lagi drama puak-puak ini.

    Kepimpinan CEUPACS pula lembab, pak turut, jenis lembu dicucuk hidung, dah dapat kenaikan gred, malahan dapat gelaran DATUK macam DATUK Azih Muda gred N36, dah dapat habuan, dah kenyangkan temolok sendiri, penjawat awam lain diabaikan.

    Kepada Najib dan DATUK Azih Muda Gred N36, kalau dah tak mampu tu berundur sahajalah, jangan jadi tikus membaiki labu, nak tunjuk pandai tak tentu hala akhirnya hancur semuanya.

    BalasPadam
  4. Isu perumahan di bandar perlu diselesaikan oleh pihak kerajaan dengan segera, penjawat awam terutama yang baru masuk kerja, gaji tak seberapa, elaun tak seberapa, kena sewa rumah pun kena kongsi denan kawan, kalau nak duduk seorang diri mau habis gaji bayar sewa rumah sahajalah.

    Masa bujang ok lah boleh kongsi dengan kawan, dah kahwin nak kongsi tinggal dengan kawan macam mana lagi?

    Pihak kerajaan ada fikirkah semua ini?

    Oleh itu sila perbanyakkan kuarters di bandar-bandar besar supaya tidak membebankan penjawat awam.

    Malahan kerajaan patutnya menyediakan lebih banyak rumah kos rendah yang berharga RM 50,000.00 ke bawah kerana sekarang ni yang banyak nak dibuat adalah RUMAH MAMPU MILIK yang hanya menjadi RUMAH MAMPU TENGOK oleh penjawat awam gred rendah dan berpendapatan rendah serta orang-orang lain yang berpendapatan rendah.

    Sedarlah RUMAH MAMPU MILIK yang berharga RM 300,000.00 hingga RM 500,000.00, boleh beranganlah penjawat awam dan pekerja swasta berpendapatan rendah di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang, Ipoh dan lain-lainnya untuk miliki rumah, nak bayar ansuran rumah itu pun tak mampu.

    Sila kerajaan bertindak dengan waras dan membangunkan negara ini dengan sebetulnya.

    BalasPadam
  5. Sama-samalah kita nantikan sampai hujung tahun ini pasal penambah baikan skim yang dianianya oleh pegawai atasan JPA dan kuncu-kuncu mereka sebelum ini dan isu elaun ini, hanya drama dan drama sahajalah.

    Menjadi kebimbangan juga akan penambahbaikan skim yang diainaya sebelum ini hanyalah seperti gred 1-16 sebelum ini yang hanya kosmetik, tukar nama jawatan, lepas tu dinaikkan ke gred 11, tetapi tak ada apa-apa kemudahan, malahan dari segi laluan kerjaya terus lingkup.

    Memanglah kalau lihat 'penambahbaikan' skim gred 1-16 sebelum ini macam ada laluan kerjaya, tetapi macam ada sahajalah.

    Misalnya untuk jawatan seperti Pekerja Rendah Awam dan Pemandu yang dikatakank boleh untuk menjadi kerani, bayangkanlah kalau sudah berbelas tahun orang itu jadi Pekerja Rendah Awam dan Pemandu, nak jadi kerani, mau caca marba jadinya, bukanlah saya kata Pekerja Rendah Awam dan Pemandu itu tak layak jadi kerani, tetapi tentulah berbeza dengan minat dan pengalaman mereka.

    Sebab itulah sebelum ini, macam jawatan pemandu saya cadangkan wujudkan gred R 11 untuk pemandu baru kerja, kemudian dia boleh naik ke R 17 iaitu penyelia kenderaan yang mempunyai kelayakan mekanik, kemudian menjadi pegawai kenderaan gred R22 untuk menyelia dan menyelaras penggunaan dan penyelenggaraan kenderaan.

    Sekarang ini di kebanyakkan jabatan, pegawai kenderaan dan penyelia kenderaan adalah Ketua Kerani dan kerani, kebanyakkan tak tahu pasal kenderaan, sebab itulah pengurusan kenderaan tunggang langgang, nak menyelenggara kenderaan pun tak tahu nak uruskan, ada kenderaan tak perlu diselenggara lagi disuruhnya selenggara, kemudian kenderaan yang perlu selenggara disekat penyelenggaraannya, bercakap macam pandai, macam pandai sahajalah, tapi kualiti kerja hampeh.

    Sila kerajaan kaji semual skim gred 11 yang kononnya telah ditambah baik sebelum ini, banyak yang bemasalah. Macam skim N1, N4 yang naik H11 itu tak apalah, mereka ada pengalaman dalam pentadbiran, boleh mohon kerja kerani, tapi skim pemandu, skim pekerja rendah awam, memang tersekat di situ sahajalah.

    Sila perbetulkan keadaan ini.

    BalasPadam
  6. saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKY GAJIH dan dia memberikan nomor AKY GAJIH,dia bilan kepada saya kalau AKY GAJIH bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKY GAJIH dan dengan senan hati AKY GAJIH ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKY GAJIH di 082 313 669 888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKY GAJIH dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya.. >>>>>KLIK DISINI<<<<<


































    saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKY GAJIH dan dia memberikan nomor AKY GAJIH,dia bilan kepada saya kalau AKY GAJIH bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKY GAJIH dan dengan senan hati AKY GAJIH ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKY GAJIH di 082 313 669 888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKY GAJIH dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya.. >>>>>KLIK DISINI<<<<<


    BalasPadam