06 Januari 2015

POLIS POTONG GAJI BANTU MANGSA BANJIR

Sinar Harian
6/1/2015


  • Mohd Fuzi (kiri) dan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat (dua, kiri) selepas menerima sumbangan berupa jet pam air daripada Simon, William dan Ismail, semalam. - Foto Ihsan PDRM Mohd Fuzi (kiri) dan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat (dua, kiri) selepas menerima sumbangan berupa jet pam air daripada Simon, William dan Ismail, semalam. - Foto Ihsan PDRM
1 / 1
SUBANG  - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha mengumpulkan dana RM1 juta bagi membantu mangsa banjir khususnya warga PDRM yang terjejas akibat bencana tersebut.

Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Seri Mohd Fuzi Harun berkata, bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mangsa banjir warga PDRM, kita akan cuba menumpulkan dana sebanyak RM1 juta bagi membantu mereka.

“Selain mengadakan kutipan dan sumbangan orang ramai dan pihak swasta, kami juga dalam usaha membuat potongan gaji untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa terlibat.

“Sehingga 2 Januari lalu seramai 1,422 keluarga warga PDRM terjejas banjir.  Selain terpaksa berpindah ke penempatan sementara, mereka juga kerugian harta benda akibat kerosakan rumah,” katanya pada sidang media majlis penyampaian sumbangan jet pam air (Water Jet Pump)  kepada mangsa banjir warga PDRM.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Redland Aviation Services Sdn Bhd, Datuk Ismail Hassan, Pengurus Besar Karcher Cleaning Systems Sdn Bhd, William Kiew, dan Pengarah Fable Plus Sdn Bhd Simon Tan. Sebanyak 80 unit jet pam air disumbangkan ketiga-tiga syarikat berkenaan bernilai lebih RM150,000.

2 ulasan:

  1. Saya cdgkan supaya syarikat2 korporat di negara ini menyumbang csr mereka dengan membina rumah mangsa2 banjir...kutipan derma dan pakaian dh banyak. Cthnya Sykt A membina atau membiayai 2 unit rumah yg purata harganya 45k ke 50k...tentu byk syarikat berminat utk menyumbang dgn cara baru ini...bukan seperti amalan biasa. Penduduk yg kehilangan rumah amat2 mrmerlukan tempat kediaman...
    Sebagai balasan atas sumbangan tersebut..kerajaan pula memberi inisiatif kpd sykt2 terlibat td dengan memberi pengecualian atau pengurangan cukai perniagaan mereka. Sekadar idea untuk kebaikan semua. Sekian..

    BalasPadam
  2. Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah ak bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259'

    BalasPadam