12 Februari 2015

TARIF BARU ELEKTRIK DIHARAPKAN RINGANKAN KOS SARA HIDUP, KATA PM

Bernama
11/2/2015



KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tarif baharu elektrik yang diumumkan pada Rabu, selaras dengan penurunan kos bahan api dan penjanaan, dapat membantu meringankan kos sara hidup.

Dalam catatan di laman Facebook dan Twitter, Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus mengutamakan kebajikan rakyat.

Setelah semakan semula kos bahan api dan penjanaan, Kabinet pada hari ini memutuskan untuk mengurangkan tarif elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung, Sabah dan Labuan bermula 1 Mac 2015, katanya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan, pengguna di Semenanjung Malaysia akan menikmati penurunan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWj), manakala purata kadar tarif bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diturunkan sebanyak 1.20/kWj berkuat kuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini setelah dimaklumkan kos penjimatan ICPT yang boleh dilepaskan kepada pengguna dalam bentuk tarif yang lebih rendah adalah RM726.99 juta setelah mengambil kira penurunan kos bahan api global dan penjanaan.

5 ulasan:

  1. Elaun rumah x naik yang naik cuma harga rumah dan sewa rumah sahaja harap maklum

    BalasPadam
  2. Dan yang paling membangagngkan adalah isu kenaikan pangkat gred 32 hingga 48 setiap tahun ..
    macam la gred 32- 48 ja yang buat kerja ... sedangkan gred2 nie la yang banyak menyusahkan gred 1 - 17 . apa nasib gred 1 - 17 kerana mereka ini ibarat kuli batak jabatan yang x di beri peluang kenaikan pangkat langsung ..
    adakah otak2 menteri makin banggang dan lembab ???

    BalasPadam
  3. ke mana perginya isu kenaikan elaun rumah...

    adakah kenaikan ini hanya untuk gred tertentu sahaja tapi pengumuman di buat secara umum untuk penjawat awam.

    BalasPadam
  4. Mohon mencadang. Diharap agar peraturan pakaian penjawat awam gred N1 - N17 dilonggarkan
    (pakai tshirt berkolar dgn seluar slack jak) Saya malu dgn org awam, pakaian ke pejabat
    mcm pegawai bergred tinggi serta bergaji rm5,000.00 sebulan.
    Lagipun,
    1.Persediaan utk ke pejabat dapat dibuat dgn pantas.
    2.Dpt membantu penjawat awam bergred bawahan mengurangkan kos bil elektrik.
    3.Dpt membezakan pegawai tinggi dgn pegawai bawahan.
    Sekian. TOLONGLAH BAGI PERHATIAN.

    BalasPadam
  5. BERITA BAIK UNTUK AL

    Saya ingin mengingatkan semua pencari pinjaman internet untuk berhati-hati, terdapat penipuan pinjaman dalam talian di mana-mana, mereka akan menghantar dokumen palsu dan mereka akan mengatakan tidak ada bayaran, maka mereka akan meminta anda membayar yuran lesen dan bayaran pemindahan, jadi berhati-hati.

    Semua pemberi pinjaman palsu ini mempunyai banyak persamaan yang saya dapati dan saya akan menyenaraikan mereka di bawah

    Kebanyakan mereka mempunyai akaun gmail

    Mereka semua mempunyai kuasa yang meyakinkan. mereka akan menjanjikan segala-galanya

    Mereka semua mempunyai gambar profil palsu seorang wanita yang memakai tudung

    Mereka semua memberi kadar faedah 2%

    Tiada had pada jumlah yang anda boleh pinjam

    Berita baiknya ialah saya telah menemui firma pinjaman dalam talian yang sah. Saya tidak berada di sini untuk berkhotbah tetapi untuk membantu orang keluar dari pengisap wang ini. hubungi syarikat (Dailypayloan@yahoo.com) Jika anda berminat untuk mendapatkan pinjaman, atau anda menghantar saya e-mel peribadi (zaradam@yahoo.com). Satu perkataan cukup untuk orang bijak

    BalasPadam