Utusan Malaysia
21/3/2015
ABDUL FATTAH ABDULLAH (berdiri, tengah) dan Azih Muda (berdiri, empat dari kiri) bersama sebahagian penerima bantuan bencana banjir di Dewan Sri Mentakab, Temerloh, semalam.

TEMERLOH
21 Mac - Sebanyak 600 unit rumah bercampur dilengkapi kemudahan
perabot dan insurans akan dibina di sekitar Putrajaya bagi membantu
penjawat awam memiliki rumah di kawasan pusat pentadbiran negara itu.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan
Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, projek
perumahan menerusi kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu bertujuan membantu kakitangan awam
mendapat pembelaan sewajarnya, khususnya dalam bidang ekonomi dan
pemilikan rumah.
Beliau berkata, satu mesyuarat khas bersama-sama pemaju akan diadakan pada awal bulan depan bagi membincangkan prosedur pelaksanaan projek tersebut yang dijangka memberi faedah kepada semua lapisan penjawat awam.
“Rumah yang dibina dijual kepada penjawat awam dengan mengambil kira harga berpatutan dan mampu dibayar. Projek perumahan ini merupakan satu langkah murni untuk membantu mereka yang dihimpit dengan isu harga barangan dan perkhidmatan,” katanya dalam majlis Penyampaian Bantuan Bencana Banjir 2015 kepada 430 keluarga anjuran Angkasa dan CUEPACS di Dewan Sri Mentakab di sini hari ini.
Yang hadir sama, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda.
Dalam pada itu, Abdul Fattah menggesa kerajaan memansuhkan syarat lesen pemajuan perumahan yang dikenakan kepada pemaju termasuk koperasi sebanyak RM300,000 hingga RM500,000.
Menurutnya, syarat yang dikenakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menjadi penghalang kepada koperasi untuk melaksanakan projek perumahan untuk rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau meminta kerajaan-kerajaan negeri memberi kelonggaran seperti premium rendah kepada mana-mana koperasi yang berhajat melaksanakan projek perumahan.
“Ini kerana projek perumahan yang dilaksanakan koperasi adalah untuk dijual kepada ahli dengan harga lebih rendah berbanding yang ditawarkan swasta,” katanya.
Beliau turut menggesa koperasi-koperasi kecil bergabung menjadi satu entiti, sekali gus berkeupayaan melaksanakan projek berskala besar seperti perumahan.
Menurutnya lagi, Angkasa juga merancang membangunkan beberapa bidang tanah miliknya di beberapa negeri untuk dijadikan projek perumahan bagi menampung permintaan tinggi penjawat awam.
“Pada masa sama, kami akan memohon tanah kosong kerajaan negeri yang sesuai untuk dibangunkan dengan projek perumahan kerana masih ramai penjawat awam tidak memiliki tanah sendiri,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan