13 Jun 2015

CUEPACS GESA KERAJAAN SEGERA UMUM KENAIKAN GAJI DAN BONUS


Bernama
12/6/2015




Datuk Azih Muda
KUCHING, 12 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu supaya kerajaan segera mengumumkan kenaikan gaji untuk penjawat awam.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata kenaikan itu mestilah lebih baik memandangkan pekerja dalam sektor awam di negara ini berhadapan dengan cabaran kos sara hidup yang masih jauh jurangnya dengan kadar upah yang diterima.

"Penjawat awam kini tertanya-tanya bila lagi kerajaan akan mengumumkan kenaikan gaji, bulan puasa ini ada atau tidak ada bonus.

"Inilah masa yang terbaik untuk kerajaan umumkan kenaikan gaji, elaun, elaun wilayah serta penambahbaikan 252 skim gaji dan elaun penjawat awam bagi mengurangkan bebanan mereka dalam keadaan ekonomi tidak menentu kini," katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan Hari Pekerja 2015 dan Malam Mesra Hari Gawai 2015 di sini, malam tadi.

Beliau berkata walaupun keadaan kewangan negara kurang stabil ketika ini tetapi ia bukan alasan untuk kerajaan tidak mengumumkan kenaikan gaji kepada penjawat awam yang telah menunjukkan komitmen dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Azih berkata kepimpinan Cuepacs akan terus memperjuangkan hak dan kebajikan penjawat awam di negara ini.

-- BERNAMA

5 ulasan:

  1. memang benar apa yang dikatakan oleh Presiden Cuepacs,saya sangat bersetuju kenaikan gaji serta elaun elaun diumumkan pada rabu ini 17 Jun 2015 seperti mana pihak atasan dalam kerajaan membuat kenyataan sempena hasil GST.

    Penjawat awam terutama pelaksana 1 dan 2 sangat sangat mengharapkan kenaikan tersebut kerana golongan ini juga tulang belakang kerajaan dan memberi sepenuh sokongan terhadap kepimpinan PM.

    Kita harap PM terus menerajui Malaysia tercinta ini,kita juga harap PM umumkan kenaikan gaji rm1200 serta berikan anjakan gaji kepada yang sedang berkhidmat.

    Sebagai contoh : jika N11 GAJI POKOK BAHARU RM1200 berbanding sebelumnya iaitu rm 850 MAKA anjakan gaji kepada yang sedang berkhidmat adalah rm350 sangat wajar diberikan.Inilah adil bagi yang sedang berkhidmat.

    Golongan ini juga merupakan tulang belakang kerajaan dalam mempercepatkan proses urusan kerajaan kepada agama,masyarakat dan negara.

    Kerajaan juga tidak wajar jika isu ini tidak diberikan perhatian kerana golongan ini banyak mempertahankan kerajaan dalam pelbagai isu yang ditimbulkan pembangkang.
    Justeru,besar harapan golongan pelaksana 1 dan 2 untuk mendengar berita baik dari PM selaku pemerintah Malaysia untuk umumkan kenaikan gaji dan elaun elaun seperti elaun rumah,elaun khidmat awam,elaun sara hidup pada 17 Jun 2015 rabu ini.

    BalasPadam
  2. lynn fynn

    jika ada kenaikan gaji atau apa2 saje yg berbentuk ganjaran amatlah di alu-alukan.

    BalasPadam
  3. Asalam.. buat Azih muda dan pemimpin cuepacs lainnya, rakyat sedia maklum bonus penjawat awam adalah bantuan hari raya RM500 dan naik persekolahan RM500, tiada 1bulan atau 2 bulan bonus, 252 skim gaji dan semakan gaji masih dalam kajian, elaun pun dalam kajian. Apa yang penjawat awam boleh harapkan dari seluruh kepimpinan cuepacs hanya masa menentukan. Semua isu tersebut najib akan katakan ia akan dibentangkan di dalam bajet 2016. Jadi tunggulah masa menentukannya. Yang tidak menunggu masa adalah kos sara hidup, semakin hari semakin meningkat..

    BalasPadam
  4. macam mana la masa depan anak-anak kita pada masa akan datang....semua kos sara hidup semakin meningkat. kakitangan kerajaan dan swasta masih tak mampu untuk membeli rumah.

    BalasPadam
  5. apa boleh buat kepada pejawat pelaksana 1 dan 2 cuma diumumkan kenaikan elaun rumah saja nasib badan nampakya.. PM tak respon langsung tentang presiden cuapacas yang mencadangkan agar gaji N11 dinaikan ke RM1200.mungkin presiden tak da powar macam datu Omar dulu J17 boleh jadi J29 amat ketara sekali nampaknya.

    BalasPadam