26 Jun 2015

CUEPACS HANTAR MEMORANDUM BANTAH BEKU AMBIL KAKITANGAN BAHARU



Bernama
25/6/2015


KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menghantar memorandum bantahan terhadap cadangan pembekuan pengambilan kakitangan dan pewujudan jawatan baharu dalam sektor awam dalam masa terdekat.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata tindakan itu perlu kerana cadangan kerajaan itu dikhuatiri akan memberi kesan besar terhadap graduan universiti yang baharu menamatkan pelajaran selain menambah masalah kekurangan kakitangan yang berkhidmat dalam sesuatu sektor.

"Penjawat awam negara ini tidak seperti negara-negara lain yang mengkelaskan perkhidmatan wajib iaitu pendidikan, tentera, polis dan kesihatan di luar sektor awam.

"Di negara ini, kita campur semua sekali, sebab itu dilihat ramai. Tetapi (hakikatnya) kalau kita pergi sesuatu tempat (sektor perkhidmatan awam), ada yang mengadu, sana tak cukup kakitangan, sini tak cukup kakitangan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kongres CUEPACS di Kuala Lumpur, Khamis.

Azih berkata jumlah penjawat awam negara ini hanya kira-kira 500,000 sahaja.

Kerajaan sebelum ini telah mengeluarkan arahan pembekuan pengambilan kakitangan dan pewujudan jawatan baharu bagi semua kementerian, jabatan dan agensi berkuat kuasa 22 April lepas.

Bagaimanapun, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam sebelum ini dilaporkan berkata jawatan kritikal dalam kerajaan masih terbuka kepada pengambilan baharu.

Dalam pada itu, Azih mengulangi gesaan supaya kerajaan mempercepat penambahbaikan terhadap 252 skim perkhidmatan awam seperti yang diluluskan dalam Bajet 2015.

Kerajaan, katanya diharap segera mempertimbangkan skim itu bagi memastikan ia tidak melewati Bajet 2016 yang dijangka dibentangkan pada Oktober tahun ini.

"Kalau dimasukkan perbentangan bajet akan datang, bermakna ia untuk tahun 2016, sedangkan kami nakkan pelaksanaan penambahbaikan kepada 252 skim ini dikuat kuasa mulai Januari 2015.

"Kami bimbang kerana ramai penjawat awam yang mungkin bersara tanpa merasai perubahan dalam skim perkhidmatan mereka," katanya.

Azih berkata antara kandungan 252 skim tersebut adalah berkaitan kemajuan kerjaya dan pembangunan dalam skim perkhidmatan yang antara lain menetapkan bahawa tidak ada lagi gaji di bawah paras kemiskinan.

--BERNAMA

3 ulasan:

  1. Salam kepada pihak Ceupacs, saya berharapkan supaya pihak Jabatan Perkhidmatan awam dapat menghentikan pembekuan dalam pengambilan baru kakitangan awam dalam tahun ini juga. Ini kerana menyebabkan pengganguran yang tinggi kerana graduan yang telah menamatkan pengajian tidak dapat berkhidmat dengan sektor awam. Isu yang paling serius adalah memberi bebanan kerja kepada kakitangan awam yang lain.Contohnya jika Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 telah dinaikkan pangkat ke gred N32 maka pihak Jabatan Perkhidmatan Awam akan membiarkan jawatan penolong pegawai tadbir N27 kosong tanpa pengganti, ini kerana dengan dasar baru kerajaan yang membuat pembekuan dalam pengambilan penjawat awam. Dengan secara tidak langsung telah memberi bebanan dan tekanan kerja di dalam sesebuah kementerian atau jabatan, serta memberikan suasana tempat kerja yang tidak selesa. Saya berharap pihak CUEPACS dapat memperjuangkan nasib penjawat awam mengenai isu ini dan menggesa pihak Jabatan Perkhidmatan Awam mengisi kekosongan jawatan dengan penganti yang lain dan tidak dibiarkan kosong sehingga berbulan-bulan. Segala perhatian dari pihak Cuepacs saya ucapkan ribuan terima kasih.

    BalasPadam
  2. pembekuan seperti tahun 2011 dahulu juga menyebabkan kakitangan kumpulan pelaksana yang mempunyai kelulusan lebih tinggi seperti diploma/sarjana muda/sarjana mahupun kpsl gigit jari lagi kerana langsung tiada sebarang temuduga dibuat untuk mereka. apabila pembekuan dimansuhkan, spa akan menyambung proses temuduga dimana "fresh graduate" yang diberi perhatian. maka gigit jari lagi golongan pelaksana yang mempunyai kelulusan/kpsl tersebut. entah sampai bila mereka ini dapat diberikan laluan ke peringkat lebih tinggi, tak tahulah.

    BalasPadam
  3. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4 angka 3696 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
    juta, wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..







    Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
    anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
    butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))






    KLIK DISINI 2D-3D-4D-5D-6D-




    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



    angka GHOIB; malaysia



    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



    angka GHOIB; laos











    BalasPadam