My Metro
19/8/2015
19/8/2015
Kuala Lumpur: Kerajaan diminta mengecualikan bayaran Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) terhadap barangan keperluan utama empat kumpulan
sasar bagi membantu meringankan beban kewangan mereka. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata, empat kumpulan terbabit iaitu
kanak-kanak, orang tua, orang kurang upaya (OKU) dan golongan miskin
kini hidup tertekan sejak cukai berkenaan dilaksanakan 1 April lalu.
Kata beliau, peningkatan harga barangan terutama makanan akibat
pelaksanaan GST jelas menambah beban golongan yang berpendapatan rendah
kerana ia turut menyebabkan kenaikan kos sara hidup. Katanya, CUEPACS tidak mahu rakyat yang kurang berkemampuan
menganggap kerajaan tidak prihatin dengan nasib mereka memandangkan
keadaan ekonomi hari ini jelas membebankan kehidupan masyarakat.“Sebagai contoh, dulu harga susu untuk anak mereka mungkin sekitar RM10 saja, tetapi kini selepas GST, ia menjadi RM10.60.
“Perbezaan harga itu mungkin perkara kecil bagi golongan bergaji
tinggi, tetapi ia nyata membebankan kumpulan berpendapatan rendah
terutama empat golongan sasar ini.“Kita tidak menolak pelaksanaan skim cukai ini, tetapi meminta
kerajaan supaya menyemak semula pelaksanaan GST dalam pembentangan bajet
Oktober nanti supaya keperluan utama untuk empat kumpulan ini dapat
diberi pengecualian,” katanya pada sidang media, semalam.
Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.
BalasPadamminta blogger bertindak tegas terhadap "bapak rahmat bastian" yang memuat naik komen menjurus kepada terpesongnya akidah orang Islam.Tak seharusnya blogger membiarkan komen tersebut terus dibaca orang lain dan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.Saya mencadangkan blogger dapat mengalihkan komen tersebut supaya tidak dapat dibaca oleh pengguna lain demi kebaikan bersama.Saya juga berharap pihak blogger sentiasa memantau komen-komen yang dibuat luar dari tajuk dan segera dialihkan kerana memandangkan pautan ini sentiasa di baca oleh semua lapisan masyarakat.Andainya blogger bertindakan dari sekarang,saya berkeyakinan komen-komen negetif atau bersifat kekhurafan tidak timbul.Harap ambil makluman dan tindakan susulan.
BalasPadamKita menyokong segala usaha kerajaan untuk memantapkan ekonomi negara,bahkan kita bersetuju segala pelaksanaan kerajaan Malaysia.
BalasPadamNamun wajar diberikan perhatian atas tuntutan yang disuarakan oleh penjawat awam terutama pelaksana 1 dan 2 terhadap beberapa isu seperti GAJI MINIMA DARI RM900 KEPADA RM1200 serta ANJAKAN GAJI KEPADA YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM GRED SAMA.
Tingkatkan kadar elaun sara hidup,elaun khidmat awam seperti mana alasan yang diberikan oleh negeri negeri untuk wakil rakyat mereka iaitu sesuai masa kini.
Itu negeri,ini negara sudah tentu boleh diluluskan.Jika alasan ekonomi negara tidak stabil,mengapa Y.A.B PM dalam media mengatakan ekonomi negara kukuh dan mantap serta berada di landasan yang betul.
Justeru,kita sebagai penjawat awam golongan pelaksana 1 dan 2 sangat sangat mengharapkan ada kenaikan GAJI,ADA KENAIKAN ELAUN KHIDMAT AWAM,ADA KENAIKAN ELAUN SARA HIDUP DALAM PEMBENTANGAN BAJET 2016 PADA OKTOBER 2015.
Sesuai dengan segala kenaikan kos kehidupan masa kini.Kita bukan minta kereta,kad tol,kad minyak,kereta yang rosak untuk dibaiki oleh kerajaan,Penjawat Awam TERUTAMA PELAKSANA 1 DAN 2 HANYA MOHON DITINGKATKAN KENAIKAN GAJI SERTA ELAUN SARA HIDUP DAN JUGA ELAUN KHIDMAT AWAM.
Penjawat awam pelaksana 1 dan 2 juga penyumbang besar kepada meyakinkan masyarakat luar terhadap kerajaan.Adakah wajar pihak kerajaan mengabaikan pelaksana 1 dan 2 begitu sahaja ??
Sebab penjawat awam pelaksana 1 dan 2 tak masuk tv,jadi pihak tertentu tidak nampak.Tapi yakinlah,sokongan yang berterusan terhadap kerajaan sekarang adalah penyumbang terbesar oleh penjawat awam pelaksana 1 dan 2.