Bernama
9/10/2015
9/10/2015
KOTA KINABALU, 9 Okt (Bernama) -- Pembangunan di Sabah sukar
direalisasi tanpa sokongan, komitmen dan kerjasama penjawat awam, kata
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Beliau berkata sokongan dan kerjasama penjawat awam adalah penting dalam memastikan semua pelan pembangunan yang direncanakan kerajaan khusus di Sabah dapat berjalan lancar sekali gus direalisasikan dengan jaya demi memenuhi kehendak serta keperluan rakyat.
Sehubungan itu beliau mengajak semua penjawat awam untuk terus memperkukuh semangat perpaduan, kekitaan dan setiakawan, serta jangan sekali kali menerapkan sikap kenegerian dan kesukuan yang mampu melunturkan tujuan murni untuk membangunkan negara secara lebih efisien.
"Saya tidak mampu membangunkan Sabah secara seorang diri, tetapi saya amat memerlukan kerjasama dan sokongan daripada semua penjawat awam untuk bersama-sama membangunkan negeri ini.
"Penjawat awam yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya juga harus meneruskan persefahaman, saling hormat menghormati dan bekerjasama antara satu sama lain kerana pada dasarnya kita mempunyai matlamat sama iaitu mahu membangunkan negara, negeri seterusnya membela rakyat," katanya ketika berucap merasmikan sambutan ulang tahun ke-50 Majlis Kebajikan dan Rekreasi Perkhidmatan Awam (MAKSAK) Sabah di sini, malam ini.
Musa berkata MAKSAK Sabah dilihat telah berjaya menjadikan sukan dan kebudayaan sebagai platform melahirkan penjawat awam yang sihat, cergas dan komited terhadap tugas diamanahkan.
Beliau berharap MAKSAK Sabah meningkatkan lagi komitmen dan iltizam untuk membawa majlis itu dengan lebih cemerlang selain menjadi landasan mengeratkan perpaduan penjawat awam melalui aktiviti sukan.
-- BERNAMA

Asalam... Isu kenaikan gaji penjawat awam sepatutnya sudah selesai sekian lamanya.. Dengan keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi perbelanjaannya telah memjadikan hidup penjawat awam semakin terhimpit Sepatutnya penyelarasan gaji telah lama dilakukan dengan kenaikan 13% bagi gred 27-38, 25% bagi gred 11-26, begitu juga dengan kenaikan tahunan dinaikkan dari RM80 ke RM115, RM145 ke RM195. Kenaikan gred mesti dilakukan oleh kerajaan kerana gred golongan perlaksana puluhan tahun tidak dinaik tarafkan cth gred 17 dinaikkan ke gred 26, gred 27 dinaikkan ke gred 34, ia mesti dinaikkan ke satu gred yang lebih tinggi. Ramai penjawat awam yang gajinya telah sampai gaji mati (langgar tembok) tetapi perkhidmatan masih ada 10-12 tahun. Ini satu kerugian bagi penjawat awam yg berkhidmat tanpa kenaikan gaji tahunan, ia juga mempengaruhi pencen penjawat awam tersebut. Sistem time based bagi golongan perlaksana dimana kenaikan pangkat hanya memakan masa 6-7 tahun saja, bagi menghargai jasa penjawat awam tersebut. Kebelakangan ini pula kenaikan harga rumah mencapai 300% menyebabkan ribuan penjawat awam tidak mampu dan layak memiliki rumah kediaman untuk hari persaraan mereka. Ini amat mendukacitakan dan mengusarkan penjawat awam yg akan bersara beberapa tahun lagi. Ada juga penjawat awam yg bersara akan menjadi miskin tegar kerana jumlah pencen yg terlalu kecil. Ada sesetengah dari mereka terpaksa berkerja sebagai jaga, pemandu teksi, buruh am, perkerja hotel dan sebagainya bagi menyara keluarga. Cuepacs mesti bertindak secepatnya bagi mengatasi masalah penjawat awam, kebajikan penjawat awam mesti diutamakan supaya prestasi penjawat awam sentiasa cemerlang dan berfikiran kelas pertama. Cuepacs mesti mendesak agar kenaikan gred, gaji dan kebajikan penjawat awam diutamakan di dalam perbentangan bajet 2016 akhir bulan 10 nie...
BalasPadamwebmaster blog cuepacs ni seharusnya serius dalam menangani spammer seperti indon di atas. banyak kali topik yang dibuat, ada saja spammer ni. aku tak salahkan spammer ni kerana barangkali ini adalah script/bots. tapi aku salahkan webmaster yang buat kerja macam melepas batuk di tangga, sekadar post topik baru, lepastu blah macamtu je takda sebarang pemantauan.
BalasPadam