Sinar Harian
23/10/2015
KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia yakin peningkatan kadar gaji
minimum pekerja swasta dapat membantu menampung kos sara hidup golongan
pekerja di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Richard Riot percaya pengumuman kadar gaji baharu dalam Bajet 2016 juga tidak membebankan majikan dan industri.
"Penetapan kadar gaji minimum oleh kerajaan telah mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk wakil majikan dan pekerja melalui Majlis Perundingan Gaji Negara dan masyarakat awam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasca-Bajet di Menara Dato Onn di sini, malam ini.
Bajet 2016 menyatakan gaji minimum pekerja swasta di Semenanjung Malaysia dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 manakala untuk Sabah, Sarawak dan Labuan, ia naik kepada RM920 daripada RM800, bagi semua sektor kecuali perkhidmatan domestik atau pembantu rumah.
Beliau berkata, perluasan skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000 seperti yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 500,000 pekerja yang tidak diliputi sebelum ini.
Richard berkata, pelepasan cukai di bawah seksyen 49 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi caruman pekerja dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan insurans nyawa akan meningkatkan pendapatan boleh guna pekerja yang melibatkan
seramai 1.5 juta pekerja.
Beliau juga menyambut baik langkah memperuntukan 30 peratus daripada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia sebagai dana terkumpul bagi melaksanakan program latihan mengikut keperluan industri setempat di Sabah dan Sarawak, serta pusat bagi melatih semula pekerja yang telah diberhentikan. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan