Sinar Harian
16/12/2015
16/12/2015
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam
(Cuepacs) menuntut dua perkara daripada kerajaan dalam usaha menampung
masalah kenaikan kos sara hidup di negara ini.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, Cuepacs meminta agar kerajaan
campur tangan dalam kawalan harga dan menambah rumah mampu milik di
negara ini.“Kita minta supaya ada campur tangan kerajaan dalam kawalan harga. Kita
tidak mahu kawalan bermusim supaya barang keperluan utama dapat
dikawal.“Apa jua keadaan pun kerajaan perlu duduk kembali dan lihat dasar
supaya harga barang tidak naik lagi. Dulu kerajaan kata apabila kenakan
cukai barang dan perkhidmatan (GST), harga barang akan turun. Tetapi
hari ini tak semua turun. Rakyat terpaksa bayar harga yang sama dan
ditambah lagi dengan GST,” katanya.
Beliau berkata, Cuepacs sudah berulang kali memberi gambaran jelas
kepada kerajaan bahawa kos sara hidup yang terpaksa dihadapi sangat
tinggi bukan hanya kepada penjawat awam tetapi juga kepada pekerja
swas
ta.“Kos sara hidup ini bukan hanya sekadar makan minum, tetapi juga
tanggungan yang tidak mahu tidak terpaksa juga kita bayar seperti
utiliti, pengangkutan, pendidikan, makan minum, pembelian rumah,
logistik dan sebagainya.
“Hari ini kalau kita lihat di bandar utama, rakyat tertumpu kepada
pengangkutan awam untuk bergerak tetapi pengangkutan awam juga naik
harga yang akan turut menyusahkan pengguna. Hari ini, RM50 seperti tiada
nilai. Bila pergi pasar atau bawa keluarga untuk makan malam, RM50
tidak mencukupi,” katanya.
Menurutnya, peningkatan kos sara hidup juga menyebabkan rakyat tidak mampu membeli rumah walaupun rumah mampu milik.“Saya bimbang pada tahun mendatang, akan ada rakyat yang tidak mampu beli rumah walaupun rumah teres atau pangsapuri.“Jadi dalam hal perumahan, kerajaan perlu tambah sekali ganda lagi
rumah yang dibiayai kerajaan. Seperti yang diumumkan Perdana Menteri,
menjelang 2018, 100,000 rumah yang dibiayai kerajaan akan dibangunkan.
Bagi Cuepacs jumlah itu tidak mencukupi. Sepatutnya ada sehingga 300,000
hingga 500,000 rumah yang dibiayai kerajaan,” katanya.
Hari ni klau gaji x sampai rm2000 mana la mampu nk bli kereta..nk buat simpanan,jgn haraplah..silap hari bulan bila ajal menjemput,kain kapan sendiri pun xmmpu nk disediakan.kesiankanlah kat kmi yg bergred u11 ni..keciknya gaji kami ni smpai thp tengah bulan dh habis langsung duit dalam poket ni..smpai tahap bila bwk ank g kdai,anak mintak nk bli makanan ringan pun kena marah.sbb kami xmampu...kos hidup tinggi
BalasPadamHari ni klau gaji x sampai rm2000 mana la mampu nk bli kereta..nk buat simpanan,jgn haraplah..silap hari bulan bila ajal menjemput,kain kapan sendiri pun xmmpu nk disediakan.kesiankanlah kat kmi yg bergred u11 ni..keciknya gaji kami ni smpai thp tengah bulan dh habis langsung duit dalam poket ni..smpai tahap bila bwk ank g kdai,anak mintak nk bli makanan ringan pun kena marah.sbb kami xmampu...kos hidup tinggi
BalasPadam