Utusan Malaysia
22/12/2015
KUALA
LUMPUR 22 Dis. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan
Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya kerajaan mendaftarkan harga semua
barangan keperluan dan perkhidmatan bermula dari yang asas sehingga ke
sektor perumahan.
Katanya, langkah tersebut juga mampu mengawal harga semua barangan daripada dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja mengaut keuntungan dalam keadaan ekonomi kini yang tidak menentu.“Kerajaan boleh mandaftarkan semua harga barangan dari sekecil-kecil produk seperti bawang sehinggalah penetapan harga rumah.
“Bila sudah didaftarkan, maka pemain-pemain industri tidak boleh menaikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya,” katanyan dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan CUEPACS, di sini hari ini.Mengulas lanjut, Azih menyatakan bahawa status negara maju yang akan dicapai pada 2020 tidak akan memberi makna jika rakyat masih dibelenggu masalah pemilikan rumah.
“Apalah guna kalau Malaysia jadi negara maju kalau rakyatnya masih merempat tidak mampu beli rumah sendiri? Boleh saya rumuskan, kehidupan penjawat awam sepanjang 2015 ibarat kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan