Sinar Harian
23/12/2015
23/12/2015
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam
(Cuepacs) mungkin akan menarik balik kebenaran kepada Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) membuat pemotongan gaji untuk
kakitangan awam, sekiranya agensi itu masih melaksanakan pemotongan
maksimum.
Presiden Cuecpacs, Datuk Azih Muda melahirkan kekesalannya apabila ada
kakitangan awam yang dipotong gaji pada kadar maksimum yang disifatkan
sebagai tidak wajar.
"Ada slip gaji kakitangan awam yang tinggal sampai RM19, nak makan apa nanti? Gunakanlah kuasa sebaik-baiknya."Cuepacs juga mengingatkan, kami tidak akan teragak-agak untuk menarik
balik keputusan benarkan penjawat awam potong gaji mereka untuk bayar
PTPTN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat
Cuepacs 2015, semalam.
Azih turut mengingatkan PTPTN agar lebih bertimbang rasa terhadap
kakitangan awam dalam melaksanakan pemotongan gaji agar kakitangan awam
tidak terbeban dalam aspek kewangan.
Menurutnya lagi, isu PTPTN adalah antara empat perkara yang menekan
kehidupan kakitangan awam pada masa kini selain isu kenaikan kos sara
hidup.Berkaitan kos sara hidup, Azih menggesa Kementerian Perdagangan,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) campur tangan secara serius dalam isu
kenaikan harga barangan, terutamanya barangan dan perkhidmatan yang
telah diberi pengecualian daripada dikenakan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST).
"Kami (Cuepacs) rasa kesal kerana kenaikan harga barang yang sepatutnya 0 peratus dalam GST, telah dinaikkan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan