Sinar Harian
29/12/2015
29/12/2015
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(Cuepacs) menegaskan seseorang yang berpendapatan tinggi atau rendah
wajib melunaskan pinjaman pelajaran mengikut kemampuan masing-masing.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, gaji seseorang itu tidak boleh
diambil kira sebagai syarat untuk melunaskan hutang kerana dana itu
diperlukan untuk membantu orang lain.
"Dalam Islam, hutang wajib dibayar. Kita tak bersetuju bila gaji
RM4,000 baru nak bayar, hutang kena bayar, bila ada kemampuan membayar,
dia kena bayar.
"Kalau tiada kemampuan, pergi berunding (dengan PTPTN) tak boleh kata
tiada kemampuan, jadi orang tak marah," katanya kepada Sinar Online,
hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bayar PTPTN jika gaji cecah RM4,000]
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang
menggesa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meminda
semula peraturan pembayaran pinjamannya jika peminjam memperolehi gaji
sebelum cukai RM4,000 sebulan.Naib Presiden PKR itu berkata, kelonggaran tersebut perlu diberikan
dengan syarat peminjam mengemaskini butiran pekerjaan dan gaji yang
disahkan oleh majikan setiap enam bulan.
Dalam pada itu, Azih juga menegaskan PTPTN perlu rasional dalam membuat potongan gaji dalam akaun setiap peminjamnya.Katanya lagi, jika ia berterusan, PTPTN hanya menambah beban peminjam hingga boleh mengundang masalah lain."Kalau tiap-tiap bulan potong maksimum, orang nak makan apa, kita tak nak masalah baru."(Nanti) wujud masalah lain seperti pengangguran, salah guna kuasa dan pelbagai cara untuk mereka tangani bebanan sara hidup.
"PTPTN kenalah adil dan bertimbang rasa, walaupun mandatori, tapi
jangalah potong semua (pinjaman termasuk tunggakan)," katanya lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan