Berita Hariana
Oleh Wan Kemat bhnews@bh.com.my
Oleh Wan Kemat bhnews@bh.com.my
2/1/2016
TEMERLOH: Angkatan Koperasi Malaysia Bhd (ANGKASA) dan Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sudah menubuhkan jawatankuasa kebajikan bersama untuk melaksanakan projek hartanah bagi penjawat awam. Penubuhan jawatankuasa itu bakal merealisasikan impian lebih ramai penjawat awam memiliki kediaman sendiri.
Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata sebagai permulaan pihaknya dan CUEPACS merancang untuk melaksanakan beberapa projek pembinaan rumah di kawasan sekitar Putrajaya tidak lama lagi. "Lokasi projek itu sudah dikenal pasti dan setakat ini ANGKASA dan CUEPACS sudah mengadakan beberapa siri perbincangan untuk memuktamadkan harga rumah yang akan ditawarkan kepada penjawat awam yang belum memiliki kediaman sendiri.
"Selain di Putrajaya, kita tidak ada masalah untuk melaksanakan projek seumpama itu di lokasi lain kerana kita mempunyai tanah seluas kira-kira 1,200 hektar yang dimiliki 20 koperasi bernaung di bawah ANGKASA," katanya ketika ditemui, hari ini. Abdul Fattah berkata, pihaknya akan mengadakan rundingan lanjut dengan 20 koperasi itu dan selepas persetujuan diperoleh, kawasan terbabit akan dibangunkan dengan projek perumahan serta projek sampingan lain yang boleh menjana pendapatan kepada koperasi berkenaan. PRESIDEN ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdulah. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Mmg sangat bagus cadangan ini,harap ianya mudah bagi kakitangan peringkat bawahan.cadangan saya tambahkan perumahan berharga rm 75k kebawah.
BalasPadamMohon buatlh juga projek perumahan ceupac ini terutama kpd golongan brpendapatan sederhana penjwat awam di kota k8nabalu sabah. Klu stakat setakat pendapatan 10k sj skrg ini dgn anak 3-4 org mmang tk mampu beli rumah teres pun di kota kinabalu sabah
BalasPadam