24 Februari 2016

TUJUH BBDS PERLU PERCEPAT LAKSANA EMPAT FAEDAH DAN SARAAN KERAJAAN

Bernama
23/2/2015


LANGKAWI, 23 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta pengurusan tujuh buah Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan (BBDS) untuk mempercepatkan pelaksanaan empat faedah dan saraan pekerjaan yang telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiga tahun lepas.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata empat perkara itu adalah pemberian pencen, penyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pemberian Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan pemberian sagu hati tamat perkhidmatan.

Katanya tujuh badan berkanun yang terlibat yang masih belum melaksanakan perkara itu adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), KWSP, Lembaga Tabung Haji dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat).

"Cuepacs merakamkan rasa dukacita kerana sehingga hari ini, arahan dan keputusan kerajaan ini belum lagi dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Gabungan Kesatuan Sekerja BBDS di sini hari ini.

Menurutnya kegagalan pelaksanaan saraan-saraan itu menimbulkan persoalan dalam kalangan anggota kesatuan sekerja itu sama ada pihak pengurusan mereka enggan akur dengan keputusan kerajaan seperti yang diumumkan oleh Najib.

Azih berkata pengumuman tentang saraan-saraan itu telah dibuat Najib semasa Perhimpunan Perdana BBDS bersama Perdana Menteri yang telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 25 Mac 2013.

Katanya selepas pengumuman itu, perwakilan Kesatuan Sekerja BBDS telah beberapa kali membuat pertemuan susulan dengan pihak pengurusan badan-badan berkanun yang terlibat namun usaha mereka untuk mendapatkan apa yang dituntut itu tidak dapat dicapai sehingga ke hari ini.

Menurutnya Cuepacs bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Najib dalam tempoh terdekat ini untuk meminta campur tangan beliau bagi menyelesaikan perkara ini.

"Cuepacs bimbang kalau keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan tidak dilaksanakan oleh agensi ini, akhirnya mereka (pekerja) akan hilang kepercayaan kepada kerajaan. Kita nak kerajaan bertindak dalam masa yang segera, kalau boleh menjelang pertengahan 2016 ini, isu ini dapat diselesaikan," katanya.

Beliau berkata faedah dan saraan ini merupakan isu utama yang dibincangkan di dalam konvensyen itu yang dianjurkan oleh gabungan kesatuan sekerja yang mewakili kira-kira 50,000

1 ulasan:

  1. BBDS yang kamu kalutkan. Mereka2 itu dh dpt byk faedah sepanjang hayat! Bonus tiap2 tahun minimum 2 bulan, kemudahan hospital swasta dll. Nasib PA yg terkontang kanting ni kamu buat tak endah! Hilang kepercayaa pada kerajaan? Ada buat kajian tak berapa ramai PA yg dh hilang kepercayaan pada kerajaan??? Sepatutnya nasib PA ni yg perlu diberi perhatian! Gaji dh berapa tahun x de kenaikkan, sistem kenaikkan pangkat yg lembap, sistem penilaian ganti PTK pun entah kemana... yg dok meraban hak lain tu buat apa??? BINGAI....

    BalasPadam