Bernama19/4/2016
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Pembantu Tadbir Jabatan Akauntan Negara dijatuhi hukuman penjara berjumlah 58 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas 29 pertuduhan memalsukan dokumen cagaran berharga berjumlah RM918,811.25.
Hakim Azman Ahmad menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan itu terhadap Rosinah Haron, 56, yang merupakan seorang ibu tunggal, dan memerintahkannya menjalani hukuman dua tahun itu serentak bermula hari ini.
Beliau juga memerintahkan keluarga tertuduh membayar kos pendakwaan sebanyak RM6,000, dan sekiranya gagal berbuat demikian, dia akan dipenjarakan enam bulan.
Hakim itu turut menasihatkan Rosinah supaya insaf dengan perbuatannya, mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan tidak mengulangi perbuatan itu pada masa depan.
Bagi kesemua pertuduhan itu, Rosinah didakwa memalsukan suatu dokumen yang merupakan cagaran berharga iaitu baucer bayaran berjumlah RM918,811.25 antara 27 Ogos 2008 hingga 21 Dis 2010.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Jabatan Akauntan Negara, Tingkat 42, Menara Maybank di sini mengikut Seksyen 467 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.
Mengikut fakta kes, tertuduh ditugaskan untuk membuat baucer bayaran kepada pemohon untuk bayaran balik wang tidak dituntut (WTD).
Pada 3 Mac 2011, bahagian pengurusan amanah dan sekuriti Jabatan Akauntan Negara telah menerima permohonan tuntutan WTD daripada Rahmah Mustafar dan penyedia baucer yang memasuk maklumat kad pengenalan pemohon mendapati ia wujud dalam sistem bayaran tetapi atas nama yang berbeza daripada nama pemohon.
Semakan seterusnya juga menunjukkan satu baucer bayaran bertarikh 16 Julai 2009 atas nama Zabidah Ali berjumlah RM40,000 diwujudkan oleh penyedia baucer bernombor 600214105784 milik tertuduh.
Lanjutan daripada beberapa semakan yang dilakukan oleh Timbalan Pengarah di Seksyen Pengurusan Amanah, Jabatan Akauntan Negara mendapati 29 baucer bayaran WTD telah dibuat dan dipalsukan tertuduh dengan kesemua 29 permohonan itu menggunakan nama orang lain tetapi bayarannya dimasukkan ke akaun tertuduh dan anggota keluarganya.
Semasa memalsukan kesemua baucer bayaran itu, tertuduh juga menggunakan nama-nama individu dan syarikat-syarikat sebagai pemohon, bagaimanapun siasatan mendapati syarikat-syarikat terbabit tidak membuat permohonan bayaran balik WTD.
Terdahulu, Rosinah yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah supaya menjatuhkan hukuman ringan memandangkan dia penanggung tunggal keluarganya dan perlu menjaga kedua ibu bapa yang uzur.
Ibu seorang anak perempuan itu berkata dia insaf dan menyesal dengan perbuatannya malah, sepanjang 30 tahun berkhidmat di Jabatan Akuantan Negara, dia tidak pernah disabitkan dengan kesalahan sebelum ini.
Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan dilakukan agar dapat dijadikan pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.
"Ini merupakan kesalahan serius dan berat lebih-lebih lagi ia dilakukan oleh seorang penjawat awam yang diberi amanah...hukuman yang diberikan perlu mengambil kira faktor kepentingan awam dan bukan kepentingan peribadi tertuduh," katanya.
Menurutnya kesalahan yang dilakukan tertuduh juga boleh menjejaskan kredibiliti jabatan serta membawa kerugian kepada kerajaan.
-- BERNAMA

sepatutnya orang sebegini diambil oleh agensi tertentu untuk membantu menyelesaikan masalah jenayah kolar putih. ya, beliau memang bersalah dan perlu dihukum, tetapi "pengetahuan" yang dia ada tidak patut diketepikan begitu sahaja. elok mengambil iktibar dan ilmu dari penjenayah untuk digunakan bagi memperbaiki sesuatu organisasi, daripada mengambil graduan baru yang kononnya nampak baik, jujur, ikhlas, amanah disebabkan perwatakan mereka yang hipokrit ketika sesi temuduga ditambah dengan angka cgpa yang berjaya mengabui mata panel penemuduga yang hebat-hebat itu.
BalasPadamSetuju digunakan PA ini utk bongkar lebih banyak penyelewengan di dalam jabatan dan agensi kerajaan
BalasPadammemasuki perkhidmatan awam boleh dijadikan lubuk mengumpul kekayaan secara peribadi..bagi yang tamak, pentingkan diri sendiri,lebih lebih lagi kaki tangan yang tidak jujur yang terlibat dengan mengurus aset aset kerajaan..kerana pepatah ada berkata "harapkan pagar, pagarlah memakan padi..." sebagai renungan sahaja!!! dan pendapat sy sdri.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsaya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI SOLEH JAFFAR dan dia memberikan nomor AKI SOLEH JAFFAR,dia bilan kepada saya kalau AKI SOLEH JAFFAR bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI SOLEH JAFFAR dan dengan senan hati AKI SOLEH JAFFAR ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH JAFFAR,di 0853---> 7778 ---> 3331 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI SOLEH JAFFAR, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
BalasPadamKLIK DISINI 4d 5d 6d
saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI SOLEH JAFFAR dan dia memberikan nomor AKI SOLEH JAFFAR,dia bilan kepada saya kalau AKI SOLEH JAFFAR bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI dan dengan senan hati AKI SOLEH JAFFAR ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH JAFFAR,di 0853---> 7778 ---> 3331 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI SOLEH JAFFAR, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
KLIK DISINI 4d 5d 6d