04 Jun 2016

KERAJAAN BELUM PUTUSKAN IMBUHAN PENJAWAT AWAM MENJELANG AIDILFITRI

Bernama
4/6/2016


PASIR PUTEH, 4 Jun (Bernama) -- Kerajaan belum membuat keputusan berhubung imbuhan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sebagai persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri awal Julai depan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata kerajaan sedang meneliti pelbagai aspek terutama kedudukan kewangan sebelum membuat keputusan mengenainya.

"Sehingga hari ini tiada sebarang keputusan dibuat (berhubung pemberian imbuhan kepada kakitangan awam dan pesara)," katanya kepada pemberita pada majlis Program Transformasi Komuniti Bergerak Orang Kampung Selising yang dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri Selising, Zulkifli Ali di sini, Sabtu.

49 ulasan:

  1. dulu kata apabila GST dilaksanakan mudahlah untuk memenuhi segala tuntutan penjawat awam,tapi sekarang masih lagi beralasan ke ?

    sewajarnya tidak perlu beralasan lagi kerana pemberian ini jangan libatkan badan berkanun.Untuk penjimatan jangan libatkan badan berkanun.Badan berkanun urus sendiri hal bonus dan gaji malah lebih tinggi.

    Kalu tak bagi sebulan gaji pun,sumbanglah rm1000 sama rata kepada penjawat awam sahaja tidak termasuk badan berkanun ( untuk jimat ).

    Harga barangan bukannya rendah,sesuai la rm1000 tu masa kini.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. ARRR BIJAKKK....X PUN... UMUMKAN KAT PRU KUALA KANGSAR

    BalasPadam
  4. Dah tau raya rakyat nak guna bayak duit
    Tapi x de apa apa perancangan emmmm...

    BalasPadam
  5. Bila Cuepacs nk jumpa PM ni? Sejak jd PM... asyik bg bantuan raya RM500 saja apa cerita? Gebang sana sini ekonomi meningkat la... terbaik di Asia la. Bila bab kebajikan rakyat... haramm! Dulu xde gst bantuan RM500 ni dh ada gst takan sebulan gaji pun kemut! Tunggu Sgor umum 1 bln bonus... melingkup la BN kt PRK Sg Besar nnt!!!

    BalasPadam
  6. Akhirnya dikata perlu bersyukur...krjaan dh bagi 2 knaikan gaji tahun ni..PGT 2016 + 1 hadiah KGT...pemberian ini melebihi ape yg Penang dan Selangor beri...maka mengigit jari lah kita anak beranak...

    BalasPadam
  7. APA boleh buat nasib badan .....

    BalasPadam
  8. kasi duit raya rm500 yeaaaaaaaa....nk beli baju raya 15hb ni kikikikiki.....ni bukan mintak...kalau rasa nk bagi tu bagi je ler...tanda kesian pd kakitangan awam....

    BalasPadam
  9. Kerajaan patut bersyukur kerana guna wang rakyat dari hasil kutipan cukai GST untuk bayar hutang 1MDB yang membolehkan negara muflis...tetapi apa yang kerajaan pimpinan najib beri kepada rakyat dari hasil kutipan cukai GST tu...setakat ini tak ada apa apa perancangan untuk rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan ckp kerjaan guna duit tu byr hutang.jadi dah habis la.hahahaha..tgu gst kutip plak la..hehe.hidup PM

      Padam
  10. Kita patut bersyukur apa kita dapat. Tapi kita jangan risau bkt untuk raya nie, kita akan dapat. Pm x akan lupakan rakyatnya, brim untuk peringkat kedua dah dapat nanti bkk pulak. Rezeki bulan ramadhan.

    BalasPadam
  11. Kita patut bersyukur apa kita dapat. Tapi kita jangan risau bkt untuk raya nie, kita akan dapat. Pm x akan lupakan rakyatnya, brim untuk peringkat kedua dah dapat nanti bkk pulak. Rezeki bulan ramadhan.

    BalasPadam
  12. Baru 2 hari puasa... org ramai dh mengeluh harga ayam naik! Penang dh umum 3/4 gaji bonus raya masuk 24hb ni...

    BalasPadam
  13. Sultan pun dh tegur... pendapatan rakyat tak seimbang dgn kos sara hidup! So ki ingat 2 kenaikkan bulan Julai ni cukup? PM yg berhati perut akan selesaikan masalah rakyat... yg buta perut saja akan buat2 tak tahu!

    BalasPadam
  14. Harap kerajaan faham dan lakukan yang terbaik utk penjawat awam iaitu bonus satu bulan

    BalasPadam
  15. baru masuk berita..rm500..haha..hasil kutipan gst..13.6.2016 masuk...

    BalasPadam
  16. baru masuk berita..rm500..haha..hasil kutipan gst..13.6.2016 masuk...

    BalasPadam
  17. baru masuk berita..rm500..haha..hasil kutipan gst..13.6.2016 masuk...

    BalasPadam
  18. baru masuk berita..rm500..haha..hasil kutipan gst..13.6.2016 masuk...

    BalasPadam
  19. Ini kali lah BN.....tunggu PRU akan datang....mintak bonus terus keluar statement hutang negara....taktik laput dah...

    BalasPadam
  20. Hahaha... cuepacs apa macam???? Akur... akurr... akurrrrrrr... pungkurrrr!!!

    BalasPadam
  21. KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. "Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion. "Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata perdana menteri.
    Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion. - BERNAMA

    Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/162189?m=1


    Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/162189?m=1

    BalasPadam
  22. Bantuan Rakyat Kakitangan Awam 1Malaysia (BRKA1M) Rm500

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak adenye Bonus....hanye Bantuan BRKA1M......

      Padam
    2. Kena buat pinjaman bank le nampaknye

      Padam
  23. Asyik2 dapat RM500 je.kos hidup dah lah tinggi.barang pun mahal.fikirkan lah kesusahan rakyat

    BalasPadam
  24. Mcm ni tak perlu ada CUEPACS pun takpe... xde paedahnya! Bubarkan saja laa Cuepacs ni. Dah TAK RELEVAN... dah laa skim baru pun dpt ciput. Tiap2 tahun gertak bonus pun mcm acuh tak acuh. Asal menyalak je lebih. Tindakan apa pun xde. Sila bubar je la CUEPACS oiii...

    BalasPadam
  25. Dgr khabar kerajaan umumkan bantuan hari raya kpd pnjawat awam sebanyak Rm 500.Harap cuepacs ambil maklum dan teruskan usaha supaya penjawat awam menerima bonus pada hari raya yang akan datang.

    BalasPadam
  26. Alhamdulilah...Sah 100% dah umum di tv3,dpt rm 500...Syukurlah dpt juga buat bagi duit raya thn ni...Jgn melalak minta disamakan bonus,jgn melalak minta diselaraskan bonus,jgn melalak dpt kurang atau lebih...Now rm 500 pun dah diberi,jgn melalak ye...Semoga berjimat cermatlah ye belanja di hari raya ni,tunggu pilihan raya,tak perlu melalak pun dpt sebulan setengah gaji..Tak caya.! Tunggu....

    BalasPadam
  27. Alhamdulilah...Sah 100% dah umum di tv3,dpt rm 500...Syukurlah dpt juga buat bagi duit raya thn ni...Jgn melalak minta disamakan bonus,jgn melalak minta diselaraskan bonus,jgn melalak dpt kurang atau lebih...Now rm 500 pun dah diberi,jgn melalak ye...Semoga berjimat cermatlah ye belanja di hari raya ni,tunggu pilihan raya,tak perlu melalak pun dpt sebulan setengah gaji..Tak caya.! Tunggu....

    BalasPadam
  28. Alhamdulilah...bonus rm 500..sama rata..adil...pasni jgn kata x adil...hujung tahun rm 500 kpd semua kakitangan awam ..masih adil..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq pm..bonus hujung tahun ni minta diberi pd hujung tahun yer..kalu diberi bulan satu nanti kata x adil..kira adillah walaupun x adil

      Padam
    2. Tq pm..bonus hujung tahun ni minta diberi pd hujung tahun yer..kalu diberi bulan satu nanti kata x adil..kira adillah walaupun x adil

      Padam
  29. Sokong 100 peratus,sedih kerana kakitangan awam pangkat rendah gagal memiliki rumah walau pun berharga bawah 175 ribu.rasanya sudah tiba masanya kerajaan sediakan rumah kepada kakitangan awam pada harga RM 75 ribu kebawah.Dengan harga yang mampu milik ini,bererti kerajaan begitu peka dan dapat membela kakitangan kerajaan di peringkat bawahan.

    BalasPadam
  30. Harap semua yang terlibat tidak berkecil hati.walau pun rm 500,besar maknanya.kutipan gst tahun hadapan mgkin ada peningkatan lagi dari segi bantuan khas musim perayaan.selain boleh digunakan untuk kprluan raya anak-anak,jgn lupa servis kereta anda terutama yg akn pulang beraya di kampung halaman.

    BalasPadam
  31. 500 pun 500 la biarpun hati ini sengsara..huhuhuhu..alhamdulillah

    BalasPadam
  32. Posted By : Wawasan Pengarang
    Date Posted : Thursday 09-Jun-2016
    PEMBERIAN bantuan khas kewangan RM500 untuk para penjawat awam dan RM250 untuk pesarawa baru-baru ini memang berita menggembirakan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang berkenaan. Lebih bermakna kerana bantuan ini diberikan sempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang. Bermakna kakitangan kerajaan tidak perlu rungsing di mana hendak mencari wang tambahan bagi menyediakan keperluan musim perayaan.

    Namun ada juga yang merungut kerana mengatakan bantuan kewangan ini amat sedikit. Kepada golongan ini, insaflah dan segeralah bersyukur kerana sesungguhnya anda berada di dalam kalangan orang yang beruntung kerana dapat merasai bantuan kewangan dari kerajaan.

    Harus diingat bahawa ramai lagi di luar sana yang tidak bernasib baik kerana majikan tidak menawarkan sebarang bantuan kewangan, apatah lagi bonus untuk menampung keperluan pada musim perayaan ini. Berhentilah merungut kerana anda semua yang menerima bantuan kewangan ini lebih berduit daripada orang lain yang tidak menerima apa-apa bantuan kewangan. Disebalik berita gembira ini, harus juga berhati-hati kerana ’perangkap’ musim perayaan ini memang banyak dan ada di manamana.

    Lihat sahaja promosi-promosi jualan murah yang ditawarkan oleh kedai-kedai. Pendek kata, hampir semua kedai ada menawarkan ’harga runtuh’ untuk menarik pelanggan berbelanja sakan di kedai mereka. Kalau sudah melangkah masuk ke kedai dan melihat pelbagai promosi jualan, duit lebih juga sudah ada di dalam di poket, maka ketika inilah semangat berbelanja membuakbuak. Pendek kata semua hendak dibeli dan semua hendak ditukar. Tidak kurang juga yang membuka buku hutang semata-mata untuk memeriahkan rumah bagi menyambut Hari Raya ini. Memang tidak salah kalau untuk memeriahkan Hari Raya asalkan jangan berlebihan dan membazir.

    Ingatlah bahawa wang bnatuan itu diberikan dengan matlamat untuk membantu mengurangkan beban semasa musim perayaan ini. Ingat-ingatlah esok lusa, mungkin wang berkenaan lebih diperlukan untuk tujuan lain yang lebih penting dan mendesak. Bersyukur kerana kerajaan amat prihatin dan sanggup membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk kakitangan kerajaan. Difahamkan kerajaan memperuntukkan sejumlah RM835 juta bagi memberi bantuan kewangan untuk penjawat awam dan pesara pada tahun ini.

    Untuk menunjukkan rasa syukur itu, maka wang berkenaan harus dibelanjakan dengan sebaik-baiknya. Ingatlah bahawa di saat anda tersenyum lebar mendapat pemberian bantuan kewangan ini, ada ramai lagi di luar sana yang masih pening kepala memikirkan bagaimana hendak menampung perbelanjaan harian, memberi makan anak isteri, menampung perbelanjaan perubatan dan sebagainya.

    Golongan ini bukan sahaja tidak menerima bantuan kewangan tetapi tidak cukup belanja untuk menampung kehidupan. Bersesuaian dengan bulan mulia lagi berkat ini, mungkin tidak sukar untuk menghulurkan serba-sedikit bantuan kepada golongan ini.

    Huluran bantuan anda akan disambut dengan rasa penghargaan dan syukur dari mereka. Bukankah ini satu daripada amalan yang akan mendapat ganjaran besar di akhirat nanti, selain memberikan rasa tenang dan damai kepada si pemberi? Tenang dan damai kerana mengetahui sebahagian daripada rezeki lebih itu sudah diserahkan kerana orang yang memerlukan kerana sesungguhnya ’di dalam rezeki yang dikurniakan Tuhan kepada seseorang, sebenarnya Tuhan titipkan sedikit hak orang lain, maka sampaikanlah hak itu’.

    Jadi kepada semua, sama ada yang menerima bantuan atau tidak, berbelanjalah secara berhemah bukan sahaja pada musim perayaan ini tetapi juga pada hari-hari biasa. Jangan lupa budaya menabung kerana amalan ini amat berguna pada saat wang benar-benar diperlukan nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak menabung zaman dulu boleh la... zaman PM haprak skarang ni jgn harap! Kenaikkan harga barang keperluan dan gaji tak seimbang! Baru 2 hari puasa harga ayam naik RM2 sekilo!

      Padam
    2. ini bukan bab bersyukur @ tidak...asyik 500 jer...tgk situasi semasa...bukan zaman p ramlee..apapun zaman pk lah yg terbaek...

      Padam
  33. lega dtp jugak bantuan khas 500...yeaaaaa....bini 4 org keje gomen + teman..rm2500 jadilah buat belanja kikikikikiki

    BalasPadam
  34. Kalau presiden Cuepacs ada maruah dh letak jawatan la. Satu apa KPI pun tak leh capai... kalau ada maruah la!

    BalasPadam
  35. Saya setuju dgn komen Anak Merdeka..Sebagai umat islam, hendaklah bersyukur kepada apa yang ada.. Alhamdulillah Tahun ni dpt bonus raya 500..Mungkin belum rezeki PA pada tahun ni nak dptkan 1 bulan gj tu.. Tapi Insya Allah.. Allah SWT maha kaya lagi Pemurah.. Berdoalah selalu kepadaNya.. Insya Allah akan termakbul.. lambat atau cepat itu urusan Allah SWT yang tentukan..Sabar itu separuh daripada iman...Namun usaha ke arah perubahan tu dh ade.. kita tggu dan lihat saje.. Insya Allah.... Amin...

    BalasPadam
  36. melayu ni memang "lemah" dengan wang ringgit. lepastu "lemah" dengan promosi dan jualan. lihat sahaja di bazaar ramadhan. lihat sahaja di butik-butik pakaian dan pasaraya. selera makan juga tinggi, nak makan yang satu kepala berpuluh ringgit. lepastu mengeluh "kos sara hidup tinggi". my ass. korang tu yang tak reti berbelanja secara berhemah dan tak reti merancang perbelanjaan.

    BalasPadam
  37. Wah kilang besi pun bg bonus Rm1000 banyak syok ooo.....

    BalasPadam
  38. Adakah anda fikir untuk mendapatkan pinjaman? Adakah anda serius yang memerlukan pinjaman segera untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda dalam hutang? Ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda, kami memberi pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman korporat dan semua jenis pinjaman dengan faedah 2% untuk maklumat lanjut sila hubungi kami melalui e-mel (augustinejunio@gmail.com)

    BalasPadam
  39. Salam sejahtera!
    Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

    Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh Ibu Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada ibu Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

    Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan Ibu Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Ibu Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan

    BalasPadam