Bernama
29/11/2016
Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap tiada lagi sektor kerajaan yang akan diswastakan, kata Presidennya Datuk Azih Muda.
Beliau berkata dasar itu dilihat mampu menjejaskan peluang kepada rakyat tempatan untuk mendapatkan pekerjaan apabila sektor awam yang diswastakan lebih banyak diisi rakyat asing di samping ketidakyakinan pihaknya kepada institusi yang mengambil alih sektor awam berkenaan.
"Cuepacs memohon supaya kerajaan menyemak semula cadangan penswastaan yang dicadangkan oleh pihak tertentu jika mereka mempunyai agenda," katanya dalam sidang media di Wisma Cuepacs di ibunegara hari ini.
Baru-baru ini, Azih berkata terdapat cadangan untuk menswastakan Jabatan Dietetik dan Sajian di hospital kerajaan yang akan memberi kesan kepada kebajikan lebih 2,000 pembantu penyediaan makanan dan pegawai dietetik di hospital kerajaan seluruh negara.
Sementara itu, Azih turut meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menjelaskan bayaran insentif penguatkuasa Jabatan Imigresen sebanyak RM200 sebulan yang menurutnya belum dibayar sejak kerajaan meluluskan bayaran itu kepada pegawai imigresen yang layak.
"Mereka berkhidmat kepada negara siang dan malam malah berdepan dengan risiko," katanya.
Dalam perkembangan lain, Azih berkata Cuepacs menyokong cadangan Peguam Negara supaya hukuman berat dikenakan kepada individu yang mengganggu tugas penjawat awam dan menggunakan kekerasan secara sengaja.
Azih berkata hukuman berat perlu untuk menjaga imej kerajaan dan penjawat awam.
- Bernama

Jika agensi kerajaan diswastakan maka penambahbaikan perkhidmatan akan wujud tapi dalam masa yang sama pelbagai peraturan yang tidak melibatkan kepentingan penjawat awam akan wujud. Contoh terbaru LPPSA yang telah diswastakan, terkini Badan Berkanun yang mempunyai tabung pinjaman perumahan sendiri tidak boleh bergabung dengan peminjam LPPSA atas sebab yang tidak diketahui. Kesan pinjaman perumahan yang tidak boleh digabung, akhirnya penjawat awam masih tidak mampu untuk memiliki rumah yang selesa. Kenaikan harga rumah yang melebihi 100% setahun melenyapkan impian penjawat awam untuk memiliki rumah. Ruginya penjawat awam yang layak memohon pinjaman namun disebabkan tidak boleh bergabung pinjaman maka sampai bila pun penjawat awam tidak dapat miliki rumah yang diinginkan.
BalasPadamJika agensi kerajaan diswastakan maka penambahbaikan perkhidmatan akan wujud tapi dalam masa yang sama pelbagai peraturan yang tidak melibatkan kepentingan penjawat awam akan wujud. Contoh terbaru LPPSA yang telah diswastakan, terkini Badan Berkanun yang mempunyai tabung pinjaman perumahan sendiri tidak boleh bergabung dengan peminjam LPPSA atas sebab yang tidak diketahui. Kesan pinjaman perumahan yang tidak boleh digabung, akhirnya penjawat awam masih tidak mampu untuk memiliki rumah yang selesa. Kenaikan harga rumah yang melebihi 100% setahun melenyapkan impian penjawat awam untuk memiliki rumah. Ruginya penjawat awam yang layak memohon pinjaman namun disebabkan tidak boleh bergabung pinjaman maka sampai bila pun penjawat awam tidak dapat miliki rumah yang diinginkan.
BalasPadam