24 November 2016

KEMALANGAN: CUEPACS SARAN KERAJAAN TELITI SOP AGENSI PENGUATKUASAAN

Bernama
23/11/2016


SHAH ALAM, 23 Nov (Bernama) -- Kerajaan disaran segera meneliti prosedur operasi standard (SOP) agensi penguatkuasaan di negara ini memandangkan mereka mudah terdedah kepada kemalangan semasa bekerja.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata langkah itu perlu berikutan skop tugas anggota penguat kuasa semakin mencabar saban hari sehingga kebarangkalian maut ketika menjalankan tugas adalah tinggi.

"Kita amat mengharapkan SOP semasa tugasan dapat dilihat kerana kita tidak mahu lagi kemalangan yang meragut nyawa anggota penguat kuasa berulang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan